X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Parent Tolong Elak Panggil Anak Degil, Walaupun Dia Memang Degil!

4 min bacaan
Parent Tolong Elak Panggil Anak Degil, Walaupun Dia Memang Degil!

Geram kan bila anak tak mahu dengar kata. Tapi jangan sekali-kali panggil anak degil walaupun dia memang degil! Tolong ingat ya parents.

Memang tak dinafikan, anak sejak kecil bila dah pandai buat perangai dia uji kesabaran kita. Bila sudah besar, makin kuat lagi diuji kesabaran terhadap anak-anak. Tapi pesanan buat ibu bapa di luar sana, tolong jangan panggil anak degil walaupun dia memang degil dan sudah nak dengar kata.
 
Ibaratnya, bila kita kata jangan tu, seakan disuruh pula dia buat. Makin kita kata jangan, makin teruk dia buat dan makin menjadi-jadi pula perangainya. Tapi setiap doa ibu bapa ini makbul, disebabkan itu kena kawal apa yang keluar dari mulut kita.
 
Lebih baik istighfar banyak-banyak bila rasa geram sangat dengan anak. Gunalah petua buat kiraan dari 10 hingga 1 yang kami kongsikan sebelum ini jika anda marah sangat pada anak.

Jangan panggil anak degil walaupun dia memang degil!

anak degil

Kalau boleh sentiasa ingatkan diri sendiri atau pasangan jangan sekali-kali sebut atau panggil anak anda degil. Bahaya ya kesannya. Menurut pengasas positive parenting circle, Mohd Fhais Salim, anak yang dikatakan degil ini sebenarnya dia sedang menunjukkan fight response. 
 
Ini bermaksud, anak itu dalam mod memberontak. Sebab itu kita cakap apa pun dia tak dengar, kita suruh apa pun dia tak ikut dan kadang kuat melawan.
 
Macam mana boleh terjadi fight response?
 
Dia sebenarnya the challenger
Selalunya kerana karakter anak kita jenis The Challenger.
  • dia suka cabaran
  • dia tak suka kalah
  • dia suka bersaing
  • dia jenis kompetetif
  • dia tak suka jadi lemah
  • dia mahu dihormati
  • dia jenis iron will

Tiada anak yang sengaja nak degil

anak degil

Kadang-kadang tu kita sebagai ibu ayah kena melihat dengan hati lebih daripada melihat guna mata. Kadang-kadang deria mata ni banyak menutup kebaikan anak-anak kita. Tak ada anak yang sengaja nak degil pada ibu ayah melainkan dia tak rasa di dengari isi hatinya.
 
Cara bentuk anak jenis keras hati, strong will
anak degil
 
Anak begini, makin kita keras, makin dia jadi keras hati. Jadi bagaimana untuk handle anak yang keras hati begini?
 
#1. Panggil nama mereka dengan intonasi lembut
 
Intonasi memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Ini kerana, sebelum anak anda dapat memahami perkataan, mereka terlebih dahulu memahami intonasi dan amat sensitif terhadap perasaan anda. Sebab itulah bayi boleh ‘mencebik’ atau menangis apabila kita bergurau dengan berpura-pura memarahi mereka.

Beri sedikit masa untuk mereka untuk mengalih perhatian daripada sesuatu yang sedang mereka buat kepada percakapan anda. Jangan biasakan anak untuk hanya bertindak terhadap jeritan anda. Ini kerana, anak anda menganggap anda tak serius dan boleh dilengahkan semasa pertama kali menyuruh mereka membuat sesuatu.

#2. Beri perhatian pada apa yang sedang mereka lakukan

Ada masanya, mungkin anak-anak tadi tak bermaksud untuk melengahkan apa yang anda arahkan. Sebaliknya, barangkali mereka rasa tidak didengari.

Contohnya, apabila anak balik tadika / sekolah, kita terus suruh mereka mandi tanpa sepatah perbualan atau pertanyaan bersama mereka. Padahal, mungkin mereka melalui hari yang sukar dan amat meletihkan di sekolah tadi. Secara tidak langsung kita mengabaikan perasaan mereka.

#3. Elak ayat negatif

Antara ayat negatif yang selalu disebut oleh ibu bapa adalah perkataan ‘jangan’ atau ‘tak boleh’. Menurut Noraini Ahmad, penulis buku Kaunseling Kekeluargaan, perkataan ‘jangan’ ini bukan saja menutup ruang untuk berinteraksi, tetapi juga mengundang negativiti pada perkataan seterusnya.

Contohnya: “Jangan malas.” Kadangkala, anak yang rajin pun boleh menjadi sebaliknya kerana tertekan dan bosan apabila dilabel ‘malas’.

Cuba bandingkan pula ayat “Jangan berbohong” dengan “Cuba beritahu ibu apa yang sebenarnya berlaku tadi”. Ada perbezaannya bukan?

#4. Beri arahan dengan jelas
 
Kadangkala, anak-anak tidak bermaksud untuk memberontak atau melawan cakap anda. Tetapi, mungkin kapasiti otak mereka masih belum dapat memproses maklumat tersebut dengan baik.
 
Dari segi sainsnya, anak-anak ini sedang membina sebahagian daripada otak mereka yang dikenali sebagai frontal cortex. Bahagian akan saling bertukar fungsi untuk memproses maklumat dalam membantunya memilih apa yang mereka mahukan dan apa yang anda mahukan.

Maka, bantulah mereka dengan memberi arahan yang mudah dan ringkas. Berikan pilihan atau alternatif sekiranya ia terlalu sukar. Tetapkan deadline supaya lebih mudah mereka memahami kemahuan anda. Contohnya: ‘Iman, pergi mandi dalam masa 10 minit. Kita akan makan malam sekejap lagi.’

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!

Baca juga: Cara Didik Anak Anda Jadi Pemurah Dan Mahu Berkongsi

Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!

 
Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Parent Tolong Elak Panggil Anak Degil, Walaupun Dia Memang Degil!
Kongsikan:
  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.