Siapa saja yang tidak sedih bila anak lumpuh tiba-tiba tanpa sebarang petanda. Tiada siapa yang dapat jangka dugaan yang bakal menimpa. Sama juga bagi keluarga ibu tunggal ini, siapa sangka empat daripada lapan anaknya yang sihat walafiat sebelum ini boleh lumpuh sekelip mata.
Sungguh besar dugaan wanita ini, diusia 62 tahun dia masih perlu menjaga anak-anaknya yang tiba-tiba alami lumpuh dan langsung tidak boleh berjalan. Malah ada daripada mereka yang lumpuh tiba-tiba sebaik saja bangun daripada tidur.
Jaga anak lumpuh, ibu 62 tahun terus tabah
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang diharap dapat menjaganya di usia senja tiba-tiba diserang lumpuh hingga langsung tidak boleh berjalan dan mengurus diri.
Katanya, sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit dan tiada simptom jelas.
Lebih pilu apabila masyarakat di sekeliling pula bertindak mencemuh mereka dengan dugaan yang dialami. Wanita ini turut memaklumkan yang suaminya juga sudah meninggal dunia dan menghidap penyakit saraf ketika berusia 20-30 an.
Sara hidup dengan jualan lemang
Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada lapan anak ini menyara hidup dengan menjual lemang dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. Empat anaknya yang lumpuh juga menerima bantuan RM200 namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian mereka seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan serta rawatan di hospital.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Menurutnya empat anaknya yang lain pula mempunyai pendapatan yang tidak mencukupi untuk membantunya. Jadi mahu tidak mahu dia terpaksa struggle untuk menyara dan menjaga anak-anaknya yang lumpuh.
Mujur anak perempuannya yang lumpuh sudah berkahwin dan dijaga oleh suami dan anak-anaknya. Semoga ibu ini terus tabah dan diberi kesembuhan untuk anak-anaknya yang lumpuh.
Kelumpuhan otot boleh berlaku pada sesiapa saja
Lumpuh adalah keadaan di mana seseorang itu hilang fungsi di sebahagian badan. Ia boleh terjadi secara setempat atau di keseluruhan badan. Ia juga boleh terjadi secara sementara ataupun berkekalan.
Selain itu, ia boleh dialami di mana-mana bahagian anggota badan. Jika seseorang yang mengalami lumpuh, kawasan yang terlibat juga mungkin tidak akan merasa sakit.
Rawatan dan kadar kesembuhan lumpuh bergantung kepada keadaan yang menyebabkan lumpuh tersebut berlaku dan juga tanda-tanda lain yang dialami.
Tanda lumpuh selalunya mudah untuk dikenal pasti. Jika seseorang mengalami lumpuh, kawasan yang terlibat akan kehilangan fungsi secara spesifik ataupun secara keseluruhan badan.
Ia juga bermaksud kawasan tersebut menjadi lemah dan tidak boleh dikawal. Kadangkala, mereka yang mengalami kelumpuhan juga akan merasa kebas ataupun menyucuk sewaktu anggota badan tersebut mula untuk menjadi lumpuh. Lumpuh juga akan menyukarkan dan menghalang kebolehan untuk mengawal otot di kawasan anggota badan yang terlibat.
Punca boleh berlakunya kelumpuhan
Dalam sesetengah keadaan, ada orang yang dilahirkan menjadi lumpuh. Dalam kebanyakan kes, mereka mengalami lumpuh kerana kemalangan atau masalah kesihatan lain.
Punca-punca lain lumpuh ialah:
- Cerebral palsy – Ia selalunya berlaku ketika dalam proses kelahiran yang bermasalah.
- Post polio syndrome iaitu sejenis keadaan yang dialami setelah jangkitan polio
- Kecederaan trauma pada otak
- Neurofibromatosis iaitu ketumbuhan pada sistem saraf
- Kecacatan sejak lahir
- Multiple sclerosis – Ia dikatakan salah satu penyakit autoimun dimana sel pertahanan badan menyerang bahagian saraf menyebabkan seseorang itu lumpuh
- Angin Ahmar
Rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit lumpuh
Seperti dijelaskan tadi, rawatan masalah ini bergantung kepada punca lumpuh tersebut dan juga tanda lain yang mungkin anda alami.
Anda mungkin memerlukan:
- Pembedahan terutamanya dalam kes kecederaan tulang belakang ataupun kecederaan otak
- Terapi fizikal bagi membantu anda membina kekuatan otot
- Terapi pekerjaan bagi melatih anda melakukan pekerjaan seharian dengan lebih mudah
- Bantuan alat pergerakan seperti kerusi roda, tongkat dan sebagainya bagi memudahkan pergerakan anda
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Kredit foto: Harian Metro
Baca juga: Sindrom Guillain-Barre menyebabkan ibu ini lumpuh selepas bersalin c-sec!
Baca juga: Ibu ini lumpuh selepas bersalin akibat salah suntikan epidural, bagaimana boleh terjadi?
Baca juga: Kerana Sengkenit Di Rambutnya, Kanak-Kanak Ini Hampir Lumpuh!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!