Lahir Dalam Posisi Berpelukan, Kelahiran Bayi Kembar Siam Ini Dianggap Luar Biasa

Anak kembar siam adalah istilah yang kerap digunakan kepada sepasang bayi yang lahir dengan kulit dan organ dalamnya bergabung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak adalah kurniaan yang sangat istimewa daripada Tuhan. Setiap kelahirannya ditunggu dan diraikan oleh ramai orang termasuk ibu dan ayah. Berbeza dengan sepasang anak kembar siam dari Britain. Kelahirannya telah mendapat liputan yang menyeluruh di Biratin. Ditambah, negara-negara luar yang lain juga turut tidak terkecuali.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak kembar siam Britain menggemparkan dunia
  • Apa yang perlu anda tahu tentang kelahiran kembar?

Untuk pengetahuan anda, kelahiran bayi kembar siam boleh terjadi disebabkan bakal janin (embrio) tidak berhasil terpisah secara sempurna. 

Anak kembar siam Britain menggemparkan dunia

Walapun proses ini telah menyebabkan embrio menghasilkan dua janin baru, tetapi kedua-duanya tetap memiliki ciri fizikal yang bergabung.

Biasanya, bayi kembar siam bercantum di bahagian dada, perut, atau panggung. Malah ada di antaranya juga berkongsi organ dalam tubuh. 

Laporan daripada Mirror UK pada 22 April yang lalu telah memaparkan sebuah berita mengejutkan tentang sepasang bayi kembar siam di Britain.

Ini bukanlah kejadiannya yang baru bagi negara tersebut tetapi apa yang menjadi bualan ramai adalah posisi bayi itu yang dalam keadaaan berpelukan adalah sesuatu yang amat luar biasa.

Pasangan suami isteri, Hannah dan Dan Batesan yang khuatir apabila melalui sendiri pengalaman bersalin yang menyukarkan ini telah berjaya menimang cahaya mata kembar yang diberi nama Annabelle dan Isabelle.

Siapa sangka rawatan kesuburan yang diikutinya tahun lalu untuk mendapatkan cahaya mata rupanya membuahkan hasil apabila Hannah hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, keterujaan pasangan ini beralih kepada kebimbangan apabila imbasan awal telah menunjukkan bayi dalam kandungan tersebut adalah kembar siam. Malah kelahiran seperti itu juga amat jarang-jarang berlaku dan kebarangkalian satu dalam setiap 2.5 juta kehamilan.

Pemerhatian awal didapati, bayi kembar bercantum itu dari dada sehingga perut.

Jadi doktor yakin kes-kes seperti ini bayi akan berkongsi beberapa organ dalam tubuh mereka, cumanya untuk saat ini, doktor masih belum mampu menjelaskan secera terperinci anggota badan yang terlibat.

Bayi kembar terbabit telah dilahirkan di Hospital Kolej Universiti London dalam keadaan yang selamat dan beberapa imbasan susulan telah dibuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua bayi yang kini berusia enam minggu itu telah bercantum dalam posisi berpelukan dari dada ke pelvis, berkongsi pundi kencing, usus dan kaki. Kembar Siam itu turut mempunyai hati yang berasingan.

Apa yang perlu anda tahu tentang kelahiran bayi kembar?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para ibu yang disahkan bahawa kandungan kaiian adalah kelahiran kemabar, jangan panik dulu.

Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau tidak semua kelahiran kembar berisiko. Beliau ada berkongsi sedikit ilmu tentang kelahiran kembar. Antaranya seperti:

  • Bayi kembar tiga atau ke atas hanya boleh dilahirkan secara caeserean sahaja.
  • Pembedahan caeserean akan dijadualkan pada minggu ketiga hingga ke-37 atau lebih bergantung pada keadaan ibu, janin, dan jenis kembar
  • Masa 32 minggu adalah masa yang lazimnya kembar ini akan lahir. Ini berlaku sekiranya kembar berkongsi plasenta dan berada dalam kantung amnion yang sama
  • Ibu boleh melahirkan dalam keadaan normal jika mengandungkan bayi kembar dua yang mempunyai dua plasenta berasingan dan berada dalam kantung amnion berbeza. Dengan syarat ibu sihat dan tiada komplikasi lain. Hal ini kerana, kembar siam dengan jenis ini mempunyai risiko yang rendah kerana kedua-dua bayi mempunyai unit plasenta yang tersendiri.

Oleh yang demikian, pemeriksaan awal yang rapi sangat diperlukan untuk memantau sejauh mana kesihatan ibu dan janin.

Pada usia kandungan mencecah lima minggu, ibu sudah boleh mula melakukan imbasan ultra bunyi trimester pertama. Ketika itu tempoh usia sebenar embrio adalah antara 15 ke 22 hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imbasan ultra bunyi pada trimester pertama bukan saja bertujuan menentukan tarikh jangka kelahiran dan mengetahui usia sebenar bayi.

Malah, boleh mempengaruhi penilaian doktor sekiranya bayi mengalami gangguan pertumbuhan dan pembesaran semasa proses kehamilan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Malaysia Catat Sejarah, Kali Pertama Pembedahan Kembar Siam Pramatang Dijalankan

Baca juga: Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

Baca juga:  Pasangan Belum Ada Zuriat, Ibu Anak Kembar 3 Ini Pesan Ubah Mindset Ke Arah Positif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan