Amaran dari seorang ibu selepas anak “hampir kehilangan matanya” selepas bermain fidget spinner (mainan berputar)

Share this article with other mums

Seorang ibu mahu memberi amaran kepada ibu bapa selepas anaknya "hampir kehilangan matanya" ketika bermain "Fidget Spinner" (Mainan Berputar) yang sangat popular masa kini.

Seorang ibu mahu memberi amaran kepada ibu bapa yang lain mengenai bahaya satu permainan yang popular selepas anaknya “hampir kehilangan matanya” ketika menunjukkan rakan-rakannya beberapa helah.

Gambar: Mirror

Fidget spinners (alat berputar untuk membantu anda untuk bertenang) adalah permainan baru kegilaan ramai di seluruh negara dan telah menjadi permainan ‘mesti ada’ untuk kanak-kanak.

Tetapi seorang ibu dari Australia yang hanya dikenali sebagai Molly, terkejut apabila anak lelakinya yang berusia 11 tahun, Isaac, mengalami kecederaan yang serius selepas membaling permainan itu di udara.

“Dia melemparkan pemutar itu agak tinggi,” Molly memberitahu Kidspot, “dan dia tidak berjaya untuk menangkap pemutar tetapi ia jatuh dan tergesel sudut matanya.

Gambar: Kidspot AU

“Dia sangat bernasib baik kerana tidak kehilangan penglihatan beliau apatah lagi biji matanya.”

Fidget spinners adalah alat kecil yang berbentuk seperti kipas dengan galas bola yang membolehkan ia untuk berputar, dan kanak-kanak suka bersaing untuk melihat siapa yang boleh menunjukkan helah yang paling bagus atau bertarung sesama sendiri, mainan siapa yang boleh berputar paling lama.

Mainan ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna dan pada asalnya direka sebagai alat untuk melegakan tekanan.

Mainan ini telah pun diharamkan di sesetengah sekolah oleh guru-guru berkenaan yang berpendapat bahawa mainan ini menganggu tumpuan murid-murid – alasan yang sangat baik.

Isaac mempunyai parut pada matanya yang “menghalang dia daripada melihat daripada sudut matanya” dan terpaksa menoleh kepalanya untuk melihat, menurut Kidspot.

Walaupun Molly telah mengharamkan anaknya daripada bermain dengan mainan tersebut, dia masih mempunyai akses kepada mainan itu di taman permainan sekolahnya.

Guru-guru di UK telah mengharamkan mainan tersebut, dan sekolah menengah Salford telah mengeluarkan mesej teks kepada ibu bapa minggu lalu untuk memaklumkan bahawa permainan tersebut adalah dilarang di sekolah tersebut mulai 26 April 2017.

“Mainan itu adalah gangguan kepada pembelajaran dan boleh membahayakan. Semua jenis mainan berputar yang dilihat dalam kawasan sekolah akan dirampas. Terima kasih atas sokongan anda dalam perkara ini.”

Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan kanak-kanak dengan keperluan khas dan masalah pembelajaran.

Bapa; Bernie Egan berkata: “Hanya kerana mainan itu tiba-tiba menjadi kegilaan ramai tidak bermakna ia harus kehilangan nilai terapeutiknya. Mainan berputar itu direka untuk membantu pelajar yang mengalami gangguan perhatian seperti ADD (Attention Deficit Disorder) – pakar berkata mainan tersebut boleh membantu meningkatkan tumpuan dan

mainan tersebut sebenarnya mempunyai sejarah yang benar-benar menarik sebagai alat pendidikan.”

Rencana diterjemahkan daripada Mirror UK

Berita Keibubapaan Keselamatan