Anak Mati Lemas Ketika Tidur Dalam Buaian - Ini Baik Buruk Menggunakan Buaian Bayi

Ibu bapa perlu berhati-hati apabila menggunakan buaian kerana ia boleh memudaratkan dan menjadi punca kemalangan. Mari kita tengok cara memastikan buaian atau kot bayi kita selamat. Juga, pelajari cara untuk tidurkan anak tanpa buaian.

Ramai orang kata yang bayi lebih baik tidur dalam buaian: supaya si kecil itu lena dengan cepat dan tidur lebih lama.

Kita pun, sebagai ibu, akan ada lebih masa untuk berehat atau buat kerja lain.

Ada pula yang merungut susah untuk tidurkan anak tanpa buaian. Tetapi tahukah anda, buaian boleh menjadi satu punca kecederaan dan kemalangan akibat lemas?

Mati lemas ketika tidur dalam buaian

Beginilah nasib keluarga ini yang kehilangan bayi lelaki yang dipercayai lemas selepas didapati tertiarap atas bantal ketika tidur dalam buaian di rumah.

Ketika disedari ibunya yang baru pulang dari kerja, Faris Dayyan Qhumainy sudah tidak sedarkan diri dan dalam keadaan pucat.

Dia telah dibawa ke Hospital Balik Pulau, tetapi disahkan sudah meninggal dunia. Anak bongsu daripada empat beradik itu baru sahaja belajar meniarap sejak tiga hari lalu.

Kami berharap semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini.

Baik buruk menggunakan buaian

Ya, semua bayi suka dibuai kerana rasanya sama seperti berada di dalam rahim ibu mereka.

Lebih-lebih lagi apabila rasa seperti dibalut apabila ditidurkan dalam buaian. Bayi akan lebih tenang, cepat tidur and tidur dengan lebih nyenyak.

Tetapi ibu bapa perlu berhati-hati apabila menggunakan buaian kerana ia boleh memudaratkan dan menjadi punca kecederaan!

Berikut adalah antara bahaya menggunakan buaian bayi:

Baca juga:

Gaya Tidur Bayi Anda – Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?

Kot bayi adalah tempat yang paling selamat untuk tidur

Cara yang betul untuk menidurkan bayi adalah dengan membaringkan si kecil anda secara terlentang di atas tilam yang rata.

Tilam itu haruslah daripada jenis yang pejal dan dibuat khas untuk kot bayi anda.

Pastikan tidak ada jurang di antara tilam dan bingkai kot bayi kerana terdapat kejadian di mana bayi telah lemas di antara tilam dan tepi kot bayi.

Cadar tilam haruslah dipasang dengan betul dan ketat untuk mengelak bayi dari tercekik.

Yang paling penting, pastikan tiada peralatan lain seperti kot bumper, selimut dan bantal dalam kot tersebut.

Semua itu memang mencantikkan katil tapi percayalah, ia semua tidak selamat buat si kecil anda!

Baca juga:

Bayi maut kerana lemas dalam selimut, ibu ini berkongsi kisahnya

Lagi satu, jangan meniarapkan bayi anda atas katil! Terutamanya bayi yang masih kecil.

Mereka tidak dapat mengawal cara mereka tidur dan tidak tahu cara untuk menyelamatkan diri jika tercekik, tersemban muka ke tilam, ataupun terjatuh. 

Cabaran untuk menidurkan anak tanpa buaian

Saya akur menidurkan anak tanpa buaian memang susah sikit.

Ada sesetengah hari, saya akan meluangkan sampai berjam lamanya untuk mendukung dan mendodoi sampai anak saya tidur.

Memang mencabar masa berpantang kerana terpaksa bangun malam-malam buta untuk menyusukan anak.

Tetapi setiap kali anak habis menyusu, saya akan letakkan dia ke dalam kot semula.

Bulan-bulan pertama tu, memang taklah susah sangat, kerana kerja bayi kecil pun tidur sahaja.

Kalau tak pun, dia pasti akan tidur selepas mabuk susu. Inilah satu-satunya kelebihan penyusuan payudara.

Sumber gambar: What to Expect

Saya hanya mula terasa susah untuk tidurkan anak apabila dia mula cerai susu.

Memang rasa nak patah tulang belakang mendukung anak seberat 11kg sehingga dia tidur.

Macam-macam saya telah cuba: tepuk-tepuk punggung, urut bahagian belakang, usap bahagian kepala.

Selepas dia semakin biasa, saya letak sahaja atas tilam…biar dia bergolek-golek sendiri.

Kalau dah penat nanti, dia akan tidur juga. Memang banyak karenah anak apabila nak tidur seperti nak pegang puting ibu atau pegang tangan kita. Apa-apapun bersabarlah!

Nanti dah besar tak adalah dia nak buat macam ni lagi dengan kita.

Satu lagi tip penting yang mungkin boleh membantu, kita kena faham pola tidur anak kita.

Selalu tidurkan anak pada masa yang sama. Kanak-kanak biasa mengikut rutin, lama-kelamaan dia akan pandai tidur sendiri juga!

Selamat mencuba ya ibu-ibu semua.

Baca juga:

Bayi 3 Bulan Lemas Gara-Gara Headband Yang Dipakaikan Ibu

Sumber: Metro, Utusan

Penulis

Rosanna Chio