Masih ingat lagi tak pada zaman persekolahan kita? Pada hari pertama, kita bangun dengan penuh semangat kerana teruja ingin berjumpa rakan-rakan baru? Atau memori pahit-manis si ibu dan ayah perlu mengejutkan anak bersekolah terutamanya pada hari-hari yang kita malas? Sekarang, kita semua merindukan memori-memori ini.
Kini, ianya giliran anak-anak kita pula untuk melangkah ke alam persekolahan. Inilah waktu yang ibu dan ayah akan mula pening memikirkan cara untuk membuatkan si manja rajin hendak ke sekolah dan mendapatkan prestasi yang bagus, lagi-lagi di keadaan negara (dan dunia) dilanda pandemik ini.
Anak Bersekolah Di Zaman Penularan Wabak
Kami tidak nafikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada waktu ini sangat susah dan membebankan pada berbagai-bagai pihak; baik pada para guru, pelajar serta ibu bapa. Oleh sebab itu, anda mungkin merasakan bahawa pencapaian prestasi yang bagus bagi si manja itu agak susah.
Jadi kami di sini hendak membantu anda sebagai ibu dan ayah yang prihatin terhadap pembelajaran anak mereka untuk menjadikan si anak seorang yang semangat untuk belajar, walaupun berada di situasi yang tidak begitu memberangsangkan.
Bagaimana anda boleh menaikkan semangat anak untuk belajar bersungguh-sungguh pada waktu ini? Ini caranya.
Cara Galak Anak Mencapai Prestasi Yang Baik
1# Selepas anak bersekolah, kita perlu lebih memuji usaha anak
Kredit: Freepik
Ibu dan ayah, percayalah bahawa anak anda juga sedang berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk membuatkan anda bangga. Tetapi, selain dari anda memuji keputusan anak, anda perlu juga prihatin pada usaha mereka untuk berjaya dan jika mereka tidak berjaya, tidak mengapa. Yang penting, mereka dah cuba yang terbaik!
Apabila mereka berasa bahawa ibu dan bapanya mengambil tahu tentang usaha mereka, maka mereka akan lebih bersemangat untuk berjaya.
2# Membenarkan anak berdikari
Kredit: Freepik
Jangan terlalu memberi tekanan pada anak untuk belajar mengikut cara anda! Si manja pasti mempunyai cara pembelajaran sendiri yang mereka lebih mudah ikuti. Contohnya, mereka lebih senang belajar sendiri tanpa kumpulan atau pemantauan yang terlalu teliti jadi biarkan mereka. Asalkan mereka tidak tipu-tipu belajar sudahlah.
3# Anak bersekolah perlukan ruang belajar yang sesuai di rumah sendiri
Kredit: Freepik
Ruang belajar yang kondusif juga amat penting untuk perkembangan pembelajaran anak-anak. Ya lah, bagaimana ilmu hendak masuk jika dia tidak mempunyai ruang dan privasi sendiri untuk belajar.
Sekejap dengar bunyi televisyen, sekejap anda pula panggil buat kerja rumah. Seeloknya, jika anak anda hendak belajar, berikan dia sebuah ruang yang sesuai untuk mereka belajar.
Ruang tersebut tidak perlu terlalu besar. Cukuplah sekadar ada sebuah meja belajar, kerusi dan suasana yang senyap bagi mereka fokus untuk menelaah. Jika mereka perlukan bantuan dalam pembelajaran, pasti mereka akan pergi kepada anda.
4# Cuba fahami mereka
Kita sebagai orang dewasa pun pasti akan berasa penat dan stres dengan pelbagai perkara; mana nak fikir pasal kerja, pasal duit, pasal anak-anak lagi! Walaupun begitu, kita juga perlu faham bahawa mereka juga boleh berasa tertekan dengan pembelajaran mereka. Bayangkan, seorang individu kecil ini hendak mengingat silabus 8 subjek dalam masa setahun? Stres juga!
Walaupun kita rasakan perkara tersebut remeh, tetapi cuba meletakkan diri anda di dalam situasi si manja.
Cuba fahami mereka. Jika mereka berasa tertekan atau nampak seakan-akan tidak semangat untuk belajar, tanya mereka dahulu tentang apa yang menganggu mereka dan berikan mereka ruang untuk menaikkan semangat. Sekiranya ia tidak terlalu menganggu prestasi anak, janganlah kita terlalu menekan mereka.
Ibu-bapa Prihatin Mendapat Penghargaan
Baru-baru ini di Twitter, telah tular sebuah tweet dari peminat BTS, @admharithhh tentang cara ibu dan bapanya menunjukkan keprihatinan terhadap pembelajarannya dan sejujurnya, kami kagum dan memuji usaha ibu bapa pelajar ini.
Kredit: Twitter
Walaupun sesetengah pihak akan mengatakan ibu bapa pelajar ini terlalu memberi tekanan, tetapi Adam sendiri telah menyatakan bahawa ibunya akan memberi ganjaran sekiranya dia mengekalkan prestasi yang bagus.
Kredit: Walaupun sesetengah pihak akan mengatakan ibu bapa pelajar ini terlalu memberi tekanan, tetapi Adam sendiri telah menyatakan bahawa ibunya akan memberi ganjaran sekiranya dia mengekalkan prestasi yang bagus
Jadi, adakah anda sebagai ibu bapa akan menggunakan cara ini untuk memastikan si manja terus semangat untuk belajar?
All the best to both parents and child!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: The New York Times
Baca juga: Cara Anak Belajar Sebenarnya Berbeza-Beza, Bergantung Pada Karakter & Personaliti Mereka
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!