Duit Belanja Harian Selalu Licin, Anak Almy Nadia Kena 'Pau' Tiap Kali Kawan Sekolah Minta

Anak Almy Nadia berputih mata ketika memberitahu dia menghulurkan sejumlah wang belanja harian yang diberikan ibunya kepada rakan di sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak Almy Nadia iaitu seorang pelakon terkenal baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila dia dikatakan telah menjadi mangsa ‘pau’ di sekolah. Perkara tersebut disedari oleh ibunya, Almy Nadia apabila bertanyakan tentang wang belanja sekolah yang diberikan olehnya sejumlah RM5, habis begitu sahaja.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak Almy Nadia menjadi terlalu murah hati, bagi duit setiap kali kawan minta
  • Rakan-rakan selebriti dan pengikut beri pendapat serta berkongsi pengalaman sama

Anak Almy Nadia menjadi terlalu murah hati, bagi duit setiap kali kawan minta

Anak sulung Almy Nadia iaitu Afrina Arianna baru-baru ini ‘disoal siasat’ oleh ibunya apabila duit belanja sekolah RM5 yang diterimanya setiap hari sentiasa habis. Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang Almy yang memiliki naluri seorang ibu berasa kemungkinan anaknya itu telah di ‘pau’.

Mana tidaknya, RM5 habis begitu sahaja. Makanan di sekolah bukanlah mahal sangat jika nak dibandingkan dengan apa yang dibeli olehnya.

Almy menerusi satu video di Instagram miliknya @almynadiaofficial telah bertanyakan kepada anaknya apa yang dibuat menggunakan duit RM5 itu. Afrina menjawabnya dan memberitahu dia membeli makanan dan memberikan sejumlah wang iaitu RM2 kepada rakannya.

“Arianna, saya nak duit RM2 boleh?” itu merupakan ungkapan oleh rakan Afrina. Bila Amy tanya kenapa perlu beri duit kepada orang lain? Afrina menjawab rakannya itu susah, sebab itu dia minta RM2. Lembut betul hati si kakak ni!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rakan-rakan selebriti dan pengikut beri pendapat serta berkongsi pengalaman sama

Perkara itu turut meraih perhatian rakan-rakan selebriti yang lain untuk memberikan pendapat tentang isu seperti ini. Antara yang lantang bersuara menerusi ruangan komen adalah Tasha Manshahar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Parents, please pesan dekat anak jangan minta-minta duit dekat kawan. Please bertegas sikit bab ni. Cuba tiap kali balik, tanya harini duit dah beli apa, ada ke pinjam duit kawan. Dapat kawan lembut hati macam kakak ni, terus aje dia bagi.

“Benda ni memang berleluasa dekat mana-mana sekolah sekarang. Kadang ada yang bagi duit pulak tak cukup makan nak tolong kawan punya pasal,” tulis Tasha di ruangan komen.

Netizen turut mengambil peluang ini untuk bersuara, “Samalah dengan anak saya. Suka sangat bagi duit kat org. Anak darjah 1 jugak. Dia cakap kawan mintak nak beli makanan padahal kawan tu dah bawak bekal. Adeh. So pastu bagi sikit je duit lagipun bekal makanan dengan air memang dah bawak pon..”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diharapkan agar kes seperti ini tidak akan berlarutan di sekolah. Parents, sila pantau anak masing-masing ya. Jangan biarkan mereka suka meminjam atau mengambil duit rakan lain. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Betul Pilih Beg Sekolah Anak, Bukan Nak Cantik Je, Tapi Perlu Ada 3 Ciri Ini Elak Masalah Tulang Belakang!

Baca juga: Ibu Terkejut, Jumpa Banyak Lukisan Lucah Dalam Beg Sekolah Anak Yang Berusia 7 Tahun!

Baca juga: Senarai Sekolah Yang Memiliki Masalah Disiplin Pelajar, Sekolah Anak Anda Ada Dalam Senarai Tak?

Penulis

Murns A.