X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

7 Pelakon Malaysia Ini Pernah Keguguran, Namun Tak Patah Semangat Untuk Hamil Lagi!

4 min bacaan
7 Pelakon Malaysia Ini Pernah Keguguran, Namun Tak Patah Semangat Untuk Hamil Lagi!

Ini 7 pelakon Malaysia yang pernah mengalami keguguran namun mereka tidak patah semangat untuk kembali mengandung buat sekian kalinya.

Keguguran merupakan satu keadaan yang sangat ditakuti oleh wanita hamil kerana ia cukup menyakitkan bila tahu janin yang dikandung hanya bertahan beberapa minggu. Namun, keguguran ini juga tidak dapat lari daripada tujuh pelakon Malaysia ini yang pernah mengalaminya sendiri.

Siapakah tujuh pelakon Malaysia yang dimaksudkan ini? Jom kita semak di bawah!

Suarakan pendapat anda!

7 Pelakon Malaysia Yang Pernah Keguguran

#1. Fasha Sandha

pelakon Malaysia

Pelakon Fasha Sandha hanya sempat menikmati debaran kembali menimang cahaya mata buat seketika apabila dia disahkan keguguran.

Menerusi entri dalam Instagram miliknya, Fasha berkongsi rasa sedih itu dan memohon maaf kepada suaminya, Aidil Aziz dan dua anaknya apabila impian itu tidak kesampaian.

Menurut Fasha, dia mengaku kesalahan dirinya kerana tidak mendengar nasihat doktor agar tak banyak bergerak semasa hari raya yang lepas. Namun, baru-baru ini dia disahkan hamil semula. 

#2. Lisa Surihani 

keguguran

Tak siapa yang tahu, hampir tiga tahun Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim menunggu untuk menimang cahaya mata. Namun, di sebalik kegembiraan itu, tetap ada kesedihan kerana pada kehamilan pertama Lisa disahkan hamil kembar, tapi salah satu bayinya telah keguguran.

Cerita kegugurannya ini dikongsikan dalam rancangan bual bicara bersama Dr Imelda semasa mengupas topik tentang “Punca dan Tips Tangani Keguguran”.

Meskipun itu, Lisa bersyukur dapat melahirkan Yahaira Leanne dengan selamat dan cukup sifat. Malah anak perempuannya itu semakin membesar dengan sihat dan makin comel seiras ibunya.

#3. Syatilla Melvin

artis Malaysia

Isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin pernah juga berhadapan dengan rasa kecewa apabila dia mengalami keguguran sebelum menimang cahaya mata kedua.

Semasa itu, Syatilla sedang mengandung enam minggu namun mengalami pendarahan teruk selepas melakukan kerja rumah.

Meskipun itu, Syatilla juga pernah mengalami keadaan yang sama sebelum dia mengandungkan Syeriv namun rezeki menimang cahaya mata kembali bersinar selepas disahkan hamil sebulan kemudian.

#4. Mia Ahmad

selebriti Malaysia

Buat pengetahuan semua pelakon Mia Ahmad yang berkahwin dengan penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi ini juga pernah mengalami saat sukar dalam hidupnya apabila keguguran bayi pertama.

Namun, tidak lama selepas itu Mia disahkan hamil dan kini telah memiliki seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Syaf Issa.

#5. Sari Yanti

artis keguguran

Isteri pelawak dan penyampai Radio Sinar Jep Sepahtu iaitu Sari Yanti juga pernah mengalami keguguran cahaya mata kedua yang tidak kesampaian. Perkongsian tentang keguguran Sari itu dikongsi Jep dalam laman Instagram miliknya.

Menurut Jep, kandungan Sari ketika itu sudah masuk tiga bulan tapi semasa checkup kehamilan doktor memberitahu bayi sudah tidak bergerak dan janin perlu dikeluarkan.

Pasangan popular ini berkahwin pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Dariya Inara.

#6. Nabila Huda

Stories Rakan Kongsi
The Latest Vaccination Schedule for Children, Parents MUST Know!
The Latest Vaccination Schedule for Children, Parents MUST Know!
Baby Signing Basics
Baby Signing Basics
Resilience: Turn childhood experiences into success
Resilience: Turn childhood experiences into success
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE

pelakon keguguran

Pada April yang lalu, pelakon popular yang juga merupakan anak penyanyi Amy Search, Nabila Huda berkongsi rasa sedih apabila hasrat menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.

Menurut Nabila, hampir empat tahun dia menanti kelahiran kedua ini tapi semuanya tidak menjadi kenyataan apabila dia mengalami pendarahan yang teruk dan semasa membuat pemeriksaan di klinik doktor mengesahkan kandungannya telah gugur.

Walaubagaimanapun, Nabila reda dengan ketentuan Allah SWT itu dan tetap positif dengan apa yang berlaku.

Nabila turut mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila hasil dari perkongsian hidupnya dengan perkahwinan terdahulu.

#7. Sharifah Sakinah

kandungan gugur

Selepas melahirkan anak sulung, Sharifah Sakinah juga hamil anak kedua selepas empat bulan bersalin secara pembedahan. Namun, atas nasihat doktor dia terpaksa mengugurkan kandungan atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Meskipun berasa sedih kerana terpaksa melupakan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua dalam beberapa bulan melahirkan anak namun Sakinah pasrah dan diberi masa seminggu untuk mengeluarkannya. 

Untuk rekod, Sakinah dan Aliff Adha yang merupakan seorang juruterbang telah berkahwin pada 9 Mac 2015.

Buat anda yang masih belum dikurniakan anak diharap tetap sabar dan menguatkan iltizam untuk terus cuba mendapatkan zuriat buat keluarga tercinta. Jadikan tujuh kisah pelakon Malaysia ini sebagai pembakar semangat anda. Semoga bermanfaat.

7 Pelakon Malaysia Ini Pernah Keguguran, Namun Tak Patah Semangat Untuk Hamil Lagi!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comartis-melahirkan-2019

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • 7 Pelakon Malaysia Ini Pernah Keguguran, Namun Tak Patah Semangat Untuk Hamil Lagi!
Kongsikan:
  • Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

    Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

  • 11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

    11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

  • Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

    Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

  • Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

    Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

  • 11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

    11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

  • Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

    Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham