Ciri-Ciri Anak Tinggi IQ Dari Umur 1 Hingga 10 Tahun, Ada Sama Dengan Anak Anda?

Ciri-Ciri Anak Tinggi IQ Dari Umur 1 Hingga 10 Tahun, Ada Sama Dengan Anak Anda?

Adakah anak kalian mempunyai IQ tinggi? Semak ciri-ciri tersebut dalam artikel ini!

Ibu bapa pastinya gembira memiliki anak dengan IQ tinggi. Malah, anak dengan IQ tinggi ini dapat dikesan melalui beberapa tanda yang boleh dilihat pada umur kanak-kanak tersebut. 

Anak dengan IQ tinggi dapat dilihat apabila memiliki kepala lebih besar! 

Menurut penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Molecular Pscyhiatry, bayi yang mempunyai ukuran kepala besar semasa lahir mempunyai IQ yang lebih baik. 

Selain itu, bayi yang mempunyai kepala besar secara signifikannya memiliki skor tinggi pada ujian verbal numerik.

Berikut merupakan cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan perkembangan bayi baru lahir:

  • Membuat urutan pada tubuh bayi supaya dapat mengembangkan kemampuan motorik dan fizikal si kecil.
  • Memeluk dan mendukung bayi juga membantu membuatnya rasa lebih selamat secara emosional. 
  • Selalu berbual dengan bayi supaya dapat mengembangkan otak si kecil. 
Umur 1 & 2 tahun: Pendedahan tentang bahasa 
anak dengan IQ tinggi, anak IQ tinggi, IQ anak, IQ si kecil, IQ si manja, anak pandai, anak genius, anak cerdik, anak pintar, bayi pintar, bayi cerdik, iq tinggi, iq anak pandai, iq anak pintar

Kredit: Sirap Limau

Apabila ibu bapa cenderung bertutur dalam bahasa yang berbeza, ia sekaligus membuatkan anak juga boleh bercakap lebih dari satu bahasa. B

erdasarkan penelitian, bercakap dalam bilingual pada anak usia satu hingga dua tahun mendorong perkembangan otaknya. 

Sebab itu, anak yang lahir dari ibu bapa yang menggunakan lebih dari satu bahasa dapat menampilkan anak dengan IQ tinggi. 

Cara meningkatkan perkembangan anak 1 hingga 2 tahun secara menyeluruh: 
  • Tingkatkan kemampuan kognitif anak dengan meminta dia meniru apa yang sedang anda lakukan. 
  • Permainan aci nyorok dan peek a boo dapat meningkatkan kemampuan kognitif anak. 
  • Biar anak buat pilihan sendiri contohnya  ” Sayang nak sarapan roti atau oat?”. Ini dapat memberi anak otonomi tapi masih dikawal oleh anda. 
Umur 3 tahun: Lebih tinggi berbanding kanak-kanak seusianya 

Jika anda merasakan anak sedikit tinggi berbanding kanak-kanak di usia tiga tahun yang lain, kemungkinan dia memiliki IQ tinggi di masa depan. 

Sebuah kajian yang dilakukan National Bureau of Economic Research mendedahkan, anak dengan IQ tinggi biasanya bertubuh tinggi. 

Apabila masuk ke sekolah, anak yang bertubuh tinggi tampil lebih baik dalam ujian kognitif. 

Kajian turut menyebut, orang dewasa yang bertubuh tinggi sering memilih pekerjaan dengan gaji lebih tinggi kerana kemampuan verbal numerik dan kecerdasan yang diperlukan. Ia dikaitkan dengan kemampuan kognitif di waktu kecil.

Cara meningkatkan perkembangan anak 3 tahun secara menyeluruh: 
  • Berikan anak waktu untuk bermain supaya dapat mengembangkan motorik mereka. 
  • Mendorong anak mewarna dengan krayon atau lakukan kegiatan untuk mengasah motorik halus anak. 
  • Mengajukan pertanyaan sederhana seperti nama dan umur anak. Pertanyaan ini dapat mengarap kemampuan bahasa anak. 
Umur 4 tahun: Kemampuan melukis gambar orang 

Sekiranya anak yang berusia empat tahun cenderung sukakan aktiviti melukis, kemungkian dia memiliki IQ lebih tinggi

Dalam satu projek yang dilakukan oleh King’s College di London, anak usia empat tahun mengikuti ujian Draw A Child dan dalam ujian ini mereka perlu melukis wajah manusia. 

Daripada situ dapat dilihat kanak-kanak yang memiliki mata seni mempunyai peluang lebih baik apabila melakukan ujian IQ. 

Cara meningkatkan perkembangan anak 4 tahun secara menyeluruh: 
  • Bermain bola dengan anak bagi meningkatkan kemampuan motorik mereka. 
  • Minta anak identifikasi nama haiwan, warna dan benda yang berada di sekelilingya bagi mengembangkan kemahiran kognitif
  • Mendorong anak melukis dan mewarna supaya dia menguasai cara pegang pensil dengan betul hingga membantu kemampuan menulis. 
Usia 5 tahun – Sudah mula berbohong 
anak dengan IQ tinggi, anak IQ tinggi, IQ anak, IQ si kecil, IQ si manja, anak pandai, anak genius, anak cerdik, anak pintar, bayi pintar, bayi cerdik, iq tinggi, iq anak pandai, iq anak pintar

Kredit : Iluminasi

Percaya atau tidak, jika anak di umur lima tahun sudah pandai berbohong atau mereka cerita supaya nampak betul, maka anak itu memiliki IQ tinggi di kemudian hari. 

