Kehamilan Pertama & Anak Kedua Tak Sama Pengalamannya, Ini Perbezaan Yang Mungkin Ibu Alami

Kehamilan anak kedua dikatakan berbeza dengan anak pertama. Ada yang kata perut akan lebih mudah kelihatan berbanding yang pertama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu-ibu setuju apabila bercakap mengenai mudahnya kehamilan anak kedua kerana pengalaman sebelumnya. Tapi dalam mudahnya pengalaman kali ini, ada juga pengalaman yang berbeza akan anda hadapi ya.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Perbezaan hamil anak pertama dan kedua
  • Bolehkah bersalin normal sekiranya anak pertama lahir czer
  • Risiko kehamilan jarak dekat anak kedua

Malah bukan setakat sepanjang kehamilan dan kelahiran, penjagaan anak kedua juga berlainan. Jangan terlalu memberi jangkaan ia akan menjadi lebih mudah kerana sudah ada pengalaman, ada ibu-ibu yang mengadu penatnya lain macam pula. 

Perbezaan hamil anak pertama dan kedua

Ramai ibu yang sudah memiliki dua anak mengakui pengalaman hamil anda pertama dan kedua memang tidak sama. Tanda hamil anak kedua juga ada yang tidak sama dengan kehamilan pertama. Antara perbezaan ketara yang boleh dilihat termasuklah:

#1. Perut buncit lebih mudah terlihat

Jillian Coolen, doktor kandungan di Kanada menjelaskan bahawa kondisi uterus tidak kembali ke bentuk semula setelah anda melahirkan si sulung. “Otot-otot dan ligamen telah merenggang dan ini membuat perut anda lebih cepat terlihat buncit dibanding kehamilan sebelumnya,” ujarnya.

Anda juga akan kelihatan lebih cepat membesar dan naik berat badan lebih cepat berbanding dengan kehamilan pertama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Merasakan gerakan janin lebih awal

Kerana anda sudah berpengalaman dengan kehamilan sebelumnya, anda jadi lebih peka terhadap kondisi tubuh. Nicola Strydom, bidan dari Calgary, Canada menambahkan, “Pada kehamilan pertama, anda mungkin salah mengira gerakan tersebut dengan gas perut atau hal lainnya. Tapi saat hamil anak kedua, anda tahu bahawa itu si kecil yang mulai bergerak.”

#3. Lebih mudah penat

Badan bertambah besar ditambah dengan ada si calon kakak yang harus diurus, pastilah hal tersebut membuat lelah. Sayangnya, banyak ibu yang hamil untuk kedua kali lupa untuk mengambil multivitamin ibu hamil.

Padahal, melakukan tersebut boleh membantu menambah tenaga pada ibu hamil. Selain itu, mintalah doktor untuk meresepkan zat besi untuk menjaga daya tahan tubuh anda.

#4. Kesakitan lebih terasa

Pada kehamilan kedua, hormon relaxin meningkat di usia kehamilan 14 minggu keatas dan membuat badan lebih mudah pegal. Posisi bayi pada kehamilan kedua juga cenderung berada agak kebawah sehingga ibu lebih merasakan sakit dibunggung dan pinggang. Sakit ini biasanya akan hilang dengan sendirinya setelah si bayi lahir.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Kontraksi palsu lebih sering terjadi

Hal ini kerana tubuh sudah pernah mengenal kontraksi sebelumnya. Awalnya mungkin anda mengira itu adalah gerakan bayi tapi cepat atau lambat anda akan tahu bahawa itu adalah kontraksi palsu.

#6. Proses persalinan lebih cepat

Kalau yang ini, pastilah anda semua sudah mengetahuinya. Tapi tahukah apa penyebabnya?

Hal ini kerana bahagian reproduksi sudah ‘mengenali’ rangkaian proses persalinan sebelumnya sehingga proses pembukaan hingga mengejan jauh lebih cepat. Rata-rata ibu pada persalinan kedua membutuhkan 6-8 jam saja untuk melahirkan.

#7. Kontraksi setelah bersalin jauh lebih sakit

Mungkin saat persalinan pertama, anda tidak merasakan adanya kontraksi rahim setelah persalinan. Namun saat melahirkan anak kedua, hal itu lebih mungkin terjadi kerana otot uterus sudah tidak sekencang dulu lagi.

Kontraksi dibutuhkan untuk mengeluarkan darah nifas dan juga membantu mengembalikan rahim ke ukuran sebelum kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Otot yang sudah mengendur membuat kontraksi pasca melahirkan lebih terasa dan ini semakin terasa saat anda sedang menyusui. Kerana menyusui merangsang keluarnya hormon oksitoksin yang boleh menyebabkan kontraksi.

#8. Anda mungkin tidak berasa sangat teruja

Tidak seteruja kali pertama hamil, mungkin tiada lagi sambutan baby shower dan sebagainya. Anda juga mungkin tidak berkongsi kehamilan kedua dengan orang lain.

Bagi yang nampak, nampaklah. Tiada lagi pengumuman dan sebagainya. Namun, tidak semua begini. Ada yang kehamilan keduanya yang ditunggu-tunggu, jadi teruja juga jadinya. 

#9. Perasaan tidak terganggu seperti kehamilan pertama 

Semasa anda pertama kali hamil, anda telah menerima nasihat, cerita, pemikiran, soalan, dan banyak lagi daripada kebanyakan orang. U

ntuk bayi kedua juga, anda mungkin menerima perkara yang sama. Jadi, anda tidak perlu risau tentang mereka dan lakukan apa yang anda lakukan untuk bayi pertama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#10. Tidak lagi beli barang yang tak perlu

Untuk bayi kedua, anda jelas mengetahui perkara-perkara perlu yang anda perlukan. Anda boleh menggunakan katil bayi, set peralatan tempat tidur yang telah anda gunakan dengan bayi pertama anda.

Kebanyakan orang tahu bahawa mereka tidak memerlukan banyak dengan bayi kedua yang mereka perlukan dengan pertama.

#11. Sukar untuk tidur

Semasa kehamilan kedua, anda mungkin berasa sukar untuk tidur berbanding kehamilan pertama. Saiz perut yang bertambah menyebabkan sukar untuk tidur. Jadi, anda harus bersedia untuk malam-malam tanpa tidur yang cukup jika anda merancang untuk anak kedua anda atau telah hamil anak kedua tanpa dirancang.

#12. Rasa lebih mudah berbanding kehamilan pertama

Anda mungkin merasakan perkara itu lebih mudah kerana anda tahu apa yang diharapkan untuk kali kedua. Anda akan mengenal pasti dengan jelas perkara yang diharapkan dan cara mengatur untuk menghadapi situasi sukar tersebut.

Kebanyakan kebimbangan kehamilan tiada pada kehamilan kedua. Anda akan mengetahui perubahan yang sedang dialami oleh badan anda dan apa yang sedang dilakukan oleh janin di dalam perut pada waktu yang sepatutnya. 

Bolehkah bersalin normal sekiranya anak pertama lahir czer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lazimnya, jika seseorang wanita itu bersalin secara pembedahan pada kehamilan pertama dia biasanya akan bersalin secara pembedahan juga untuk anak kedua. 

Namun, pakar perubatan kini cuba mengatasinya. Semua wanita boleh memilih untuk bersalin secara normal untuk kelahiran kedua dan seterunya bergantung kepada beberapa perkara. 

Menurut Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Moolchand, Dr Bandana Sodhi ada syarat penting yang membolehkan ibu bersalin dengan normal pada kelahiran kedua dan seterusnya. 

Semakin lama jarak yang anda ambil untuk hamil anak kedua selepas pembedahan, ia semakin kukuh.  Ia amat penting untuk memastikan parut anda telah sembuh sepenuhnya jika anda ingin mencuba untuk bersalin secara normal pada masa akan datang.

Bagi mengelak sebarang komplikasi bagi ibu dan anak, ini antara beberapa kriteria yang perlu dipatuhi jika ingin bersalin secara normal setelah melalui pembedahan kelahiran pertama:

  • Jarak antara kedua-dua kehamilan adalah penting apabila mempertimbangkan kelahiran normal selepas bersalin c-section. Jarak minimum 18 bulan diperlukan untuk bersalin secara normal selepas pembedahan cesarean. Anda tidak boleh mencuba untuk bersalin secara normal sekiranya jaraknya lebih kecil daripada ini.
  • Berat bayi pada bulan ke-9 juga akan menentukan sama ada kelahiran secara faraj selepas bersalin secara caesarean boleh dilakukan atau tidak.
  • Kedudukan bayi hendaklah menghadap ke bawah untuk kelahiran faraj selepas bersalin secara cesarean.
  • Perlu ada laluan yang lapang untuk bayi. Pelvis perlu cukup besar untuk laluan bayi.
  • Sebab di sebalik bersalin secara caesar semasa kehamilan pertama juga perlu dilihat. Itu membantu dalam diagnosis jika faktor risiko yang sama wujud semasa kehamilan semasa.
  • Keadaan parut dan ketebalannya juga perlu diperiksa untuk bersalin melalui faraj selepas bersalin secara caesarean.
  • Obesiti dan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun juga berisiko melahirkan bayi mati semasa kelahiran faraj selepas bersalin secara caesarean. Pemantauan berterusan terhadap bakal ibu diperlukan. 

