Ramai ibu bapa yang risau bila ada anak jenis berat mulut. Sama ada dia malas untuk bercakap atau memang dia lambat bercakap. Jadi apa yang boleh ibu bapa buat untuk tarik perhatian mereka ini dan bantu anak bercakap?
Menurut ahli terapi cara kerja Aishah Kassim, berinteraksi adalah kemahiran yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Tambahan lagi bagi anak-anak istimewa, ia bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka.
Banyak kemahiran-kemahiran lain yang perlu mereka pelajari untuk membolehkan mereka dapat berinteraksi dengan baik.
Anak berat mulut perlu rangsangan untuk bercakap, cuba lakukan 6 tips ini
Interaksi juga haruslah menarik supaya anak-anak ingin terus melakukan interaksi dengan anda. Semakin banyak interaksi, semakin banyak kemahiran yang anak-anak boleh pelajari.
Jika inginkan anak-anak berminat dan tertarik untuk berinteraksi dengan anda, anda boleh ikuti 8 trik ini menurut Aishah Kassim.
#1. Bersemuka
Apabila bermain dan berinteraksi dengan anak anda, rendahkan badan, supaya dapat bersemuka dan bertentang mata. Anda boleh duduk di lantai dan anak duduk di kerusi, atau baring di lantai bila anak bermain di lantai.
Dengan cara ini, anak anda dapat melihat dan mendengar apa yang anda sebut dengan lebih baik. Kanak-kanak akan teruja apabila anda turun ke level mereka dan hubungan anda dan anak akan menjadi lebih rapat.
#2. Guna intonasi menarik
Kanak-kanak mudah tertarik dengan melodi. Tak hairanlah mereka memberi respon yang sangat baik pada lagu. Jadi apa salahnya kita bercakap dan berinteraksi dengan anak menggunakan intonasi berlagu yangmenarik.
Ia secara langsung boleh menarik minat anda untuk mendengar dan memahami apa yang kita cakapkan. Intonasi sangat baik untuk menarik perhatian anak terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan daya tumpuan yang pendek atau sukar untuk memberi respon pada orang dewasa.
#3. Pilih mainan yang memberi rangsangan deria
Dah nama pun kanak-kanak kan, mestilah mereka sukakan mainan. Bermain adalah waktu belajar bagi mereka. Tapi, kita sukar untuk mendapatkan perhatian anak sekiranya mainan tersebut membosankan atau terlalu sukar untuk kanak-kanak fahami cara untuk bermain.
Jadi, untuk kanak-kanak 1-3 tahun, mainan yang paling mudah untuk menarik perhatian mereka adalah mainan yang memberikan rangsangan deria. Contohnya mainan yang berbunyi, bercahaya, mempunyai warna yang terang, bergerak dan mempunyai perlbagai tekstur.
#4. Guna ayat yang ringkas
Keseronokan berinteraksi adalah bergantung kepada sejauh mana kita memahami sesuatu bahasa. Semakin faham dan tahu menggunakan bahasa, semakin mudah dan seronok untuk kanak-kanak berinteraksi.
Kanak-kanak 1-3 tahun masih lagi belajar untuk mempelajari cara menggunakan bahasa dengan betul sama ada verbal ataupun tidak verbal. Jadi penggunaan ayat yang ringkas membolehkan mereka faham dengan lebih mudah dan lebih mudah untuk mereka respon juga.
Untuk anak 1 dan 2 tahun anda boleh gunakan ayat 1-3 patah perkataan. Bagi 3 tahun pula anda boleh tingkatkan kepada ayat 4 atau 5 perkataan mengikut situasi yang sesuai.
#5. Banyak gunakan sound effect
Apabila bermain dan berinteraksi bersama anak anda, gunakan banyak sound effect yang menarik seperti “weee, woww, boom-boom, pop-pop-pop, miau” dan banyak lagi.
Perkataan seperti “weee’ dan “jatuh” boleh digabungkan semasa bermain dengan kereta. “Pop”, “oo-oo” dan “pecah” boleh digunakan semasa bermain bubble. “Mmmm”, “sedapnya” boleh digunakan semasa makan, “boom-boom” atau “dum-dum” semasa bermain drum.
Ada bermacam-macam bunyi yang boleh anda sebut mengikut kreativiti sendiri asalkan ianya menarik. Perkataan-perkataan menarik ini biasanya akan menjadi perkataan pertama yang kanak-kanak akan tiru dan lama-kelamaan mereka akan menyebutnya sendiri.
#6. Berikan bantuan
Anak istimewa kebiasaannya mempunyai kemampuan bahasa yang terhad untuk memahami dan memberi respon pada anda. Jadi adalah sangat penting untuk kita bantu anak-anak sekiranya mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi respon pada anda.
Anda boleh pegang tangan anak dan buatkan aksi yang anda minta, pegangkan tangan dan tunjukkan cara memberi objek yang anda minta, modelkan perkataan atau ayat yang anak perlu sebut, modelkan cara memjawab soalan yang anda tanya, tunjukkan, gunakan ekspresi muka dan gerak badan anda untuk memberi bantuan pada anak memahami cara untuk memberi respon.
Dengan bantuan yang diberikan membuatkan anak untuk lebih faham dan tahu apa yang mereka perlu lakukan. Ia juga boleh membuatkan anak merasa enjoy untuk terus berinteraksi dengan anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Membantu anak kecil bercakap
Baca juga: Anak Lambat Bercakap? Amalkan 2 Doa Untuk Anak Cepat Bercakap Ini Setiap Hari
Baca juga: Anak Perempuan Dikatakan Lebih Cepat Bercakap Berbanding Anak Lelaki, Benarkah & Mengapa?