Nak Anak Anda Jadi Kreatif? Ini 5 Manfaat Belajar Seni untuk Anak Anda

Anak anda boleh belajar banyak perkara baru menerusi aktiviti seni. Ketahui 6 manfaat aktiviti seni untuk membantu anak kreatif!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda perasan bahawa si kecil sememangnya sudah menyukai seni sejak awal lagi? Itu antara tanda anak kreatif ya ibu ayah semua. 

Cuba anda beri pen atau pensil warna, boleh habis satu rumah dikerjakan. Kebiasaannya, ibu bapa memang boleh garu kepala lihat anak menconteng dinding dan perabot. Tetapi ibu bapa, adakah anda tahu sesuatu mengenai pembelajaran seni dalam kalangan kanak-kanak?

Dengan bantuan dan dorongan daripada ibu bapa sebagai guru pertama anak-anak, anak anda akan mudah mempelajari sesuatu yang baru dan seni adalah merupakan satu cabang pembelajaran yang anda boleh terokai sebagai ibu bapa.

Kanak-kanak biasa menggunakan seni sebagai satu cara bagi mereka menzahirkan emosi dan meluahkan perasaan mereka. Bagi anda, ia mungkin sekadar contengan biasa tetapi bagi anak anda ialah adalah seperti sebuah karya seni yang agung! 

Umum diketahui bahawa melalui pembelajaran seni seperti melukis, mewarna malah menconteng sekali pun (ibu bapa kena sabar ya), anak anda sebenarnya sedang mempelajari satu tahap perkembangan yang akan membantu anak anda membesar dengan jayanya. 

Jadi, kami ingin kongsikan 7 manfaat belajar seni untuk anak anda. 

#1 Seni meningkatkan daya kreativiti anak kreatif

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkataan kreatif membawa maksud menurut Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. 

Melalui aktiviti-aktiviti seni, anak anda sebenarnya sedang memupuk kreativiti mereka. Jangan risau sekiranya anak anda terlihat kotor bila sedang bermain dengan pensil warna, krayon atau sebagainya.

Aktiviti seni ini juga mampu untuk membantu anak menjadi kreatif lantas meningkatkan daya imaginasi mereka. Kemampuan untuk berfikir secara kreatif adalah sangat diperlukan pada dunia zaman sekarang. Jadi, cubalah pupuk sifat kreatif dalam diri anak anda!

Baca juga: Anak Suka Conteng Dinding? Jangan Terus Marah! Ini 5 Kebaikannya Untuk Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Seni membantu pergerakan motor 

Kredit: Pexels

Sewaktu bermain aktiviti seni seperti mewarna misalnya anak anda akan memegang warna tersebut, mencampurkan dan akan menggerakkan tangannya untuk mewarna. Sebab itulah, aktiviti seni sebenarnya membantu pergerakan motor anak kreatif!

Yang paling menarik sekali, anak anda boleh belajar seni dengan cara yang paling menyeronokkan sekali! Mereka boleh bermain tanah liat, menggunting kertas, bermain dengan glitter dan apa sahaja yang akan membantu mereka dalam mengawal pergerakan tangan dan meningkatkan daya koordinasi mereka.

#3 Seni menghubungkan sel-sel otak anak kreatif

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda bukan sahaja bermain kosong ataupun melakukan aktiviti seni ini tanpa makna. Sebaliknya, sewaktu mereka bermain pernainan seni, sel-sel otak anak anda sebenarnya berhubung. Mereka tengah cuba memahami apa yang mereka lihat, rasa, pegang, bau dan sentuh. Ini adalah antara deria terpenting untuk membantu perkembangan otak anak anda.

Menerusi apa yang anak anda lihat, mereka boleh meluahkannya apa yang mereka rasa dengan menggunakan daya imaginasi mereka.

#4 Seni meningkatkan keyakinan diri dan membantu anak meluahkan apa yang mereka rasa

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda memerlukan medium untuk meluahkan emosi dan perasaan mereka dengan cara yang baik. Sudah pasti, seni adalah satu cara yang paling berkesan untuk membantu mereka menzahirkan emosi dan meluahkan perasaan mereka.

Apa sahaja yang mereka rasakan dan benda baru yang mereka pelajari, mereka boleh luahkan segalanya dalam bentuk ekspresi seni dengan selamat. Projek seni ini juga membantu meningkatkan keyakinan diri dalam diri anak dalam usaha mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini. Perasaan gembira dan bangga yang wujud apabila projek mereka sudah siap, dan pada masa yang sama, anak anda juga belajar sifat sabar sewaktu melukis.

#5 Seni membantu daya ingatan dan memahami visual

Sekiranya anak anda melukis, mewarna ataupun mengukir, anak anda sedang membentuk kemahiran visual-spatial yang amat penting untuk perkembangan minda mereka. Kemahiran visual-spatial adalah satu daripada 8 gaya pembelajaran terpenting berdasarkan teori Intelligence Multiple Howard Gardner. 

Kemahiran ini membantu anak anda untuk memahami maksud apa yang mereka lihat dan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ia turut menggambarkan semula apa yang dengar. Anda boleh bertanya kepada anak anda, “Adik lukis apa tadi?”, dan anak anda boleh menggambarkan semula apa yang telah dia lukis dengan begitu terang.

#6 Seni membantu anak anda belajar berhubung dengan orang lain

Anak anda mendapat lebih banyak manfaat sekiranya anak anda membuat aktiviti seni dengan rakan-rakan sebaya yang lain ataupun kanak-kanak kerana aktiviti seni membantu anak anda untuk membuat kawan baru! Tak ada lah bosan sangat kan kalau belajar bersama?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh memilih untuk menghantar anak anda ke pusat seni agar anak anda dapat bergaul dalam satu persekitaran yang menekankan aspek seni dan kreatif. Anak anda juga boleh berkenalan dan berhubung dengan rakan lain yang mempunyai minat yang sama. Kan lebih menarik tu!

Pesanan buat ibu bapa

  • Anda harus sentiasa menyokong minat dan aktiviti anak dalam bidang seni.
  • Galakkan anak anda untuk mencuba benda baru.
  • Berikan persekitaran atau alatan yang sesuai untuk anda mempraktikkan seni.
  • Pastikan persekitaran atau alatan yang digunakan tidak bahaya untuk kanak-kanak.
  • Sentiasa awasi anak anda sewaktu anak anda membuat sebarang aktiviti seni.

Sumber: Baby Talk Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Projek Seni DIY Kanak-Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran

Penulis

Nina Osman