Penelitian di Kanada mendapati, kanak-kanak yang mampu berbohong di usia kecil ternyata memiliki kecerdasan yang lebih baik. 

Dr. Kang Lee dari Institut Of Child Study Toronto University mengatakan ibu bapa tidak perlu bimbang jika anak menceritakan sebuah penipuan kerana itu tidak semestinya mereka kanak-kanak nakal. 

Ini adalah petanda anak mencapai lagi satu tahap tumbesaran yang baru. 

Cara meningkatkan perkembangan anak 5 tahun secara menyeluruh: 
  • Bawa anak bermain di taman dan melakukan aktiviti memanjat, berlari dan sebagainya. 
  • Biarkan anak bercerita meskipun ia hanyalah cerita dogeng kerana lama-kelamaan perkembangan kognitif dan imaginasi mereka semakin berkembang. 
  • Membiarkan anak menyarung pakaiannya sendiri. 
Usia 6 tahun – Tahu bermain alat muzik 

Penelitian yang dilakukan oleh Universiti of Vermont College menemui, anak yang bermain alat muzik memiliki emosi yang lebih baik berbanding anak yang tidak bermain muzik.

Hasil scan otak turut menemui anak lebih sihat di sekitar umur enam hingga 18 tahun. 

Langkah meningkatkan perkembangan anak 6 tahun:
  • Pada waktu ini mereka sudah boleh buat semuanya sendiri. 
  • Mendorong mereka menari kerana umur ini sudah mampu bergerak mengikut irama muzik. 
  • Biarkan mereka bebas melakukan aktiviti fizikal sebanyak yang mungkin supaya tubuh si kecil kian berkembang. 
Usia 7 tahun – Gemar membaca buku 

src=http://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2013/02/shutterstock 71786563 e1361860630298.jpg Tip tip mengajar anak membaca

Pernah tak ada melihat anak suka pegang buku dan terlalu khusyuk membacanya? Malah ia dapat memperbaiki tatabahasa juga memperlihat yang anak itu mempunyai IQ tinggi. 

Pada tahun 2014, satu penelitian dijalankan University of Edinburgh dan King’s College di London menemui kanak-kanak yang membaca di usia tujuh tahun lebih cerdas apabila ia dewasa

Cara mengembangkan perkembangan anak 7 tahun: 
  • Ibu bapa harus memberikan pujian positif kepada anak supaya dapat membangunkan keperibadian anak. 
  • Sabar melayan karenah anak ketika membantu dia buat kerja sekolah. 
  • Latih anak dengan tugas rumah yang sesuai dengan usianya. 
Usia 8 tahun: Suka bangun lewat malam 

Jika anak sukar tidur tepat pada waktunya, mungkin dia seorang anak yang lebih cerdas berbanding kanak-kanak yang lain. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh London School of Economics, orang dewasa yang pintar adalah kerana suka bangun di lewat malam ketika waktu kecil. 

Cara meningkatkan perkembangan anak 8 tahun: 
Usia 9 tahun : Ambil sarapan sihat 

Anak dengan IQ tinggi lebih mudah dan suka ambil sarapan pagi seperti kajian yang dijalankan University of Cardiff terhadap lima ribu anak di usia sembilan hingga 11 tahun.

Di mana mereka dapat menjawab kertas peperiksaan dengan baik apabila mengambil makan sarapan pagi yang sihat dan seimbang. 

Cara meningkatkan perkembangan anak 9 tahun: 
  • Anak di usia ini mulai merasakan hubungan antara lelaki dan perempuan. Jadi,  parents boleh membicara tentang hal itu lebih terbuka dengan apa yang mereka fikirkan. 
  • Mengizinkan anak membuat keputusan sendiri sekaligus mereka rasa lebih menghargai.
  • Mendorong mereka membuat dairi harian dengan menulis perkara yang dilakukan setiap hari.
Usia 10 tahun: Kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik 
anak dengan IQ tinggi, anak IQ tinggi, IQ anak, IQ si kecil, IQ si manja, anak pandai, anak genius, anak cerdik, anak pintar, bayi pintar, bayi cerdik, iq tinggi, iq anak pandai, iq anak pintar

Kredit: Pama

Pada usia 10 tahun, anak dengan tinggi IQ dilihat suka berbual dan membuat peraturan yang berbeza ketika bermain  board games malah mereka cepat bosan dengan anak-anak lain. 

Cara meningkatkan perkembangan anak 10 tahun: 
  • Memberi motivasi kepada anak untuk belajar dalam kelompok dan berkumpulan selain menghabiskan waktu bersama rakan-rakannya supaya meningkatkan pergaulan sosial. 
  • Terus pupuk anak untuk cintakan membaca buku dengan mendaftarkan mereka menjadi anggota perpustakaan.

Justeru anak dengan tinggi IQ ini menampilkan karakteristik yang menarik seperti kemampuan mengingat, pemerhatian dan tumpuan ketika belajar adalah sangat baik.

Bahkan dalam usia yang muda mereka dapat menunjukkan kemampuan luar biasa dalam salah satu bidang tertentu. 

Setelah membaca keseluruhan artikel ini adakah anak anda memiliki ciri-ciri IQ tinggi? Berikan komen anda di laman Facebook kami theAsianparent Malaysia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Pregnancy Birth and Baby 

Sumber: Penulis asal Prutha Soman dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga:

20 cara untuk membuatkan anak anda bijak IQ dan EQ sejak dalam kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner