X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Susah Betul Nak Beri Anak Minum Susu Diam-Diam, Ini 5 Cara Untuk Mudahkan Ibu!

4 min bacaan
Susah Betul Nak Beri Anak Minum Susu Diam-Diam, Ini 5 Cara Untuk Mudahkan Ibu!

Cabaran betul nak bagi anak minum susu. Kalau ini berlaku pada anak, kami ada pelbagai cara untuk bantu anak anda minum susu dengan mudah! Jom baca.

Bila waktu anak minum susu memang susah betul nak buat mereka duduk diam. Adakah ia sedang terjadi kepada anda? Asal anda nak bagi anak anda minum susu je, terus anak anda tak boleh duduk diam. Balik-balik asyik bergerak sahaja ke hulu ke hilir. Susah betul nak bagi anak anda duduk elok-elok minum susu. Berjoget-joget pulak dia.

Ini adalah satu dilema yang melanda ibu-ibu bila nak bagi anak minum susu botol. Ada sahaja yang tak kena dengan tangan anda asyik berjalan-jalan. Mesti ibu tertanya-tanya apa benda pulak ni yang tak kena dengan anak anda.

Tetapi, tahu tak ibu-ibu?

Apa yang berlaku pada anda juga turut dialami oleh ramai ibu-ibu di seluruh dunia. Fasa anak sentiasa rasa gelisah dan tak boleh duduk diam ini adalah sesuatu yang sangat normal dan biasa berlaku dalam kalangan bayi sebenarnya. Ada anak yang mula untuk susah duduk diam seawal umur 4 bulan dan lebih. 

Walaupun anda rasa sangat kecewa dan tertekan bila anak asyik mengelak-ngelak daripada diberikan susu, ada beberapa cara sebenarnya nak bantu ibu untuk beri anak minum susu dengan mudah. Anak pulak tak mahu pegang botol sendiri, lagilah sakit hati ibu rasa. 

Kalau anda dah ada cara yang berkesan untuk pastikan anak duduk diam-diam dan elok-elok. Bagus! Teruskan usaha anda. Tapi kalau ibu masih pening kepala sampai stress memanjang bila nak bagi anak minum susu, apa kata ibu cuba petua-petua dan tips yang kita nak bagi ini. Selamat mencuba ibu sekalian!

Tips untuk bagi anak minum susu dengan mudah

anak minum susu, minum susu

Kredit: Pexels

#1 Beri anak minum susu di tempat tiada gangguan

Percaya tak cakap kami kalau kami katakan bahawa bayi mudah sangat rasa terganggu dan cepat terpengaruh dengan gangguan di sekeliling? Kalau dah bising tempat anda bagi susu tu, silap-silap di campaknya botol dan pergi bermain pula. Terus tak pandang botol dah. 

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan beri anak minum di tempat yang sunyi dan pastikan tiada gangguan dalam bilik tersebut. Adalah baik juga apabila minum di tempat yang gelap sedikit supaya anak anda tidak mudah terganggu.

#2 Beri susu pada waktu malam

Anak akan jadi kurang aktif bergerak pada waktu malam. Ha, masa ini lah anda perlu beri anak anda minum. Sebab siang tadi kurang kan? Anda perlu manfaatkan peluang yang anda ada untuk beri anak anda susu sebab anak anda memang kurang bermain waktu ini.

Inilah masanya! Untuk anda betul-betul berikan anak anda susu. Jangan risau kalau anda rasa anak anda tidak boleh minum banyak di waktu malam sebab bayi boleh minum 25% susu ibu pada waktu malam. Jadi, tiada masalah!

#3 Beri anak mainan

Kalau anda nak tahu, cara ini berkesan tau! Walaupun anak mudah terganggu, lebih baik kalau anak anda ada sesuatu yang boleh anak anda main dan pegang. Jadi, anak anda tidak akan cepat bosan bila minum susu. Malah, anak anda benda untuk dipegang sebelah tangan dan tangan sebelah anak anda boleh pegang botol susu.

Ini adalah satu cara untuk bagi anak anda ralit dan fokus pada benda yang berada di depan mata. Kalau tidak, melilau dah mata anak anda bila tengok orang berjalan dan keluar masuk.

#4 Hiburkan anak

Bunyi macam kelakar kan tapi sebenarnya, ini pun adalah salah satu cara untuk bantu anak anda fokus dan minum susu dengan mudah. Sudah tentulah, fokus utama anak anda adalah anda! Anda boleh buat macam-macam untuk tarik perhatian anak anda! Anda boleh menyanyi lagu kegemaran anak anda, boleh bercerita dan buat lawak.

Apa yang penting, anak anda perlu mempunyai eye contact dengan anda. Kalau anda sendiri kelakar, lagilah bagus!

#5 Dudukkan anak anda di kerusi

anak minum susu, minum susu

Kredit: Pexels

Kalau anda mempunyai kerusi bayi atau bouncy chair untuk anak anda, mengapa tidak anda letak anak anda di kerusi? Sekurang-kurangnya, ia akan bantu anak anda untuk tidak bergerak dan pegang botol susu daripada campak sahaja.

Memang tidak mudah! Anak anda mungkin akan merengek, mengamuk dan sebagainya! Jadi, baiklah kalau anda gabungkan sahaja beberapa taktik diatas. Baru macam okay sikit. Supaya anak anda boleh beri perhatian.

Pesanan buat ibu

anak minum susu, minum susu
Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Kredit: Pexels

  • Teruskan berusaha
    Nak suruh anak dengar cakap ini bukanlah mudah tetapi ingatlah wahai ibu, ini hanya satu fasa sementara sahaja.
  • Banyakkan bersabar
    Memang senang nak mengamuk sebenarnya bila tengok perangai anak yang begini. Tetapi, ingatlah wahai ibu kesabaran anda akan membuahkan hasil.
  • Cuba pelbagai cara
    Kalau cara pertama tak berjaya, banyak lagi cara lain. Yang penting, anda kena cuba. Betul tak? Semoga bermanfaat!

Sumber: Romper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 5 Tip tangani masalah bayi enggan minum susu badan melalui botol susu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Susah Betul Nak Beri Anak Minum Susu Diam-Diam, Ini 5 Cara Untuk Mudahkan Ibu!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham