Membesarkan anak memang bukan suatu tugas yang mudah. Apatah lagi bila menyentuh soal didikan mereka, ianya sangat mencabar emosi dan juga fizikal. Sebenarnya bukan senang bagi kita sebagai ibu dan ayah untuk didik mereka sentiasa berkelakuan yang baik. Pasti ada sahaja jenis sikap anak yang akan membuatkan darah kita menyirap.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Jenis sikap anak yang tak patut dibiarkan.
- Cara didik anak yang berkesan.
- Tips menjadi ibu dan ayah yang penyabar
Namun begitu, tidak kira macam mana sekalipun tingkah laku anak sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan ayah untuk terapkan nilai-nilai moral yang tinggi kepada mereka.
Jenis sikap anak yang tidak patut ibu ayah biarkan
Didikan yang betul akan membentuk sahsiah diri yang tinggi. Sebelum ianya terlambat,perhatikan tingkah laku anak anda ada atau tidak sikap sebegini dalam diri mereka iaitu :
- Menyampuk perbualan orang tua
Perbuatan menyampuk ketika orang lain sedang bercakap sangat tidak elok dan biadap. Anak akan hilang rasa hormat terhadap orang yang lebih tua. Malah, perbuatan ini juga akan mewujudkan sikap dan perasaan sukar menerima tolakan.
- Suka hati masuk bilik orang
Sifat ini perlu dielakkan. Memasuki bilik orang lain tanpa keizinan atau pengetahuan mereka akan mengganggu hak privasi. Malah, jika ianya dibiarkan tanpa ada tindakan dan nasihat, risau apabila besar nanti anak tidak menghormati hak orang lain.
Anak yang sejak kecil mempunyai perangai kasar ini boleh memupuk sifat degil dan berani yang tidak kena pada tempat.
Lebih membimbangkan lagi apabila meningkat usia remaja akan wujud sikap suka membuli jika dari kecil mereka sudah berani memukul dan mencubit orang lain.
Ini yang menyakitkan hati apabila kita panggil, mereka akan buat-buat tidak dengar. Lebih sakit hati lagi, dalam masa yang sama kalau kawan-kawan datang panggil senang pula disahutnya.
Sikap ini dinamakan sebagai POWER PLAY. Jika ibu dan ayah hanya membiarkan hal ini berlarutan, anak akan jadi semakin degil dan payah untuk dengar cakap.
Sikap ini yang paling memerlukan perhatian lebih dari ibu dan ayah. Terlalu memendam perasaan boleh menerbitkan perasaan dendam terhadap orang sekeliling.
Malah, sikap ini juga akan menyebabkan anak mengalami tekanan perasaan dan juga kemurungan yang melampau.
Cara didik anak dengan berkesan
Kata Saidina Ali bin Abi Thalib mengenai pendidikan anak:
“Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu. Sesungguhnya mereka diciptakan untuk zamannya, sedangkan kamu diciptakan untuk zaman kamu”
Ibu dan ayah boleh gunakan cara-cara ini untuk didik anak iaitu:
- Pada usia mereka 0-7 tahun perlakukan anak-anak dengan lemah-lembut. Layan anak-anak dengan ikhlas dan sepenuh hati. Fasa umur ini sangat penting bagi membentuk sifat lemah-lembut dan beradab.
- Ketika usia anak memasuki 8-14 tahun, ibu dan ayah perlu layan anak sebagai seorang tawanan. Maksudnya, ibu dan ayah perlu terapkan disiplin yang tinggi untuk mereka. Pada tahap ini, anak perlu diajar untuk kenal tentang hak dan kewajiban mereka seperti solat, akidah, hukum dan sebagainya.
- Tahap usia 15-21 tahun,anak-anak perlu diperlakukan sebagai seorang sahabat. Pada waktu ini anak mengalami perubahan dari segi sosial, mental dan fizikal. Ibu dan ayah perlu sentiasa bertanya keadaan dan hari yang dilalui oleh anak-anak. Fasa ini memerlukan kemahiran berkomunikasi yang baik supaya anak berasa selesa untuk mereka berkongsi apa sahaja dengan ibu dan ayah.
Tips menjadi ibu dan ayah yang penyabar
Kasihan apabila melihat anak sering dimarahi dan selalu kena tengking, ibu dan ayah ikut langkah ini untuk didik diri jadi lebih penyabar.
- Dekatkan diri dengan tuhan
- Selalu berfikiran positif
- Selalu bergaul dengan orang baik
- Kawal stress
- Tidak campur-aduk masalah tempat kerja dan di rumah
- Kekal tenang untuk atasi masalah
- Pandang anak dengan kasih sayang
- Alihkan perhatian ke arah lain apabila sedang marah
- Kekal fokus
Kalau ibu dan ayah pandang ke sudut positif, sebenarnya membesarkan anak adalah satu terapi untuk perbaiki diri sendiri. Kalau sebelum ini kurang sabar, dengan melayan karenah mereka lama-kelamaan sifat sabar itu mula tertanam dalam diri masing-masing.
Oleh itu, sentiasalah motivasikan diri anda dan pasangan serta pandang setiap kejadian itu punya hikmah yang tersebunyi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu
Baca juga: ‘Ya Allah, Anak Aku!’- Baru Sejam Dilahirkan, Bayi Meninggal Dunia Kerana Kuman GBS
Baca juga: 25 Set Makanan Berpantang Yang Ibu Boleh Cuba Sendiri di Rumah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!