Ibu mana yang tidak risau apabila terpaksa melepaskan anak travel seorang diri, apatah lagi jika mereka masih kecil. Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini yang membenarkan anak naik flight sendiri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Kuching, Sarawak.
Video yang tular di akaun Tiktok @aidajemat, memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki teruja untuk terbang sendirian bertemu dengan datuk dan neneknya di kampung halaman kerana ibu bapanya bekerja dan tidak dapat pulang sama.
Walaupun rasa berat hati pada awalnya, tetapi wanita ini bangga dengan sikap berani yang ditunjukkan oleh anaknya, Kasyah yang baru berusia sembilan tahun.
Isi Kandungan
Ajar Anak Naik Flight Sendiri Untuk Masa Depan
Jelas ibunya, Aida Jemat, dia bukan sengaja untuk membiarkan anaknya menaiki kapal terbang seorang diri, tetapi melatih anak dari awal kerana difahamkan tidak lama lagi berkemungkinan anak perlu ‘travel’ ke luar negara pula.
“Padanlah anak saya minta trip seterusnya pula. Sebab dia betul-betul seronok dengan layanan mesra dan terbaik yang diberikan dalam penerbangan”, ujarnya saling berbalas komen.
Rata-ratanya memuji tindakan ibu yang berani melepaskan anaknya patut dipuji kerana melatih anaknya belajar berdikari.
@aidajemat Abg kasyah travel alone at age 9🌹#fyp #travel #foryou ♬ God Send – Ishaqie
Tips Untuk Anak Travel Alone Tanpa Parents
Perkhidmatan menaiki kapal terbang sendirian bagi kanak-kanak di bawah 15 tahun, yang dikenali sebagai Young Passenger Travelling Alone (YPTA), masih disediakan sehingga kini.
Hampir semua syarikat penerbangan menawarkan perkhidmatan ini. Bagi yang tidak tahu, perkhidmatan YPTA perlu ditempah bersama dengan tempahan tiket penerbangan.
Antara tips yang diberikan untuk ibu bapa ialah:
1. Isi Borang YPTA Di Kaunter
Mengisi borang ini di kaunter memastikan bahawa semua maklumat yang diperlukan telah lengkap dan betul serta membolehkan ibu bapa mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut dari petugas kaunter.
Tanyakan kepada petugas kaunter jika ada bahagian yang tidak jelas atau memerlukan penjelasan lanjut.
2. Tempah Kerusi Khas Dan Peneman
Kebiasaannya, anak yang mengisi YPTA selalu dapat seat mahal walaupun ekonomi. Tempah atau pastikan kerusi khas tersedia lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada saat-saat akhir.
peneman yang dipilih akan bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dan bantuan yang diperlukan kepada anak.
3. Sediakan Dokumen Penting
Buat salinan semua dokumen penting dan simpan di tempat yang mudah diakses. Periksa senarai dokumen yang diperlukan lebih awal untuk memastikan semuanya lengkap.
Bawa dokumen tambahan jika diperlukan untuk sebarang situasi yang tidak dijangka.
Dengan mengikuti tips ini, ibu bapa dapat memastikan proses yang lancar dan mengurangkan tekanan dalam menguruskan apabila anak perlu diajar menggembara seorang diri suatu hari nanti.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Naik Kapal Terbang Dengan Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi 8 Persediaan Travel Jauh Tanpa Suami
Baca juga: Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat