Anak Akan Ikut Perangai Ibu Ayah, Sebab Itulah Kena Selalu Tunjuk Contoh Yang Baik

Sikap anak yang berkelakuan teruk ketika berada di luar membuatkan ramai ibu ayah berasa malu. Namun tahukah ia dikatakan berpunca daripada anda?

Proses membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ada banyak ujian dan dugaan yang perlu ibu ayah hadapi. Apabila sikap anak agak teruk, pernah tak terlintas di fikiran anda bahawa mereka sebenarnya ikut perangai ibu bapa?

Sebagai ibu ayah, sudah menjadi kebiasaan untuk anda menahan rasa malu dan tebal muka jika anak buat perangai di depan orang. Bayangkan si manja tiba-tiba mengamuk di restoran makan atau tantrum sehingga menggulingkan tubuh badan di atas lantai pusat membeli-belah.

Benarkah sikap anak ikut perangai ibu bapa mereka?

credit to sources

Justeru adakah ini terjadi disebabkan oleh kesalahan anak semata-mata? Ataupun mereka hanya mengikut tabiat buruk ibu bapanya sendiri?

Kita selalu dengar orang kata “monkey see, monkey do, ” iaitu perbuatan meniru tindakan seseorang tanpa banyak memikirkan bagaimana dan kesannya. Pendek kata anak ikut perangai ibu bapa.

Mereka hanya mencerminkan perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu bapa. 

Cuba fikir dulu. Adakah ibu bapa suka membuat komen negatif yang tidak senang didengar? Adakah ibu bapa selalu tidak rasa sabar apabila bersama anak atau orang lain?

Apakah ibu bapa bersopan santun apabila bercakap dengan pasangan?

Ibu bapa tidak boleh membuat tanggapan anak akan bersikap baik, jika kita sendiri berperangai buruk. Anak ikut perangai ibu bapa – mana mereka tahu apa-apa? Maka sebelum ibu bapa marahkan anak apabila mereka berkelakuan buruk, semak diri dulu. Anda mungkin punca mengapa mereka buat perangai!

Sikap anak yang teruk disebabkan oleh beberapa perkara

Kanak-kanak yang sakit atau terlampau letih pasti lebih sensitif, kuat merengek dan buat perangai. Mereka tidak melakukan ini kerana saja nak tantrum atau nakal. Mereka hanya ingin “memberitahu” ibu bapa yang mereka tidak selesa.

Jadi kalau anak demam, flu, selesema, mempunyai jangkitan telinga ataupun jangkitan lain, biar mereka rehat di rumah dan jika perlu keluar, pilih tempat yang berdekatan saja.

Kalau ibu bapa sendiri yang sakit, pasti malas nak keluar juga kan? Takkan nak marah-marah apabila anak tengah sakit!

Anak ikut perangai ibu bapa: Bermula dari rumah

credit to sources

Selain menyemak perangai sendiri, ibu bapa juga perlu mula mendidik dan membentuk perangai anak dari rumah terlebih dulu. Jangan harap anak akan berkelakuan baik di luar kalau di rumah pun sudah berkelakuan macam hantu.

Jika ibu bapa biarkan sahaja anak berkelakuan teruk, menggunakan bahasa kesat ataupun bersikap biadap di rumah, sudah tentu mereka akan melakukan yang sama apabila diluar!

Biarpun kadang-kadang mereka akan bising, berkelahi dan main kasar, ibu bapa masih perlu memberi panduan dan mengawal disiplin di rumah. Jangan tunggu hingga anak ikut perangai ibu bapa ya. Perangai buruk yang sudah disemai dalam kehidupan anak sangat susah untuk diperbetulkan.

Tiada sikap anak yang sempurna

Biarpun anak yang biasanya bekelakuan baik juga boleh membuat perangai ya. Ibu bapa kena ingat, biarpun anak mempunyai perangai dan kelakuan yang baik, mereka juga bukan manusia yang perfect.

Cara ibu bapa menangani situasi apabila anak membuat perangai juga akan memberi kesan kepada anak. Jangan menjerit dan hilang kawalan.

Sebaliknya gunakan nada suara yang terkawal tetapi tegas. Jangan mengalah kerana malu atau orang lain tengok. Jika perlu, bawa anak ke tepi dan tegur mengenai kesalahan mereka.

credit to sources

Jadi ingat ya ibu bapa, kalau anak sering berkelakuan teruk, semak diri dulu kerana biasanya anak ikut perangai ibu bapa. Tanya diri dulu: adakah ibu bapa mempunyai perangai yang sama? Adakah ibu bapa mementingkan disiplin anak di rumah dan di luar? Mungkin perangai ibu bapa yang kena berubah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapura

Kredit foto: Google Images

Baca juga: ”Bapa Borek, Anak Rintik”- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!

Baca juga: Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

Baca juga: 7 Rahsia Menjadi Ibu Bapa Hebat & Terbaik Untuk Anak-Anak, #5 Ramai Ibu Ambil Mudah!