TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Kecil Dirotan Oleh Ibu Bapanya Sendiri Sehingga Meninggal Dunia

7 Jun, 2017
Anak Kecil Dirotan Oleh Ibu Bapanya Sendiri Sehingga Meninggal Dunia

Anak kecil ini telah dirotan sehingga mati. Adakah merotan anak itu wajar? Bagaimanakah ibu bapa boleh mengawal keinginan untuk merotan anak mereka?

Ini adalah satu berita yang sangat menyayat hati. Seorang anak kecil, kanak-kanak lelaki, telah dirotan oleh ibu bapanya sendiri sehingga dia meninggal dunia.

Berapa banyak kalikah kanak-kanak malang ini dirotan sehingga hilang nyawanya? Kami tidak sanggup untuk membayangkannya!

Budak lelaki dirotan sehingga mati

Berita yang mengejutkan ini berlaku di negara kita sendiri; di Malaysia. Kedua-dua pasangan suami isteri ini telah pun dihukum atas perbuatan mereka merotan anak lelaki sehingga mati.

Ibu bapa ini dikhabarkan telah cuba untuk membawa anak mereka ke klinik selepas didera, tetapi si kecil itu telah diisytiharkan meninggal dunia ketika berada di klinik itu.

Doktor sangat terkejut apabila melihat badannya dipenuhi dengan kesan lebam di muka, tangan, kaki dan pinggul.

Doktor itu mulai curiga dan dengan segera menghubungi pihak polis.

Assistant Comm OCPD Subang, Mohammad Azlin Sadari, telah dilaporkan oleh The Star Online sebagai berkata, “Kecederaan ini dipercayai adalah akibat ditumbuk dan dipukul dengan kayu rotan.”

Ibu bapa mempunyai rekod jenayah

ACP Mohamad Azlin pula menjelaskan yang kedua-dua ibu bapa ini mempunyai rekod jenayah lampau.

“Si ayah, 33 tahun, mempunyai rekod dadah sementara ibu, 36 tahun, mempunyai rekod menipu dan memecah masuk rumah. Dia juga dikehendaki atas kes kecurian di Kuantan.”

Punca kematian kemudiannya telah disahkan sebagai trauma dipukul dengan benda tumpul.

Menurut akhbar The Straits Times, pada 5 Jun, Aaron Teoh Eng Wan, 34, dan isterinya, En Sit Mooi, 36, telah dituduh membunuh anak lelaki mereka, Adrian Teoh yang berusia 9 tahun, antara pukul 2pm hingga 3.30pm pada 26 Mei.

Mereka juga telah dituduh menderanya secara fizikal berulang kali dengan dua kayu rotan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka berdua dan pasangan ini tidak diwakili oleh mana-mana peguam ketika di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya juga tidak mencadangkan sebarang jaminan bagi mereka berdua.

Kami berasa sangat sedih memikirkan penyeksaan yang harus dilalui oleh kanak-kanak malang ini… semoga si kecil ini tenang di sana.

Bagaimana caranya untuk ibu bapa mengawal keinginan untuk merotan anak mereka?

caning chilren

Sumber: Chinasmack.com

Ibu bapa sekalian, kami faham yang tujuan utama merotan adalah disiplin.

Kami rasakan yang merotan itu berkesan adalah kerana nilai kejutan dan mesej atau amaran jelas yang ia dapat sampaikan dengan segera.

Kita semua mahu anak kita memperbetulkan kesilapan mereka, membesar menjadi insan yang mampu berfikir dan bertanggungjawab di hari esok.

Tetapi bagaimanakah jika tiadanya hari esok? Bagaimana kalau kemarahan kita pada hari ini membunuh masa depan anak kita?

Tip alternatif kepada merotan anak-anak

Bolehkah kita bertukar ke kaedah disiplin yang lebih lembut? Di sini kami ada beberapa tip untuk anda:

  • Bertenang: Anda mungkin telah melalui hari yang sukar dan berasa seperti hilang pertimbangan. Apabila anda rasakan yang anda hampir hilang kawalan, cuba tinggalkan situasi di mana anda berada. Pergi ke bilik berlainan, tetapi jangan tinggalkan anak anda dengan rasa marah atau kalah. Cuba katakan, “Ibu/ayah ada di bilik sebelah jika kamu mahu berbincang dengan ibu/ayah.”

Jika anda tidak mampu meninggalkan situasi itu, cuba kaedah ‘kira sampai 10’ untuk menghilangkan tekanan.

  • Jangan sesekali pukul anak anda dalam keadaan marah: Anda hanya melempiaskan rasa kekecewaan anda, dan memukul anak dalam keadaan ini hanya akan membawa kepada kecederaan fizikal dan akibat yang tidak diingini. Jika anda rasa semakin mahu naik darah, berhenti seketika dan tanya soalan ini kepada diri sendiri:
  1. Kenapa saya mahu memukul anak saya?
  2. Apa yang saya ingin cuba ajarinya?
  3. Apa yang dia akan belajar sebenarnya (dari merotan ini)?
  4. Adakah memukulnya satu sahaja cara yang saya ada? Adakah saya memukulnya untuk membantunya menukar perangai atau saya hanya mahu melepaskan rasa marah saya?
  5. Bolehkah dia belajar melalui cari lain, tanpa saya perlu memukulnya?

Anda akan rasa lebih tenang jika anda ambil masa sedikit untuk memikirkan perkara di atas.

Anda telah berjaya menenangkan diri anda dan kini, mungkin mampu berfikir secara lebih rasional.

  • Berlembut tetapi tegas: Satu cara disiplin yang berkesan adalah dengan merendahkan badan anda pada ketinggian anak anda, buat hubungan mata (eye contact), sentuhnya dengan perlahan dan nasihatinya secara lembut tetapi dengan nada yang tegas. Turun ke aras mata anak anda akan membuatkan anda kurang menggerunkan kepada si kecil itu.

Beri peluang kepada anak anda untuk perbetulkan kesilapan

Lagi satu alternatif kepada memukul adalah dengan memberi pilihan kepada si kecil anda sama ada untuk memperbetulkan kesilapan atau menerima akibat daripadanya.

Contohnya: “Kamu mahu berhenti bermain dengan makanan ke? Atau tinggalkan meja makan ini?”

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
  • Terangkan akibatnya: Daripada menghukun dengan memukul, cuba buatkan anak anda berasa bertanggungjawab atas kesilapannya. Menghukum hanya akan membuatnya berasa takut dan dia mungkin akan cuba menyembunyikannya di masa hadapan. Sebaliknya, tekankan aspek di mana anak itu dapat belajar daripada kesilapan, dan bagaimana dia boleh memperbetulkannya sendiri. Ini sebenarnya bagus untuk nilai diri anak itu.

Diterjemahkan dari sumber: Sg.theasianparent.com

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Kecil Dirotan Oleh Ibu Bapanya Sendiri Sehingga Meninggal Dunia
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham