X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Diberi Makan Berudu Kerana Dikatakan Baik Untuk Kesihatan? Biar Betul Ibu Ini

4 min bacaan
Anak Diberi Makan Berudu Kerana Dikatakan Baik Untuk Kesihatan? Biar Betul Ibu Ini

Ibu, hati-hati berikan anak makan jangan sampai merosakkan tubuh anak-anak, lantas menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya.

Sebagai ibu bapa, pastinya anda mengimpikan kesihatan yang baik untuk  anak-anak terutamanya dari segi ubat-ubatan dan pemakanan. Tapi tak pernah pula kita terfikir untuk beri anak makan berudu, kan?

Ha… jangan tidak tahu, tapi ada segelintir ibu bapa yang suka mengamalkan perubatan tradisional kepada anak-anak. Bagi mereka, anak-anak akan sihat secara semulajadi bila mengamalkannya.

Anak makan berudu kerana ia baik untuk kesihatan?

Contohnya apa yang berlaku di China ini apabila seorang ibu memberikan anak makan berudu! Dengar macam menggelikan, tapi menurut ibu ini ada banyak khasiat anak makan berudu! 

anak makan berudu, beri anak makan berudu hidup, berudu untuk bayi, berudu, anak diberi makan berudu, video anak makan berudu

Anak makan berudu dipraktiskan di China 

Video ibu ini memberikan anak makan berudu telah tular di laman sosial. Menerusi video tersebut, ibu berkenaan menerima pelbagai pandangan juga kecaman kerana rata-rata netizen mengatakan anak makan berudu ada banyak keburukan berbanding kelebihan.

Walaupun ibu ini mungkin ada sebab berbuat demikian. Namun, doktor bersetuju dengan netizen kerana makan berudu akan memberikan jangkitan parasit yang datang daripada berudu yang tidak dimasak. 

Anda boleh lihat video di bawah ini untuk menyaksikan bagaimana anak ini diberi makan berudu oleh ibunya.

Ternyata memudaratkan 

Anak Diberi Makan Berudu Kerana Dikatakan Baik Untuk Kesihatan? Biar Betul Ibu Ini

Akan tetapi, di Singapura terdapat sebuah ladang katak yang menyediakan minuman berasaskan berudu. Menurut mereka, minuman berudu ini membantu memulihkan masalah paru-paru dan memberikan kesegaran pada kulit wajah.

Manakala, di Thailand turut menyediakan sajian berudu ini yang dipanggil luk awd. Walaupun, bagi mereka berudu hanyalah makanan ruji biasa, tetapi mereka percaya ia banyak kandungan protein yang bagus.

Terutamanya jika ia dimasak secara kukus atau kari yang diletak cili. Cukup menyelerakan bagi mereka.

Bagaimana pula dengan kita di Malaysia, adakah anda sanggup memberikan anak makan larva katak ini?

Namun, untuk memberikan anak memakan sesuatu yang luar biasa ini haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Bertanyakan apakah khasiat yang terkandung sama ada baik untuk kesihatan anak atau sebaliknya. Kemudian, baru cuba! 

anak makan berudu, beri anak makan berudu hidup, berudu untuk bayi, berudu, anak diberi makan berudu, video anak makan berudu

Jangkitan bukan hanya pada anak 

Satu kajian telah dilakukan baru-baru ini dari Infectious Diseases of Poverty Journal yang turut menyatakan risiko jangkitan bila individu makan larva ini. Pengkaji tersebut melihat kes yang berlaku pada seorang lelaki dewasa yang merupakan seorang tukang kebun, berusia 29 tahun.

Lelaki tersebut, sangat suka makan berudu hampir setiap hari. Akhirnya, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pelbagai jangkitan kuman, 

Seperti pengakuan ibu di atas, lelaki dewasa itu juga percaya khasiat yang terkandung dalam larva itu, lantas mengamalkannya hampir tiap hari. Tetapi apa yang berlaku padanya tidak terduga. 

Pada mulanya, doktor mengesan beliau terkena apendik dan peritonitis tetapi selepas melakukan berulang kali rawatan dan ujikaji terhadap darahnya, doktor mendapati beliau terkena jangkitan sparganosis.

Kuman ini dikatakan boleh ditemui dalam tubuh haiwan dan boleh berjangkit pada manusia. Disebabkan itu, beliau ditahan oleh pihak hospital selama sebulan. 

Jika individu dewasa boleh terkena jangkitan, bagaimana pula dengan seorang kanak-kanak yang masih kecil dan imun badan juga belum kuat?

Justeru, melalui kajian ini bagi anak makan berudu adalah pemakan yang tidak baik malah mendatangkan bahaya pada nyawa anak. Selain pendidikan berkaitan pemakanan dan ubatan anak harus diperluaskan pada ibu bapa di sesetengah kawasan pedalaman yang terlalu taksub dengan ubatan yang karut ini.

Bahkan ia bukan hanya penyebab pada risiko sparganosis tetapi boleh juga terkena jangkitan malaria dan trichomoniasis. 

Jadi ibu ayah semua jangan menurut saja apa yang dikatakan orang, pastikan dulu kesahihannya daripada pakar terutama sekali jika ia melibatkan kesihatan anak-anak. 

Parah nanti bila anak sakit akibat kecuaian ibu bapa sendiri, menyesal tak sudah nanti. Hati-hati ya parents.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore 

Baca juga: Cadangan Makanan Diet Malam Ibu Menyusu, Berat Tak Naik, Susu Tetap Meriah!

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Anak Diberi Makan Berudu Kerana Dikatakan Baik Untuk Kesihatan? Biar Betul Ibu Ini
Kongsikan:
  • Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

    Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

  • Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

    Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

    Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

  • Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

    Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.