Apabila bercakap tentang anak lebih rapat dengan siapa, majoriti keluarga akan mengatakan anak lebih dekat dengan ibu kerana sejak dari dulu lagi, ibu yang menguruskan hal berkaitan anak.
Namun kajian baru-baru ini menunjukkan ayah zaman sekarang lebih terlibat dalam pengurusan anak berbanding orang terdahulu. Wah! Nampaknya lebih ramai kanak-kanak akan jadi anak ayah pula ya lepas ini!
Peranan Ayah Dalam Keluarga Menghasilkan “Anak Ayah”
Anak-anak membesar dalam zaman yang sangat berbeza dari yang kita lalui dulu. Malah, zaman sekarang kelihatan lebih menakutkan berbanding dulu.
Peranan ayah dalam keluarga kini menjadi semakin penting kerana mereka mampu memangku emosi anak-anak dari segi yakin diri, malah si ayah juga akan berasa lebih baik tentang diri sendiri.
Anak Ayah: Ayah Kini Juga Jalankan Tanggungjawab Sama Seperti Ibu
Ayah moden sekarang mengambil berat tugas ibu bapa dengan serius. Malah, ia meningkat sebanyak 3 kali ganda berbanding generasi lalu, di mana pada tahun 1982, 43% daripada bapa mengakui mereka tidak pernah menukar lampin.
Hari ini, jumlah itu turun kepada kira-kira 3%, dan itu sangat bagus, kerana kajian menunjukkan apabila ayah memakaikan baju, lampin dan memandikan bayi, hubungan bapa-anak semakin kuat apabila kanak-kanak membesar.
Apa yang menariknya, ayah kini lebih berusaha untuk bersama menjaga anak, malah meluangkan lebih 30 minit lagi untuk membuat kerja-kerja rumah.
Inilah yang terbaik sebenarnya. Kanak-kanak anak ayah ini dapat menerima yang memasak dan mendobi bukannya kerja wanita semata-mata, sebaliknya merupakan tanggungjawab orang dewasa.
Apabila ayah melakukan bahagian mereka di rumah, pasangan mempunyai hubungan yang lebih kuat kerana isteri akan merasa lebih dihargai dan dibantu.
Perkara-perkara kecil seperti ayah yang membasuh pinggan mangkuk atau menukar lampin anak boleh memberi impak yang baik terhadap emosi ibu.
Anak Ayah : Ayah Juga Mempunyai Rasa Bersalah
Ibu seringkali rasa bersalah apabila kurang meluangkan masa bersama anak, apabila marahkan anak atau apabila merasakan mereka tidak menjadi ibu yang baik.
Sebenarnya, ayah juga berfikiran yang sama.
Sesungguhnya, satu kajian baru-baru ini mendapati ibu bekerja biasanya mempunyai kurang daripada sejam masa lapang, manakala ayah mempunyai hampir 2 jam. Tetapi ibu-ibu lebih banyak melakukan tugasan rumah daripada si ayah!
Malah kita juga sedar yang bonding anak kelihatan istimewa di mana anak-anak akan beralih ke ibu apabila tiba waktu tertentu seperti waktu tidur dan ayah juga sebenarnya sedar mengenai keadaan ini.
Sebenarnya, ayah mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak, tetapi mereka cuma tidak boleh mengatasi beberapa halangan kerjaya dan rumahtangga.
Anak Ayah : Ayah Juga Perlukan Sokongan
Menurut Kevin Shafer, profesor sosiologi bersekutu di Brigham Young University, ayah “berulang kali memberitahu para penyelidik bahawa mereka ingin lebih terlibat menguruskan anak-anak, namun dasar awam dan institusi sosial sering menghalang mereka daripada menjadi bapa yang ingin mereka jadi, malah ini mengecewakan mereka, ibu dan anak-anak.”
Ayah moden kini semakin bertanggungjawab, jadi sudah tiba masanya untuk masyarakat memberi sokongan kepada mereka.
Ramai ayah hari ini bersetuju mereka mahu berjaya dalam pekerjaan, tetapi pada masa yang sama mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka.
Kepada ayah-ayah yang menukar lampin, anda mampu mengubah dunia. Peranan ayah dalam keluarga sangat penting dan anda nyata telah memberikan yang terbaik. Terima kasih ayah!
Sumber: Motherly
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Perkara Yang Seorang Bapa Perlu Buat Jika Mempunyai Anak Perempuan