TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bahaya! Fidget Spinner Buat 5 Jam Jari Budak Ini Tersangkut

17 Aug, 2017
Bahaya! Fidget Spinner Buat 5 Jam Jari Budak Ini Tersangkut

Gara-gara fidget spinner, jari kanak-kanak ini tersangkut hingga bengkak. Saintis akhirnya membuktikan fidget spinner adalah bahaya dan tak membawa faedah!

Fidget spinner mengundang bahaya pada kanak-kanak

Seorang budak berusia 5 tahun dari Sabah terpaksa menahan kesakitan apabila jarinya tersangkut di mainan fidget spinner pada hari Ahad lepas!

Gara-gara kejadian itu, Jabatan Bomba dan Keselamatan terpaksa dipanggil untuk memotong fidget spinner terbabit dari jari kanak-kanak ini yang telah membengkak.

Mohd Alfath Izwan Mohd Rosdi, 5 tahun – dikatakan bermain permainan fidget spinner milik abangnya. Selepas leka bermain, dia tertidur.

Apabila dia bangun dari tidur, dia mula menangis. Rupa-rupanya, sudah 5 jam permainan itu tersangkut di jarinya!

Ibunya yang terkejut dengan kejadian cuba menggunakan sabun dan minyak untuk mengeluarkan jari anaknya yang tersangkut. 

Tapi percubaannya gagal. Lalu, dia pantas membawa anaknya ke wad kecemasan. Setiba di hospital, pihak bomba dihubungi bagi memotong fidget spinner terbabit.

Bahaya fidget spinner pada anak-anak yang tak disedari ibu bapa

Sebenarnya, ini bukan kes pertama kanak-kanak tercedera kerana permainan trend baru ini.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak dari Oregon, AS dimasukkan ke hospital kerana tercekik bahagian kecil permainan yang berbahaya ini.

Bahaya! Fidget Spinner Buat 5 Jam Jari Budak Ini Tersangkut

Fidget spinner mengundang bahaya tanpa sedar

Ya, mainan ini ada bahagian kecil yang boleh terbuka jika dimasukkan dalam mulut!

Malah, ada beberapa laporan lagi menunjukkan jari kanak-kanak tersangkut pada permainan ini. 

Consumer Product Safety Commission (CPSC) masih menjalankan penyiasatan ke atas produk permainan ini. Ia untuk memastikan peristiwa seperti di atas tak berulang kembali.

Jika anak anda gemar bermain permainan ini…

Sebenarnya, fidget spinner ini untuk apa?

Fidget spinner adalah satu peranti yang direka khas untuk memberi “ketenangan” pada pengguna. 

Sebab itu, ia dikatakan oleh pengeluar mampu merawat individu dengan masalah kegelisahan, autisme dan ADHD.

Namun, saintis telah mengambil keputusan untuk menguji kebenaran kata-kata pengeluar fidget spinner terbabit. Mereka ingin memastikan adakah gajet berpusing seperti ini mampu “membantu” pesakit.

Kajian membuktikan fidget spinner tidak memberikan sebarang manfaat kepada pesakit ADHD. Sebaliknya, ia hanya berfungsi sebagai distraction saja.

Dr. Ruth Milanaik dari Cohen Children’s Medical Center of New York juga mendedahkan fidget spinner “tiada kaitan” dengan fokus dan tumpuan kanak-kanak.

Jadi, disebalik “janji-janji” palsu yang diberi pengeluar, permainan ini hanya lebih mengundang bahaya!

bahaya fidget spinner

Bagaimana ingin mengelak bahaya fidget spinner pada anak-anak?

Menurut Good Housekeeping Institute, segala kecederaan yang terjadi kerana fidget spinner adalah berpunca dari jualan bungkusan mainan terbabit di pasaran.

Ia dijual tanpa label yang betul tentang umur berapa yang bersesuaian. 

Ibu bapa harus lebih berhati-hati dan mengamalkan langkah-langkah ini:

  • Periksa bahagian kecil di fidget spinner ini. Ia boleh terbuka!
  • Buang permainan ini jika ia sudah rosak. Takut anak tercekik!
  • Baca label permainan sebelum beli. Cari yang ada tulis “umur yang disyorkan”. Permainan ini bukan untuk semua peringkat usia.
  • Sentiasa perhati bila anak main.

Semoga kejadian ini tak berulang kembali. Jom mula pantau permainan anak-anak, ya!

Sumber rujukan: The Straits Times dan Good Housekeeping

Kredit gambar: The Straits Times

Baca juga:

Amaran dari seorang ibu selepas anak “hampir kehilangan matanya” selepas bermain fidget spinner (mainan berputar)

 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bahaya! Fidget Spinner Buat 5 Jam Jari Budak Ini Tersangkut
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham