Cantik & Tersusun Elok, Ini Idea Almari Baju Baby Baru Lahir Untuk First Time Mommy!

Almari baju baby yang kemas dan teratur memudahkan ibu untuk mendapatkan barangan bayi dengan mudah dan tidak perlu pening kepala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelahiran anak pertama adalah sesuatu yang mendebarkan. Pastinya, para ibu dan ayah sudah melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama. Dan untuk membantu para ibu, kami kongsikan tips kemas almari baju baby yang mudah.

Almari baju yang teratur memudahkan para ibu untuk mencari baju atau barangan bayi dengan mudah. 

Selain itu, ia juga memastikan nurseri bayi sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Tips kemas almari baju baby yang mudah untuk para ibu

Tips kemas almari baju baby yang mudah untuk para ibu

#1. Simpan baju mengikut saiz

Pakaian bayi elok dilipat sama saiz, disusun dengan baik dan teratur supaya senang untuk dilihat, dipilih dan diambil.

Anda boleh pilih sama ada untuk simpan dalam laci baju atau gantungnya di dalam almari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Simpan baju yang bersaiz besar

Selepas pakaian bayi disusun mengikut saiz, anda mungkin akan perasan baju bayi yang bersaiz besar. Selalunya, ia mungkin hadiah daripada keluarga atau rakan.

Anda boleh menggantungkan baju tersebut jika punya ruang lebih tetapi jika ingin jimat ruang atau mahukan ruang yang konservatif, simpan baju tersebut terlebih dahulu.

#3. Buat label pada kotak penyimpanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan lupa pada kasut dan aksesori bayi yang lain. Anda boleh menggunakan kotak, bakul dan sebagainya untuk menyusun aturnya.

Dan, jangan lupa untuk labelkan tong simpanan tersebut. Sistem ini memudahkan anda untuk mencari aksesori atau kasut yang bersesuaian dengan umur bayi.

#4. Gunakan label pembahagi almari

Jika anda membuat keputusan untuk menggantung semua pakaian bayi, pastikan anda menggunakan label pembahagi almari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gunakan label ini untuk menyusun atur pakaian bayi anda mengikut umur.

#5. Letakkan bakul basuh dalam almari pakaian

Untuk menjimatkan lebih banyak ruang, anda boleh  meletakkan satu atau dua bakul basuh di dalam almari pakaian bayi.

Ia boleh digunakan sebagai bakul baju kotor atau gunakannya sebagai tempat untuk meletakkan pakaian bayi yang masih belum digunakan lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Kemas laci pakaian bayi

Pertama sekali pastikan anda tetapkan di mana pakaian bayi perlu diletakkan. Contoh, seluar dengan baju tidur boleh diletakkan di dalam laci manakala yang lain di dalam almari.

Sebaiknya, anda sediakan inventori pakaian bayi agar boleh menempatkannya di tempat yang bersesuaian agar nurseri bayi tampak lebih kemas dan teratur.

Bilik atau nurseri bayi perlu di kemas dan dibersihkan agar bayi anda dapat tidur dengan selesa dan aman.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Sedang Merancang Bilik Comel Buat Bakal Cahaya Mata? Jom Lengkapkan Bilik Bayi Dengan 8 Produk Wajib Ada Ini!

Baca juga: Mencari Meja Tukar Lampin Untuk Bilik Nurseri Si Manja? Ini Meja Tukar Lampin Terbaik

Baca juga:  Deco Bilik Anak Lelaki & Ruang Bermain Yang Menarik, Bantu Latih Anak Tidur Sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Sofea