TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Gagal Ketika Peperiksaan Bukan Pengakhiran Segalanya, Ini 6 Perkara Ibu Ayah Kena Buat

3 min bacaan
Anak Gagal Ketika Peperiksaan Bukan Pengakhiran Segalanya, Ini 6 Perkara Ibu Ayah Kena Buat

Siapa saja yang suka anak gagal ketika peperiksaan? Namun jangan terus menghukum. Ada perkara lebih penting ibu ayah perlu buat.

Memang jika anak gagal dalam peperiksaan ibu ayah akan akan rasa agak kecewa dan sedih. Namun jika anak sudah berusaha keras, janganlah menidakkan hasil usaha mereka.

Ada perkara yang ibu ayah perlu buat jika anak gagal dalam peperiksaan, Bukan sewenang-wenangnya memarahi anak kerana ia hanya akan membuatkan mereka jadi lebih down.

Cuba terima dengan hati terbuka apa yang berlaku pada anak. Tidak semestinya dia gagal sekarang ibarat berakhir sudah dunianya. Masih banyak yang anda sebagai ibu bapa perlu bimbing anak.

Anak gagal exam bukan pengakhiran segalanya

Tahukah anda, gagal dalam peperiksaan bukanlah jaminan bahawa anak itu tidak akan berjaya dalam seluruh hidupnya. Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa di belakang anak menyokong mereka.

Bukanlah jika anak gagal itu kita perlu biarkan saja. Cuma janganlah terus menghukum seolah-olah mereka langsung tidak berusaha. Ini sebenarnya yang anda perlu buat:

#1. Lihat sisi kelebihan anak

 Gagal

Lihatlah sisi kelebihannya. Mungkin ada anak yang kurang daripada segi akademiknya namun daripada segi lain anak ini sangat hebat sekali.

Jadi janganlah anggap jika anak gagal dalam sesuatu dia akan gagal selamanya. Anda sebagai ibu ayah perlu bantu dia mencari apa yang sesuai dan terbaik untuknya.

Jangan terlalu memaksa kerana kelak ia akan memakan diri akhirnya. Mereka ini adalah kurniaan dari Ilahi dan amanah pada anda untuk anda bentuk.

Jadi berusahalah juga memahami dan berikan yang terbaik untuk mereka.

#2. Hargai usahanya

Tiada siapa yang mahukan kegagalan. Anak selalu mahu buat ibu bapanya berasa bangga akan pencapaiannya. Ibu bapa juga perlu belajar menghargai kegagalan anak dengan belajar melihat kejayaan kecil yang dicapai oleh anak.

Belajar melihat kejayaan-kejayaan kecil kemudian baru kita belajar bersyukur dengan apa yang ada. Setiap kejayaan anak bermula dari kegagalan sebelum ini.

#3. Jangan perkecilkan anak

 Gagal

Ibu bapa yang menghargai setiap usaha anak tidak akan mudah memperkecilkan anak. Kelihatan hanya sedikit usaha yang anak lakukan,

Teruskan memberikan dorongan dan sokongan tanpa mengejek atau memandang rendah kepadanya walaupun tiada pencapaian yang berjaya dilakukan.

#4. Berani akui kesilapan

Jangan malu mengaku sekiranya kesilapan kita sebagai ibu bapa menyebabkan anak melalui kegagalan. Sekiranya telah tersedar, segera bantu dan bangkit bersama-sama anak memperbaiki kesilapan sebelum ini.

#5. Ringankan mulut mohon maaf

Berikan diri sendiri peluang untuk maafkan diri sendiri dan anak. Jika anda salah, beranilah akui kesilapan diri. Anak akan belajar akui kesilapannya juga.

Ada yang kata tak perlu meminta maaf daripada anak, namun anak juga manusia, jika mereka tidak belajar perkara yang baik dari ibu ayah, daripada siapa lagi dia boleh belajar?

Rendahkan ego anda dengan anak. 

#6. Gunakan kata-kata yang baik

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

 Gagal

Bantu anak bangkit kembali dengan perbaiki kesilapan kita iaitu gunakan perkataan bersangka baik. Jauhi mengungkit-ungkit kesalahan pada masa lalu. Mulakan dengan hargai pandangan anak. Beri dorongan dengan gunakan ayat-ayat yang baik.

Contohnya memuji apa pun pencapaian yang anak lakukan tetapi pada masa yang sama terus tegur apa yang betul jika anak tersilap.

Beri semangat pada anak dan katakan pada mereka yang mereka boleh. Sebenarnya ibu ayahlah penguat semangat anak. Sekiranya ibu ayah meruntuhkan semangat mereka, sangat susah untuk anak bangkit kembali.

Sekolah Dasar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran Islam

Baca juga: Contohilah 21 Sikap Rasulullah SAW Dalam Mendidik Anak Ini, Ia Sangat Relevan Sehingga Kini!

Baca juga: 9 Rahsia Mendidik Anak Jadi Pintar Sejak Dari Dalam Perut, #5 Ibu Wajib Cuba Hari Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Gagal Ketika Peperiksaan Bukan Pengakhiran Segalanya, Ini 6 Perkara Ibu Ayah Kena Buat
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham