X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Cara Untuk Meningkatkan Perkembangan Bahasa Anak No.#2 Paling PENTING

4 min bacaan
5 Cara Untuk Meningkatkan Perkembangan Bahasa Anak No.#2 Paling PENTING

Seronoknya bila anak mula bercakap! Ibu bapa boleh tingkatkan pemahaman bahasa dengan menggunakan 5 cara ini. Jom baca!

Teruja nak dengar anak anda bercakap? Anda mesti sedang mencari cara bagaimana anda boleh bantu meningkatkan perkembangan bahasa anak anda? 

Lagi seronok ibu bapa apabila memikirkan anak akan panggil ibu dahulu ke atau ayah dahulu. Ayah atau mama? Jadi lagi menarikkan? 

Sebagai ibu bapa, pastinya anda begitu seronok apabila anak anda sudah mula beri respon pada anda apabila anda bercakap dengannya. Itu adalah merupakan salah satu tanda yang menunjukkan bahawa anak anda sudah mula ingin bercakap kerana anak anda mula memahami anda. Ia adalah merupakan satu daripada proses bercakap. Anak anda mendengar, memahami dan menyimpan. Kemudian, anak anda akan belajar untuk bercakap.

Kami faham bahawa anda tidak sabar untuk mendengar anak anda petah bercakap (sabar ya ibu bapa) tetapi anda perlu ketahui bahawa setiap anak mempunyai masa mereka yang tersendiri. Jadi, jangan pula bandingkan dengan anak jiran sebelah kalau mereka sebaya. 

Apa yang penting, anda kenalah tahu terlebih dahulu mengenai percakapan bayi dan bahasa mereka. Lain tau dengan orang besar.

Perkembangan bahasa bayi: apa yang anda patut tahu?

Bayi berkomunikasi dengan cara yang berbeza. Apabila mereka mula mengenali bahasa, anda mungkin melihat atau mendengar mereka berbuat perkara begini:

  • Babbling atau bercakap bahasa bayi (comel kan?)
  • Mula bercakap dengan perkataan ringkas (ma-ma, ba-ba, shu-shu)
  • Tiru ayat anda
  • Tunjukkan isyarat tidak atau geleng kepala bila tak nak

Perasan tak, apabila anak anda sudah masuk umur hampir setahun, anak anda sudah mula boleh bercakap tetapi ada masanya hanya anda sahaja yang faham. Orang luar tak faham langsung. 

Untuk ibu bapa, kebanyakan anak akan bercakap apabila umurnya masuk setahun sehinggalah ke 18 bulan. Anak anda juga akan lebih mempunyai rasa ingin tahu. Setiap masa, anak anda akan bertanyakan anda soalan. Ingat tak dengan iklan TV apabila anaknya asyik bertanya kepada bapanya, “Burung apa?” dan bapanya menjawab tanpa henti “Burung murai”. Begitulah keadaannya apabila anak berasa ingin mengetahui apakah objek yang berada di sekitarnya dan apakah nama objek tersebut.

Adakah anda ingin meningkatkan penguasaan bahasa anak anda? Mari baca selanjutnya!

 Cara terbaik meningkatkan penguasaan bahasa anak anda

#1 Mula seawal yang mungkin

perkembangan bahasa

Kredit: Pexels

Kalau anda nak anak anda boleh bercakap dan membaca, anda sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar dan penting. Jadi, amat penting untuk anda sebagai ibu bapa memulakan langkah anda dari awal. Anda boleh menggabungkan pembelajaran bahasa dalam aktiviti yang anda lakukan bersama anak. Kajian mendapati anak yang dibacakan buku dan diajak berkomunikasi pada awal usia, akan lebih cepat bercakap berbanding kanak-kanak yang lain. Jadi, jangan risau kalau anda rasa anak anda tidak memahami anda.

#2 Cakap, borak dan berkomunikasi dengan anak anda

perkembangan bahasa

Kredit: Pexels

Rasa macam cakap seorang diri? Tak apa, teruskan kerana anak anda akan dapat menguasai bahasa dengan lebih baik apabila anda bercakap dengannya. Cakap dengan anak, “Sekarang waktu makan!” atau “Dah sampai waktu tidur”. Anda nak ajak anak anda borak pun tak apa. Walaupun mungkin sunyi sedikitlah tetapi anak anda masih boleh beri reaksi yang menandakan anak anda mungkin memahami anda! Ia sedikit sebanyak dapat bantu perkembangan bahasa mereka. 

#3 Bacakan buku kepada anak anda

Bacakan sebanyak mana buku kepada anak anda. Kenapa? Lebih baik bermula dari awal untuk pupuk minat anak membaca. Anda boleh bacakan buku cerita kepada anak anda dan ceritakan kisah tersebut dengan reaksi. Di samping itu, anda boleh tunjukkan watak-watak berwarna warni dan buatkan interaksi bersama anak anda lebih menyeronokkan.

#4 Galakkan anak anda bercakap

perkembangan bahasa

Kredit: Pexels

Seronokkan dengar bayi membua bunyi atau bila bayi membebel? Tapi, anda jangan sekadar dengar sahaja. Anda juga boleh menggalakkan anak anda untuk bercakap dengan sentiasa beri reaksi positif apabila anak anda bercakap. Pandang mata dan sentiasa beri tumpuan apabila anak anda bercakap. Barulah anak anda rasa nak bercakap lagi. Bila anak anda sebut shu-shu, anak boleh betulkan susu dengan cara positif. Ulang semula apa yang anak anda cakapkan.

#5 Nyanyi bersama anak

Masa untuk berhibur! Berhibur-berhibur juga tetapi tahukah anda, anda juga boleh memantapkan penguasaan bahasa anak anda dengan menyanyikan lagu nursery rhymes atau lagu kanak-kanak. Kan banyak pilihan lagu-lagu kanak-kanak masa kini. Anda boleh ajar anak anda lagu dan tunjukkan perbuatan dengan lagu tersebut. Anda juga boleh merapatkan lagi hubungan anda dengan anak anda. Menarik, kan?

Sumber: Raising Children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Tahap Perkembangan Bahasa Sejak Bayi Hingga 3 Tahun

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 5 Cara Untuk Meningkatkan Perkembangan Bahasa Anak No.#2 Paling PENTING
Kongsikan:
  • Kanak-Kanak Yang Baca Buku Sebelum Tadika Kenal Lebih 1 Juta Perkataan Berbanding Kanak-Kanak Lain! - Kajian

    Kanak-Kanak Yang Baca Buku Sebelum Tadika Kenal Lebih 1 Juta Perkataan Berbanding Kanak-Kanak Lain! - Kajian

  • Bila Ibu Ayah Berpura-Pura Memahami Cakap Bayi, Ia Boleh Membuat Bayi Jadi Pintar -Kajian

    Bila Ibu Ayah Berpura-Pura Memahami Cakap Bayi, Ia Boleh Membuat Bayi Jadi Pintar -Kajian

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kanak-Kanak Yang Baca Buku Sebelum Tadika Kenal Lebih 1 Juta Perkataan Berbanding Kanak-Kanak Lain! - Kajian

    Kanak-Kanak Yang Baca Buku Sebelum Tadika Kenal Lebih 1 Juta Perkataan Berbanding Kanak-Kanak Lain! - Kajian

  • Bila Ibu Ayah Berpura-Pura Memahami Cakap Bayi, Ia Boleh Membuat Bayi Jadi Pintar -Kajian

    Bila Ibu Ayah Berpura-Pura Memahami Cakap Bayi, Ia Boleh Membuat Bayi Jadi Pintar -Kajian

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.