Tiap Masa Nak Melekat & Cari Ayah, Ini 10 Bukti Bonding Anak Dan Ayah Begitu Kuat!

Anak dan bapa memiliki hubungan lebih rapat berbanding ibu boleh dilihat dalam beberapa perkara. Ini tanda bonding anak dan ayah adalah kuat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi ibu ayah buat kali pertama sebenarnya tidaklah begitu susah asalkan anda sanggup belajar pelbagai perkara baharu setiap hari dalam menguruskan anak. Ada sesetengah anak dan bapa hubungannya lebih rapat berbanding ibu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bukti hubungan anak dan bapa lebih rapat berbanding ibu
  • Peranan seorang ayah sangat besar dalam keluarga
  • Kelebihan hubungan anak dan bapa yang rapat sejak kecil

Ha ini kerana anak kecil amat sukakan ibu ayah yang suka melayan, bermain dengan mereka dan meluangkan sedikit masa bersama.

Bukti hubungan anak dan bapa lebih rapat berbanding ibu

Menurut perkongsian oleh Mohd Fhais Salim, ada beberapa tanda yang boleh anda lihat menunjukkan anak memiliki bonding yang kuat dengan ayahnya:

#1. Tidak boleh lihat muka ayahnya, mesti nak diajak bermain. Habis badan ayah dihenyak-henyak.

#2. Setiap kali bangun tidur, ayahlah orang yang pertama dia akan cari. Padahal ibu ada tidur di sebelah, tetap celik mata cari ayah dulu.

#3. Ayah tidak boleh hilang sekejap, mesti dia akan mencari dan bertanya ”Ayah pergi mana?”

#4. Pantang nampak ayah duduk bersahaja dan tidak buat apa, pasti datang melompat. Ketika itulah dia pun nak juga duduk di atas pangku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bila ayah tak ada, anak yang aktif boleh jadi lemah tak bermaya. Nak main pun tak ada motivasi tanpa ayahnya

#6. Selalu bertanyakan keberadaan ayah. Kalau ayah keluar bekerja, balik lambat sikit anak mesti perasan. Walaupun tak pandai tengok jam lagi.

#7. Paling ingat kata-kata ayah padanya. Setiap pesanan ayah diambil secara serius. Ini tak boleh buat, nanti ayah tak bagi. Ini salah, ayah dah pesan

#8. Bila bersama-sama kawan, tak ada benda lain mesti bercerita tentang hebatnya ayah dia

#9. Mengada-ngada bila ayahnya ada. Macam-macam kepandaian nak ditunjuknya. Sikit-sikit panggil ayah tengok ni

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#10. Paling mudah terasa hati. Bila ayah termarah atau terjerit. Dia boleh jadi kecewa yang amat sangat. 

Bila hati dah terlalu sayang, sedikit kekasaran pun boleh buat hati dia terluka amat dalam tau. Anak bapak…

Peranan seorang ayah adalah sangat besar dalam keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sebelum ini anda menganggap bahawa ibu sangat penting dalam rumah tangga kerana mereka banyak meluangkan masa dengan anak berbanding ayah. Namun menurut penelitian oleh Claire Vallotton mendapati hal yang sebaliknya.

Tekanan yang ada pada ayah boleh menganggu perkembangan bahasa dan kognitif anak berusia 2 hingga 3 tahun. Kesihatan mental pada ibu pula kurang memberikan kesan kepada anak berbanding ayah.

Bukan itu sahaja, anak mengalami kemurungan jangka masa panjang lebih banyak dikaitkan dengan pengaruh daripada ayah berbanding ibu mereka.

Kelebihan hubungan anak dan bapa yang rapat sejak kecil

#1. Anak yang rapat dengan ayah memiliki IQ lebih tinggi

Kajian yang dilakukan oleh Father Involvement Research Alliance menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai hubungan rapat dengan ayah sejak kecil memiliki emosi yang stabil dan berani meneroka persekitaran mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila meningkat usia 3 tahun, mereka jadi lebih bijak bersosial, mampu selesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi.

#2. Tahap akademik yang lebih baik

Kajian mendapati ayah memainkan peranan besar dalam perkembangan anak sejak kecil turut menyumbang prestasi mereka di sekolah. 

Bukan itu sahaja kajian berkenaan turut mendapati bahawa hubungan anak dan bapa yang rapat meningkatkan 43 peratus potensi mereka mendapatkan A dalam kesemua matapelajaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah menurut Psychology Today, anak yang selalu rapat dengan ayah juga kurang mengalami masalah disiplin dan tidak terganggu dengan masalah kemurungan.

Variasi suara, riak wajah dan cara berkomunikasi ayah akan mempelbagaikan lagi kebolehan si kecil untuk memahami tentan emosi dan tingkah laku.

#3. Anak perempuan lebih bijak dalam menilai lelaki

Anak perempuan yang rapat dengan ayah mereka berpotensi memiliki hubungan yang sihat bersama pasangannya pada masa akan datang. Hal ini kerana mereka mengetahui bagaimana seorang lelaki harus melayan wanita dengan sebaiknya.

Ia terbukti melalui kajian bahawa anak perempuan yang rapat dengan ayah berjaya memiliki perkahwinan yang harmoni dan bertahan buat jangka masa panjang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan & Tidak Berdrama Macam Ibu

Baca juga: Walau Sesibuk Mana Pun, Ibu Ayah Perlu Luahkan Masa 15 Minit Sehari Dengan Anak! 

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Bonding Ayah & Bayi Baru Lahir, Lakukan 15 Minit Ini Setiap Hari!