Anak Malas Belajar? Ini Cara Terbaik Untuk Melatih Anak Agar Lebih Semangat Tengok Buku!

Tidak dinafikan kini ramai kanak-kanak lebih mementingkan permainan dan gajet hingga menyebabkan anak malas belajar. Pelajari tips bagaimana ibu bapa boleh membantu mereka di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak ibu bapa menghadapi situasi anak malas belajar? Sudah tentu ia satu perkara yang boleh memeningkan kepala kita.

Mana tidaknya, kita penat-penat buat segala persediaan dan menghabiskan banyak duit untuk anak kecil kita menuntut ilmu tetapi mereka pula meronta-ronta tidak mahu pergi sekolah dan tidak mahu belajar.

Malah, mereka lebih berminat untuk bermain permainan daripada belajar. Jika dibiarkan dari kecil tidak mahu belajar, sudah pastilah ia akan memberi kesan yang buruk terhadap perkembangan IQ mereka dan ianya boleh berterusan sehingga mereka sudah besar.

Cara Terbaik Untuk Atasi Anak Malas Belajar

Kredit: Shutterstock

Tidak dinafikan, kebanyakkan kanak-kanak pada masa kini lebih gemar dan lebih mementingkan permainan video atau benda-benda lain berbanding pelajaran. Ia berlarutan sehingga mereka meningkat remaja yang mana apabila mereka mula memasuki alam sekolah rendah dan alam sekolah menengah.

Justeru itu, jika pada usia kecil anak kita sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak mahu belajar, kita perlulah mencegahnya sejak dari mereka masih kecil lagi. Sebagai ibu bapa, kita perlu dedahkan mereka dengan pembelajaran walaupun secara tidak formal sejak kecil lagi.

Selain itu, ada beberapa cara terbaik yang ibu bapa boleh gunakan untuk atasi masalah anak malas belajar. Antara caranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1# Terapkan pendidikan dari kecil

Jika kita mahukan anak-anak kita menjadi seorang yang cintakan ilmu dan suka belajar, mulakan sejak mereka masih kecil lagi.

Dedahkan anak-anak dengan pelbagai bahan pembelajaran sama ada bahan pembelajaran huruf nombor dan sebagainya. Dengan cara ini sedikit sebanyak anak-anak mula didedahkan dengan ilmu pengetahuan walaupun hanya huruf atau nombor kerana ia dapat menimbulkan minat anak-anak untuk suka belajar dan rajin menuntut ilmu apabila sudah bersekolah nanti.

2# Sediakan peralatan pembelajaran mencukupi

Kredit: Shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, untuk memastikan anak-anak kita rajin belajar, ibu bapa perlu sediakan peralatan pembelajaran yang mencukupi. Ini kerana, jika peralatan pembelajaran yang tidak mencukupi juga kadangkala boleh menjadi salah satu punca kenapa anak menjadi malas belajar.

Mana tidaknya, anak-anak sudah mula bersemangat hendak belajar tetapi bila peralatan pembelajaran tidak mencukupi sudah pastilah akan mematahkan semangat mereka hendak belajar dan seterusnya mereka akan menjadi malas belajar.

3# Elak menghina anak jika mereka gagal

Jika anak-anak sudah berusaha untuk belajar dan sudah berusaha berikan yang terbaik dalam pelajaran tetapi masih gagal dalam pelajaran, jangan sesekali membuatkan mereka rasa ‘down’ atau melemahkan lagi mereka. Elak sesekali menghina mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, teruskan bagi kata-kata semangat dan dorongan supaya mereka lebih rajin lagi belajar. Dengan makian atau merendahkan semangat anak-anak yang sedang rajin belajar, ini akan menyebabkan anak-anak tersebut menjadi putus asa dan tidak mahu lagi belajar.

4# Ibu bapa perlu mainkan peranan aktif

Tips terakhir dalam mengatasi masalah anak malas belajar ialah dengan terlibat sekali sewaktu proses pembelajaran sewaktu di rumah. Selain dari pembelajaran di sekolah, anda juga boleh terlibat membantu anak-anak belajar di rumah.

Cara ini secara tidak langsung akan buatkan ibu bapa tahu tahap pembelajaran anak-anak dan dalam pada masa yang sama akan mengelakkan dari anak-anak menjadi malas belajar.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anak-anak anda untuk lebih bersemangat belajar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Jangan Buat 10 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Anak Lembab Ya Ibu-Ibu!

Baca juga: Doa Melembutkan Hati Anak Degil & Keras Kepala, Ibu Ayah Kena Amalkan Selalu

Baca juga: Selain Kemahiran 3M, Terapis Cara Kerja Senarai Lima Skil PENTING Sebelum Anak Masuk Darjah 1

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan