Cara Berdepan Anak Yang Keras Kepala & Suka Melawan Cakap Tanpa Menggunakan Kekerasan

Keras kepala dan suka melawan cakap antara masalah yang biasa pada anak yang sedang membesar. Begini cara yang betul untuk menghadapinya

Apa yang perlu dilakukan jika anak tidak mahu mendengar kata? Bagaimana untuk mendisiplinkan anak keras kepala, suka melawan, memberontak dan degil?

Jawapannya ialah: konsisten dan sabar untuk mengubah perilaku anak. Segala ajaran hendaklah bermula dari rumah. Ibu ayah hendaklah saling bekerjasama dalam mengatasi masalah ini sejak anak kecil agar tidak terbawa-bawa sehingga mereka dewasa kelak.

Cara berdepan anak yang keras kepala dan suka melawan cakap 

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), keras kepala artinya tidak mahu mengalah atau menurut, degil dan tegar.

Ibu ayah mungkin menyedari perubahan ini sewaktu menegur tindakan anak atau meminta sebarang jenis pertolongan daripada mereka.

Seorang ahli psikologi, Ben Martin, untuk mendisiplinkan anak yang keras kepala dan kerap melawan, ibu bapa boleh ingat 5 C ini, iaitu:

  • clarity (jelas)
  • consistency (konsisten)
  • communication (komunikasi)
  • caring (ambil berat)
  • dan creating social responsibility (membina rasa bertanggungjawab). 

Mari kita mendekati cara mendidik anak ini dengan lebih mendalam.

5 cara mendidik anak yang keras kepala dan suka melawan ibu ayah

Besar kepala artinya sama dengan keras kepala. Ia juga membawa maksud bongkak, bengal dan juga sombong.

Bagi mengatasi masalah ini berlarutan, ibu ayah hendaklah mendidik anak-anak secara berhemah dan elak menggunakan kekerasan.

1. Clarity (Anda kena jelaskan peraturan pada mereka)

Untuk mendisiplinkan anak suka melawan dan keras kepala, anda perlu menjelaskan dan memberi spesifikasi tentang peraturan, had dan apa yang ibu ayah harapkan dari mereka.

Anda boleh tulis supaya anak boleh membacanya. Dan penting untuk anda jelaskan peraturan tetapi jangan melebihi batas.

Contoh ayat yang boleh digunakan : “Ibu tahu awak ada cara awak sendiri, tapi ini yang ibu harap awak buat“.

2. Konsisten 

Jika sudah memberi arahan dengan jelas, anda harus kekalkan momentum itu.

Begitu juga dengan akibat tidak arahan yang ditetapkan. Tapi jangan terlalu berkeras hingga tidak memikirkan keperluan emosi anak.

3. Komunikasi 

Dalam sebarang masalah yang berlaku dalam keluarga, komunikasi adalah penting bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Bagi mengatasi masalah anak keras hati dan keras kepala, ibu ayah hendaklah libatkan anak semasa hendak membuat peraturan. Biar mereka rasa anda adil dan mengambil tahu pendapat mereka juga.

Itu juga akan membuatkan anak lebih senang untuk mendengar arahan anda.

4. Ambil berat 

Sangat penting semasa mendisiplinkan anak yang kerap melawan, anda harus tunjukkan yang anda mengambil berat tentang mereka.

Apa yang mereka rasa. Jadi jika mendisiplinkan mereka, jangan sehingga mereka rasa anda tidak suka diri mereka.

5. Membina rasa tanggungjawab (Creating) 

Selain itu, cara menghadapi orang keras kepala adalah membina rasa tanggungjawab.

Rasa tanggungjawab secara automatiknya membuatkan mereka lebih mudah mendengar kata. Jadi bina rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.

Tunjukkan anda percayakan mereka bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Tindakan ini juga dikatakan berkesan sebagai cara menghadapi anak remaja yang keras kepala dan pemarah agar tidak terbiasa sehinggalah mereka dewasa.

Penyebab anak melawan orang tua menurut Islam

Dalam dunia ini, tiada ibu ayah yang menginginkan anaknya menjadi seorang pembangkang atau sukar mendengar kata.

Walau bagaimanapun akan selalu ada masalah yang dihadapi oleh setiap ibu ayah dalam proses menjaga dan membesarkan anak, termasuklah ketika mereka berani melawan untuk hal-hal yang tidak disukainya.

Dalam tidak sedar, beberapa faktor menjadi punca yang mendorong masalah anak keras kepala. Antaranya:

#1. Ibu ayah banyak mengkritik

Kritikal yang terlalu banyak dari ibu ayah membuatkan anak tidak selesa untuk bersama anda.

Bukan itu sahaja, mereka juga menganggap bahawa anda tidak memahami apa yang disukai dan tidak menghargai apa pun usaha yang dilakukan.

Lama-kelamaan keadaan ini boleh membuatkan anak hilang hormat dan memilih untuk melawan dari segala yang ibu ayah katakan.

#2. Terlalu dimanjakan dan ibu ayah hanya menurut segala kemahuan anak

Penyebab anak melawan orang tua menurut islam yang seterusnya adalah terlalu memanjakan anak. Sikap segelintir ibu ayah yang hanya menuruti segala anak inginkan membuatkannya menjadi seorang pentingkan diri.

Jika sesuatu perkara tidak dapat dipenuhi, anak juga akan sukar mengurus emosi kerana sudah terbiasa dimanjakan.

#3. Persekitaran yang negatif

Membesar dalam persekitaran yang negatif seperti tidak menghormati orang tua, berani melawan cakap dan enggan mendengar nasihat mampu membuatkan anak merasakan bahawa perkara itu adalah biasa.

Memiliki rakan sebaya dengan sikap sedemikian juga memberikan pengaruh yang cukup hebat dalam membentuk keperibadian anak.

Kesannya, lama-kelamaan anak akan berani melawan ibu ayah kerana melihat rakan-rakannya berbuat seperti itu.

Bagaimana jika anak suka melawan dan masih tidak berubah?

Memang sungguh mengecewakan apabila kita telah cuba pelbagai cara namun seperti tidak membuahkan hasil. Akan tetapi, sabar adalah kunci utama. Mereka memerlukan masa.

Menurut ahli psikologi Carl Pickhard, ibu bapa harus membuang idea yang mereka ada kawalan sepenuhnya terhadap anak mereka. Sebenarnya mereka hanya boleh menggalakkan perilaku anak.

Untuk mendekati anak suka melawan, ada beberapa perkara yang perlu diingati:

1. Kenal pasti punca

Adakah perangai itu berpunca dari apa-apa perubahan, seperti penambahan ahli keluarga baru, berpindah rumah baru, atau sekolah baru?

Ambil tahu apa yang menjadikan mereka suka melawan dan cuba letakkan diri anda di tempat mereka. 

2. Jangan ambil hati

Kadang-kadang mereka melawan bukanlah kerana mereka membenci atau tidak suka dengan anda. Tapi mereka mungkin marah dengan diri mereka sendiri namun tidak tahu bagaimana meluahkannya.

Jadi anda harus bersabar, mengambil berat tentang mereka dan percaya yang mereka boleh berubah.

3. Jangan putus asa

Mendidik manusia untuk menjadi manusia memang bukan mudah. Tapi jika anda sebagai ibu bapa mereka sendiri tidak percaya dengan mereka, siapa lagi?

Berikan galakkan yang positif. Biar mereka tahu anda ada untuk mereka.

4. Bertolak ansur

Janganlah terlalu tegas inginkan cara sendiri hingga terlupa untuk mempertimbangkan cara orang lain yang mungkin lebih berkesan.

Apa yang baik kita ambil dan ikut. Tiada istilah keibubapaan yang sempurna, tetapi kita boleh sentiasa memperbaiki untuk anak-anak.

Kata kata bijak untuk anak yang melawan orang tua

Berdepan dengan karenah dan tingkah laku anak-anak bukanlah hal yang mudah. Namun memberi nasihat dengan menegur secara lemah lembut boleh menyedarkan anak akan kesilapan mereka terhadap ibu ayah.

Berikut adalah kata-kata bijak untuk anak yang melawan orang tua:

  • ”Orang tuamu tidak pernah ingin kamu menjadi seperti mereka, tetapi mereka ingin kamu menjadi lebih baik dari mereka.”
  • ”Tidak ada orang yang mencintaimu lebih dari ibumu. Dan dia tetap bersedia mencintaimu meskipun dia bukan orang yang paling kamu cintai.”
  • ”Cinta ibu adalah yang paling menenangkan. Ia tidak memerlukan banyak bentuk dan menenangkan seperti gurun yang panjang dan kering.”

Doa melembutkan hati anak yang keras kepala

  • Surah al Imran: Ayat 200

Sebelum membaca doa untuk anak degil ini, adalah lebih afdhal memulakannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ayat kursi dan selawat Syifa sebanyak tujuk kali.

Kemudian, usap ubun-ubun anak dengan penuh kasih sayang, berserta niat yang baik. Setelah itu, baca doa untuk anak degil sebanyak tujuh kali dan tiup ke atas ubun kepala anak.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

  • Doa untuk anak degil: Doa melembutkan hati anak dari Surah As-Syura Ayat 19

Dalam Asmaul Husna ada menyebut “Ya Latiff” yang bermaksud Maha Lembut. Dengan kelembutanNya, adalah sangat mustajab untuk memohon kepada Allah SWT supaya melembutkan hati anak kita yang bersikap degil dan keras kepala.

Maksud:Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah ruahkan kebaikan dan belas kasihaNya kepada hamba-hambaNya.

Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) Dialah jua Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Tips Berkesan Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Pemurah & Suka Berkongsi Barang

Baca juga: Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain- Ini Tips Ajar Anak Bantu Orang Susah Sejak Kecil

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Berkasih Sayang Sejak Kecil, Elak Bergaduh