Risiko kehamilan jarak dekat anak kedua

Menurut kajian, wanita yang bersalin semula dalam tempoh 18 bulan selepas melahirkan bayi atau lebih dekat jaraknya seperti 12 bulan lebih berkemungkinan mempunyai anak pramatang.

Mereka juga menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak dengan kecacatan kelahiran atau masalah tingkah laku.

Bayi yang dilahirkan oleh wanita yang hamil dengan sangat cepat selepas mempunyai anak pertama juga berisiko lebih tinggi untuk mempunyai berat lahir rendah.

Sifat anak kedua

Dalam pengalaman mengandungkan anak kedua yang kemungkinan berbeza, sifat anak kedua apabila lahirnya dia nanti juga berlainan tau. Ini apa yang anda patut tahu, mungkin boleh ringankan sedikit kerisauan anda nanti.

#1. Tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa

Dalam kajian tahun 1998 yang melibatkan 400 orang pelajar, mereka disoal tentang siapa yang mereka akan minta pertolongan jika mereka memerlukan bantuan. Kebanyakan dari mereka akan menjawab kawan.

Ini kerana, mereka kurang menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan anak sulung atau anak bongsu.

#2. Sahabat yang baik

Anak kedua sudah biasa menghadapi pelbagai karakter orang. Ini disebabkan oleh interaksi mereka dengan adik-beradik mereka.

#3. Kemahiran sosial yang baik

Selain mudah bergaul, anak kedua juga sering berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan orang sekelilingnya.Kerana ini, orang sekelilingnya sering rasa selesa berdekatan dengan mereka. Mereka juga memiliki kemahiran sosial yang lebih baik berbanding anak sulung atau bongsu.

Anak kedua biasa menghadapi jangkaan dari ibu bapa dan adik beradik.

Mereka juga lebih berdikari dan boleh membela diri sendiri dalam pergaulan tanpa memerlukan bantuan keluarga.

#4. Open minded dan suka mencuba sesuatu yang baru

Oleh sebab mempunyai adik beradik dan tak menjadi tumpuan harapan ibu bapa, anak kedua terpaksa berdikari sejak awal. Ini membuatkan mereka suka mencuba perkara baru dan berfikiran terbuka.

#5. Memahami

Apabila anak kedua dewasa, mereka akan memahami kelebihan dari ibu bapa yang tak memberikannya perhatian yang berlebihan. Ini membuka ruang untuk mereka menjadi berdikari.

Kaji selidik mendapati, anak kedua adalah antara orang yang paling bahagia dalam cinta jika dibandingkan dengan anak pertama atau anak bongsu kerana mereka menghargai kepentingan sesebuah hubungan.

  1. pregnancyweekbyweekcalendar (June 24, 2013). 6 Most Common Differences between 1st and 2nd Pregnancies. www.pregnancyweekbyweekcalendar.com/pregnancy-health/differences-between-1st-and-2nd-pregnancies.html
  2. ndtv.com (September 3, 2018) Is Normal Delivery Possible After Cesarean? Our Expert Has The Answer. www.ndtv.com/health/is-normal-delivery-possible-after-cesarean-our-experts-clarify-and-this-is-what-you-should-know-1909208
  3. webmd (April 18, 2006). Pregnancy Spacing Affects Outcome. www.webmd.com/baby/news/20060418/pregnancy-spacing-affects-outcome

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ingin Hamil Anak Kedua? Ini 7 Perkara Suami Isteri Wajib Tahu!

Baca juga: Tips Untuk Cepat Hamil, Terutamanya Untuk Anak Kedua, No #1 & #4 Paling Berkesan

Baca juga: Benarkah Proses Melahirkan Anak Kedua Dikatakan Lebih Mudah Berbanding Pertama?