Amalan ziarah kubur ketika raya menjadi budaya masyarakat kita sejak turun-temurun, lebih-lebih lagi setiap kali tibanya 1 Syawal.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Amalan ziarah kubur di hari raya
- Hukum ziarah kubur pada Aidilfitri
- Adab menziarahi kubur
Umat Islam perlu kembali pada konsep sebenar sambutan Aidilfitri iaitu sebagai hari kemenangan kita yang berjaya menundukkan nafsu sepanjang 30 hari berpuasa ketika Ramadan. Sekiranya ia disambut dengan adab yang digariskan syarak, sudah tentu setiap orang akan mendapatkan kegembiraan, keseronokan, dan keberkatan oleh Allah SWT.
Amalan ziarah kubur di hari raya
Amalan ziarah kubur dapat mendatangkan keinsafan pada diri lantas mengingatkan kita tentang dekatnya kematian. Manusia sering terleka dengan kehidupan dunia sehingga terlupa dengan kehidupan di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah:
Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan (menjadikan hidup tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia) dan mengingati akhirat.”
Amalan ini sangat lazim dilakukan setiap kali hari raya Aidilfitri. Kadang-kala fenomena ini bagaikan “temasya” pusara setiap kali menjelang 1 Syawal.
Hukum ziarah kubur pada Aidilfitri
Pada umumnya, hukum asal menziarahi kubur adalah sunat pada bila-bila masa sahaja yang kita mahu. Ini bertepatan dengan hadis sabda Nabi Muhammad SAW:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا
استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت
Maksudnya: “Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”. – (Hadis Riwayat Muslim)
Namun wujud perbahasan yang panjang tentang hukum ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri. Lalu membawa kepada dua pandangan ulama’ dalam isu ini. Antara pendapat tersebut adalah:
Pendapat pertama: Hukumnya harus. Hal ini kerana tiada nas khusus yang melarang akan perbuatan tersebut. Malahan, dari segi hukum ia juga dibolehkan.
وكذلك في الأزمنة المتبركة كعشر ذي الحجة والعيدين وعاشوراء
- Tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW ziarah kubur pada hari raya
- Baginda SAW pada hari raya Aidilfitri menzahirkan kegembiraan
Dalam Fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyah disebutkan:
Maksudnya: “Tiadalah masa ziarah kubur ditentukan. Ia adalah luas. Cuma hari raya dijadikan hari gembira, maka tidak disunatkan melakukan perkara yang mengembalikan dukacita pada hari-hari sebegini.”
Konklusinya, jelas hukumnya ada dua pendapat sama ada sunnah atau pun makruh. Ia terpulang kepada anda untuk mengambil pada pendapat yang mana satu. Dan ia juga bergantung pada niat, tujuan, dan kesan amalan tersebut kepada diri anda.
Cumanya dinasihatkan untuk berpada-pada dalam menziarahi kubur ketika hari raya. Hari raya adalah waktunya untuk kita bergembira dan bukannya bersedih. Kita boleh sambut raya dengan gembira tetapi tidak lupa berdoa kepada orang yang telah meninggal dunia.
Adab menziarahi kubur
Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur. Antara adab-adabnya adalah seperti:
- Berwudhuk
- Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan
- Memberi salam kepada ahli kubur
- Jangan berbual kosong dan melakukan perkara yang tidak bermanfaat
- Jangan melakukan perkara-perkara yang khurafat seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.
- Duduk menghadap ke arah mukanya
- Membaca ayat suci Al-Quran
- Menghadap kiblat ketika berdoa
Niat yang baik perlulah selari dengan perbuatan dan tindakan yang baik juga. Jika tidak ibadah yang dilakukan boleh menjadi sia-sia dan tidak membawa kepada apa-apa ganjaran pahala. Jika ada pendapat yang berbeza oleh orang-orang yang berilmu dan berpengetahuan, maka ambillah pandangan itu dengan hati yang terbuka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kubur Wanita Mati Bersalin Dikorek, Kain Kafan Didapati Hilang!
Baca juga: Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah
Baca juga: Ayah ini gali kubur untuk biasakan anak yang sakit tenat dengan kematian