"Ibu, ambil pengajaran dari kisah saya - Sepatutnya saya boleh selamatkan bayi dalam kandungan ini..."

Ibu-ibu bakal bersalin, luangkan masa sejenak untuk menghayati luahan ibu yang anak lahir mati ini. Kita perlu peka dengan pergerakan bayi dalam kandungan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu yang mengalami kejadian anak lahir mati baru-baru ini telah tersedar dari mimpi indah yang menyelimutnya. Dek kejadian itu, beliau kini ingin memberitahu bakal ibu baru untuk mengambil beberapa langkah keselamatan yang sewajarnya.

Apakah langkah-langkah tersebut? Mari kita baca kisah ibu ini…

Anak lahir mati: Cerita yang menyayat hati dari seorang ibu

Pada hari saya kehilangan anak saya yang tercinta, kandungan saya sudah berusia 39 minggu. Saya sudah cuti bersalin. Hari itu sama seperti hari-hari yang lain…

Semasa waktu makan malam, perut saya tiba-tiba terasa kejang, tapi sakitnya masih boleh saya tahan.

Saya tak fikirkan sangat tentang rasa sakit itu kerana saya fikir sakit seperti itu adalah normal di minggu-minggu terakhir kandungan. Sakit yang saya alami semakin kerap dan kesakitannya bertambah.

Lebih kurang jam 1 pagi, saya mula fikir saya mungkin akan bersalin. Saya tak tahu macam mana sakit bersalin kerana anak pertama saya dulu induce.

Saya tak nak buat orang lain panik, jadi saya cuba berjalan sekeliling rumah untuk kurangkan rasa sakit. Tiba satu masa, sakit itu datang secara berkala dan terlalu pedih. Saya teringat kata doktor saya.

Ini adalah pembedahan kedua awak dalam masa setahun setengah. Jadi kalau awak bersalin dan jahitan awak terbuka, ia boleh mengancam nyawa!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika saya baru saja nak menelefon doktor, saya rasa ada cecair di celah kaki. Saya terkejut bila melihat cecair tersebut adalah darah! 

Siapa sangka anak lahir mati….

Tapi saya lihat di sebalik warna coklat darah, ada juga kesan hijau. Tak sedikit pun terlintas di fikiran saya yang anak saya lahir mati! Selepas saya cium anak sulung saya, saya teringat sesuatu.

Saya tak ingat kali terakhir anak saya bergerak. 

Saya tanya pada ibu adakah normal jika saya tak rasa baby bergerak apabila hendak bersalin. Ibu saya kata, mungkin saya terlalu sakit, oleh itu saya tak perasan pergerakan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya meneruskan perjalanan ke bilik bersalin dengan perasaan teruja.

Apabila nurse mambil ujian air kencing, dia ada tentang warna hijau yang keluar dengan darah. Saya masih ingat kata-katanya hingga hari ini.

Ini adalah najis baby. Bukan petanda yang baik. Maksudnya bayi dalam keadaan stress.

Kemuadian, ketika mereka ikat kaki saya, saya dapat rasakan yang mereka berusaha untuk mencari denyutan jantung baby. Saya tanya nurse.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: OZ Wizard World for Kids

Tak boleh dengar jantung baby ke? Dia merenung muka saya sambil memegang tangan saya.

Proses itu berterusan sehingga beberapa minit sehingga ketua jururawat berkata kami tak dapat cari denyutan jantung.

Lama sungguh masa yang ambil untuk hadam kata-kata nurse itu. Saya sudah kehilangan anak saya, ke? Saya menangis. Dunia sekeliling tiba-tiba menjadi gelap.

Dalam keadaan huru-hara, doktor sampai dan mengesahkan apa yang terjadi. Dia melakukan ultrasound dan tunjukkan jantung anak saya. Anak saya tak bergerak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya menangis dan kata doktor yang semua mereka mungkin tersilap. Saya boleh rasa dia masih hidup!

Tapi sebenarnya anak saya lahir mati. Tiada apa yang dapat mengubah kebenaran itu.

Saya buka kain putih yang membaluti tubuh anak saya dan meletakkan anak saya ke dada. Saya harap dengan sentuhan kulit ke kulit dapat menghidupkan kembali anak saya. Tapi, takdir tak dapat diubah….

Tidak lama selepas itu, saya terlihat satu video mempromosikan aplikasi pergerakan bayi dalam perut. Masa itu saya terfikir…

Sepatutnya saya dapat selamatkan anak saya. Mungkin saya boleh selamatkannya jika saya bertindak lebih cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesedaran ini paling menyakitkan di antara semua dan ia membuatkan saya tergerak untuk berkongsi dengan bakal-bakal ibu di luar sana.

Ini tentang beberapa perkara penting yang perlu anda tahu, lebih-lebih lagi pada trimester akhir.

Pengajaran dari kes anak lahir mati: Sentiasa periksa pergerakan anak!

Saya nak tekankan, sentiasa periksa pergerakan anak. Doktor juga akan beritahu berapa banyak pergerakan yang anda patut jangka dan jika anda rasa anak anda tidak bergerak sebanyak yang dijangka, terus pergi ke klinik atau bilik bersalin, segera!

Tali pusat terbelit tak akan meragut nyawa anak anda serta-merta. Ia akan melingkar di leher anak  secara perlahan dan akan membunuh jika anda tunggu lama.

Banyak aplikasi yang boleh membantu anda memeriksa pergerakan bayi. Ingat, menyesal dahulu pendapatan.

Jangan lupa periksa paras air ketuban juga

Seminggu atau 2 minggu sebelum anak lahir mati, semasa rutin pemeriksaan, doktor mengutarakan kebimbangan mereka kerana paras air ketuban anak saya turun.

Ketika itu saya di minggu ke 37 dan saya boleh melahirkan anak ketika itu.

Kami ada berbincang tapi saya mengambil keputusan untuk tunggu beberapa hari. Selepas itu paras air ketuban saya kembali normal.

Sekarang bila saya ingat kembali, saya harap saya tak lewatkan proses kelahiran saya. Mungkin itu petanda saya patut terus lahirkan anak.

Jangan terlalu banyak bergerak

Jika saya tak banyak bergerak, mungkin saya akan sedar yang anak saya tidak bergerak. Jika saya datang ke hospital satu dua jam lebih awal. Mungkin saya masih sempat selamatkannya.

***

Jadi, bakal-bakal ibu, sila ambil pengajaran melalui artikel ini.

Kadang-kadang kita tidak boleh melawan takdir tapi kita mesti pastikan kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan anak yang kita kandung.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan bayi dalam kandungan. 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combayi-menendang-dalam-kandungan/

Penulis

Nadia Ghafar