Selama Ini Tidak Pernah Berpisah, Ibu Sebak Anak 3 Tahun Naik Ambulans Ke Pusat Kuarantin

Anak 3 tahun positif Covid-19 terpaksa berpisah dengan ibunya untuk ke pusat kuarantin. Dia menaiki ambulans seorang diri telah mengundang sebak netizen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan kes harian Covid-19 masih mencatatkan jumlah yang begitu tinggi, kanak-kanak tidak terkecuali daripada terkena jangkitan. Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang anak 3 tahun menaiki ambulans seorang diri.

Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menghadapi situasi ini. Tiada siapa rela untuk berpisah dengan anak, lagi-lagi dalam keadaannya yang kurang sihat.

Anak 3 tahun naik ambulans untuk ke pusat kuarantin

Tidak dapat dibayangkan perasaan seorang ibu apabila berjauhan dengan anak 3 tahun yang masih belum mengerti apa-apa dan tidak pandai berdikari.

Sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok, @faanaaaaaaaaa mendapat perhatian warganet dan tontonan tinggi di TikTok.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat sebuah ambulans sudah menanti anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun  untuk ke pusat kuarantin.

Dia sempat berpegangan tangan menghantar anak kecil tersebut bersama beg yang berisi keperluan seperti pakaian dan lampin pakai buang.

Video ini telah mengundang kesedihan orang ramai apabila seorang ibu terpaksa melepaskan anak kecilnya menaiki ambulans seorang diri tanpa ditemaninya.

Menurut laporan oleh Siakap Keli, ketika menghubungi Fana, dia berkata bahawa anaknya, Fayyadh telah menunjukkan simptom demam tiga hari yang lalu.

Kemudian apabila membuat ujian calitan, keputusannya adalah positif Covid-19 pada hari yang sama. Fayyadh telah dijemput oleh petugas Kementerian Kesihatan untuk dikuarantinkan di MAEPS Serdang bersama ayahnya yang juga positif Covid-19.

”Pada hari pertama, dia baik-baik sahaja. Namun bila hari kedua, dia sudah ajak pulang ke rumah.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Saya dan dia tidak pernah berpisah. Sebab saya seorang suri rumah dan 24 jam setiap hari saya akan ada bersamanya. Mungkin juga dia mula rindu pada ibunya,” ujar Fana dalam nada sebak.

Dia yang sedang sarat mengandung 32 minggu juga positif Covid-19. Kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi dan mungkin perlu bersalin awal jika berisiko tinggi terhadap bayi dalam kandungan.

Fana turut menitipkan pesanan kepada warganet agar mendoakan kesihatannya dan keluarga supaya segera sembuh serta disatukan kembali.

Anak 3 tahun dijangkiti Covid-19: Kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: bernama

Menurut pakar virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, jangkitan Covid-19 yang menyerang kanak-kanak bawah usia 18 tahun perlu segera diatasi kerana ia berkemungkinan memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan dan tumbesaran mereka.

Antara kerisauan ialah kesan terhadap jantung, ketahanan tubuh melawan penyakit dan pencapaian dalam bidang akademik.

”Walaupun kanak-kanak ini telah pulih dan kelihatan sihat, kita masih belum tahu apakah kesan jangka panjang yang bakal mereka alami. Maksud saya, selepas 10, 20 atau 30 tahun selepas ini.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setakat 30 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 19,851 kes membabitkan bayi berusia bawah empat tahun.

Manakala sebanyak 8,237 kes jangkitan berlaku pada kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. 

Covid-19 boleh menjejaskan sistem pernafasan

Dr Sazaly berkata kajian mengenai kesan jangka panjang masih belum lengkap kerana Covid-19 ini adalah virus baharu dan sifatnya yang bermutasi dengan cepat.

Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan laporan meskipun seseorang itu dijangkiti Covid-19 dengan gejala ringan, ia sudah cukup memberi kesan terhadap jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: sinar harian

”Data AS menunjukkan atlet dijangkiti Covid-19 ini sudah tidak memiliki daya tahan yang kuat. Mereka dijangka berdepan masalah jantung yang tidak dapat dikesan sebelum ini,” jelasnya.

Serangan utama virus ini adalah sistem pernafasan. Ia boleh menyebabkan paru-paru tercalar atau berparut yang boleh menjejaskan fungsinya.

Tambahan pula sistem pernafasan dan ketahanan tubuh golongan bawah usia 18 tahun ini masih belum matang sepenuhnya seperti orang dewasa.

Justeru ibu ayah hendaklah mendidik anak-anak tentang kepentingan menjaga kebersihan sebagaimana yang digariskan oleh KKM seperti kerap mencuci tangan menggunakan sabun, mandi, menjaga penjarakan fizikal dan memakai topeng pelitup muka apabila berada di luar rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Siakap Keli, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti