Tinggal Tak Sampai Seminit, Ibu Terkejut Tengok Anak Lemas Dalam Baldi Bilik Air

Anak mandi sendiri di bilik air boleh membahayakan nyawa mereka. Kecuaian ibu ayah meningkatkan risiko lemas dalam baldi dalam sekelip mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang tidak berbau, sekelip mata boleh terjadi. Kisah ibu ini mungkin boleh jadi pengajaran kepada parents lain supaya sentiasa peka dan berwaspada jika tinggalkan anak mandi sendiri dalam bilik air meskipun hanya sekejap.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Tak sampai seminit tinggal anak mandi sendiri di bilik air, hampir lemas dalam baldi
  • Anak dah lembik, mujur teringat & tahu buat CPR

Kisah dikongsi di laman Facebook oleh seorang ibu, Dyla Adnan yang berkongsi mengenai kejadian malang menimpa anaknya, Adinda Mikayla boleh menjadi iktibar kepada semua ibu ayah lain supaya sentiasa berwaspada.

Tak sampai seminit tinggal anak mandi sendiri di bilik air, hampir lemas dalam baldi

Menurut Dyla, seperti biasa setiap petang dia akan membawa anak-anaknya bersiar-siar. Selepas bersiar-siar memang rutin harian mereka akan dimandikan.

Dia biasanya akan bersama-sama dalam bilik air ketika mandikan anak, namun nak dijadikan cerita pada hari kejadian dia meninggalkan anak-anaknya dalam bilik air sekejap dengan pintu bilik air terbuka sementara dia menutup pintu rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikuti perkongsian ibu ini:

“Nak dijadikan cerita, aku nak tutup pintu rumah dan selepas itu suami aku balik dan dia tanya anak-anak mana, aku cakap dalam toilet…sekelip mata, seminit pun tidak sampai anak aku dah tertonggeng dalam baldi ada air. Anak aku Adinda, setahun sebulan. 

“Aku menjerit panggil suami aku, sambil terus angkat anak. Anak aku dah lembik,” katanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dah lembik, mujur teringat & tahu buat CPR

Namun, mujurlah walaupun dalam keadaan panik dia masih boleh berfikir waras dan membuat CPR kepada anaknya. CPR khas untuk bayi yang menggunakan hanya dua jari. 

Katanya, setelah CPR dibuat kanak-kanak itu kemudiannya muntah air dan kembali bernafas dan terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya. 

“Kalau kami tidak buat CPR, anak aku mungkin dah tiada. Tapi Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya dan bersyukur amanah ini diberikan peluang kedua,” katanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu malam ditahan di wad, kanak-kanak itu kemudiannya dibenarkan pulang. Justeru kata ibu ini, adalah penting untuk ibu ayah sentiasa peka jika anak dalam bilik air selain perlu belajar CPR sekiranya kecemasan seperti ini berlaku. 

Tidak dinafikan siapa saja yang tidak panik bila perkara berkaitan nyawa anak, namun berusahalah untuk bertenang dan berfikir waras kerana ia membantu menyelamatkan nyawa anak anda. 

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua agar sentiasa waspada kerana sedikit kecuaian boleh menyebabkan kehilangan nyawa dalam sekelip mata.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

Baca juga:  Ibu Leka Main Telefon Ketika Di Spa Bayi, Anaknya Hampir Hilang Nyawa Akibat Lemas

Baca juga:  Sebelum Beli Kolam Mini, Ibu Perlu Ajar Anak Berenang Dulu Untuk Elak Lemas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar