Anak Mudah Sakit Dan Selesema, Patutkah Saya Risau? Ini Sebab Kenapa Anak Anda Mudah Sakit

Adakah anak anda berjangkit selesema dari sekolah, atau sebenarnya anak anda yang menyebarkan virus tersebut?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah ibu bapa pasti sedar apabila si manja sering sakit dan kelihatan sangat senang terkena jangkitan, terutamanya selesema. Sampaikan ada ibu bapa yang terus menerima perkara tersebut tanpa cuba untuk mengambil tahu kenapa anak mudah sakit.

Adakah perkara ini normal, dan adakah anda boleh melakukan sesuatu bagi merawat anak tanpa melibatkan ubat?

Anak Mudah Sakit: Berapa Banyak Selesema Dalam Setahun Normal untuk Kanak-Kanak?

Sesetengah kanak-kanak seolah-olah sentiasa mengalami selesema, kerap bersin dan hidung berhingus. Apabila sembuh dari selesema, tidak berapa lama kemudian mereka akan selesema semula!

sumber: marrybaby

Ini menyebabkan ramai ibu bapa tertanya-tanya,

“Bukankah anak saya mempunyai terlalu banyak selesema? Adakah terdapat sesuatu yang salah dengan sistem imun mereka? Kenapa anak mudah sakit?”

Sebenarnya, kanak-kanak mula mendapat selesema selepas kira-kira 6 bulan ketika mereka tidak lagi menerima imun dari ibu bapa mereka, dan perlu membina sistem imun sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi, kanak-kanak, dan kanak-kanak prasekolah kebiasaannya mengalami selesema kira-kira 7-8 kali setahun. Pada waktu sekolah rendah pula, purata selesema yang dihidapi kanak-kanak menurun ke purata 5-6 kali setahun.

Remaja dan orang dewasa pula biasanya mengalami selesema hanya 4 kali setahun. Dan sebagai tambahan kepada selesema, sesetengah kanak-kanak mendapat simptom lain seperti:

Jadi Kenapa Anak Mudah Sakit dan Mengalami Selesema?

Perkara penting yang anda perlu tahu adalah, sebab utama jangkitan selesema berlaku adalah kerap berlaku pendedahan kepada virus baru.

Virus boleh ada di mana-mana dan boleh bermutasi menjadi semakin rumit, walaupun anda selalu membersis dan mengemas rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun jangan risau, tubuh kanak-kanak akan membina pertahanan atau kekebalan terhadap virus ini apabila mereka terdedah kepada virus, namun tetapi ini memerlukan masa. Hakikatnya, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk membina imuniti kepada virus!

sumber: mecuti

Anak anda akan terdedah kepada lebih banyak virus jika dia ditinggalkan di pusat penjagaan harian atau prasekolah. Adik beradik atau saudara yang lebih tua cenderung untuk membawa pulang virus dari sekolah, menyebabkan anak mudah sakit dan kerap mengalami selesema.

Selesema lebih kerap berlaku di dalam keluarga besar kerana virus sentiasa berlegar di dalam rumah dan kembali lagi. Pada musim sejuk, kadar jangkitan selesema boleh berlaku 3 kali ganda berbanding biasa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun ini bukan kerana hawa sejuk, tetapi kerana ramai orang cenderung menghabiskan lebih banyak waktu di kawasan-kawasan yang sesak di dalam rumah dengan aliran udara yang sama.

Tambahan lagi, merokok di rumah juga meningkatkan kecenderungan kanak-kanak terhadap selesema, jadi jangan merokok berhampiran kanak-kanak ya!

Rawatan Selesema Bagi Anak Mudah Sakit

Tidak ada penawar segera daripada selesema berulang atau penyakit virus lain. Antibiotik juga tidak membantu melainkan jika anak anda telah mengalami komplikasi seperti jangkitan telinga, jangkitan sinus, atau radang paru-paru.

Ini termasuklah sekiranya tonsil anak anda dibuang, ia tidak membantu kerana selesema tidak disebabkan oleh tonsil yang teruk.

Sekali lagi, walaupun sukar diatasi dalam jangka pendek, masa terbaik untuk mengatasi kekerapan jangkitan ini dan mengembangkan imuniti adalah semasa kanak-kanak masih kecil.

Pastikan juga rumah sentiasa dibersihkan dari habuk, makan makanan berkhasiat serta kurangkan manis, dan minum dari sumber air yang bersih ya. Jika perlu, dapatkan probiotik yang disyorkan oleh doktor anda.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak flu dan batuk, apa saya boleh lakukan?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthcare

Baca juga

7 tips berguna untuk ibu bapa menjaga anak yang demam malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman