TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Neelofa Umum Nama Anak Kedua Pada Hari Ketujuh Kelahiran, Nama Yang Cukup Indah Dan Bermakna

4 min bacaan
Neelofa Umum Nama Anak Kedua Pada Hari Ketujuh Kelahiran, Nama Yang Cukup Indah Dan Bermakna

Kini, Bilal iaitu anak Neelofa yang pertama sah menjadi seorang abang selepas ibu dan ayahnya selamat menimang putera kedua, Abdullah Abbas.

Pasangan popular Malaysia, Neelofa dan Haris  atau lebih dikenali sebagai PU Riz selamat menimang cahaya mata yang kedua pada dua hari lalu, 11 Julai pada jam 10.45 malam. Akhirnya anak Neelofa yang pertama iaitu Muhammad Bilal kini bergelar seorang abang dengan kelahiran adiknya ini.

Berita ini dikongsikan oleh Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya yang memiliki lebih 8.7 juta pengikut. Neelofa membuat pengumuman tersebut dengan satu story yang bertulis:

anak Neelofa kedua selamat dilahirkan

Assalamualaikum. Alhamdulillahi rabbil al aamin, tanggal 11 Julai 2023, jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat. Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa. Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberikan kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah.

Pada masa yang sama, Neelofa turut memaklumkan kepada media tempatan yang dia dan PU Riz akan berkongsi nama anak kedua mereka itu pada hari ketujuh selepas kelahirannya.

Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac tahun 2021. Anak Neelofa yang pertama, Bilal telah dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu.

Menurut laporan Metro, PU Riz ada memaklumkan yang isteri dan bayi keduanya itu di dalam keadaan yang baik dan sihat. Pasangan itu selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di sekitar Lembah Klang. 

Neelofa Umum Nama Anak Kedua Pada Hari Ketujuh Kelahiran, Nama Yang Cukup Indah Dan Bermakna

Dengan kelahiran bayi kedua ini, sudah tentu anak Neelofa yang pertama akan mempunyai teman baru untuk bermain bersama, yang mana juga berjantina lelaki. Melihat pada raut wajah anak Neelofa yang pertama ini, jelas boleh dilihat cukup comel dengan telatahnya tersendiri, jadi tidak dinafikan  yang pastinya anak kedua pasangan ini juga akan turut menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi pengikut Neelofa di media sosial. 

anak Neelofa, Bilal

Update terkini:

Genap hari ketujuh kelahiran cahaya mata kedua pasangan popular Malaysia, Neelofa dan PU Riz dan seperti mana yang mereka janjikan kepada pengikut-pengikut di media sosial mereka adalah untuk mengumumkan nama putera kedua mereka itu.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Neelofa, ibu kepada dua orang cahaya mata comel ini telah pun berkongsi akan nama kepada adik Bilal tersebut.

Tulisnya:

Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..

Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.

Sehingga ada hadith nabi saw bertanya:

Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga

Dan Bilal menjawab

‎مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ.

Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’”  Riwayat al-Bukhari (1149)

Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A

Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas

Merujuk hadith:

‎تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ

Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)

Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya

‎اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ – [ ]

Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”

Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam

Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Agaknya ikut muka siapa ya Abdullah Abbas, Neelofa atau PU Riz? Kita nantikan. Apa pun kami di theAsianparent mengucapkan selamat menimang cahaya mata kedua buat pasangan ini.

hmetro.com.my  Utusan.my Instagram Neelofa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Neelofa Ambil Konsultan Laktasi Belajar Ilmu Penyusuan, Patutlah Bilal Makin Bam Bam!

Baca juga: Sah! Neelofa Mengandung Anak Kedua, Empunya Badan Sendiri Dah Buka Mulut

Baca juga: Nampak Kemas & Tersusun, Neelofa Kongsi Gambar Almari Pakaian Muhammad Bilal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Neelofa Umum Nama Anak Kedua Pada Hari Ketujuh Kelahiran, Nama Yang Cukup Indah Dan Bermakna
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham