5 Teknik Ajar Anak Suka Membaca Melalui Aktiviti Harian, Boleh Dipraktikkan Sejak Kecil!

Anak membaca buku boleh dipupuk bermula dari rumah. Paling penting ibu ayah hendaklah bijak menggunakan teknik yang boleh tarik minat anak untuk membaca.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak seperti dahulu, melatih anak membaca buku bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini kerana mereka terdedah dengan gangguan seperti telefon pintar yang dianggap lebih menyeronokkan.

Walau bagaimanapun, peranan ibu ayah sangat besar dalam membentuk sebarang jenis tabiat dan rutin harian anak-anak ketika di rumah. Jika sudah diajar dari kecil, tidak mustahil si manja akan rajin membaca buku.

Tips dan teknik dalam memupuk anak membaca buku

Kredit: Shutterstock

Inilah dilema mak-mak, terpaksa membahagikan masa di antara mendidik anak dan menguruskan perihal rumah tangga.

Salah satu perkara yang nampak senang tapi memerlukan perhatian ibu bapa sepenuhnya adalah proses memupuk anak suka membaca.

Sedangkan sebenarnya anda boleh membantu anak suka membaca dengan beberapa aktiviti harian saja. Tak percaya dan tertanya-tanya bagaimana nak membuat anak suka membaca? 

Mari kita lihat tip yang dikongsikan oleh Metro United Way:

#1. Pupuk anak suka membaca dengan aktiviti di pasaraya

Jadikan waktu membeli barang dapur anda sebagai satu sesi pembelajaran yang menyeronokkan. Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan di sini:

  • Beri senarai barang atau sayuran yang anda hendak beli pada anak dan minta dia cari apa yang ada dalam senarai itu. Minta mereka tandakan mana yang sudah diambil. 
  • Minta anak kirakan berapa barangan yang telah diambil dalam troli
  • Minta anak membaca label makanan 

#2. Ajar anak lihat papan tanda

Sepanjang berjalan bersama di dalam pasaraya, pasti terdapat banyak papan tanda yang menarik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajak mereka baca dan eja papan tanda tersebut. Begitu juga semasa di dalam kereta, jadikan membaca papan tanda iklan di tepi jalan sesuatu yang menyeronokkan.

(Tetapi hati-hati dengan papan iklan yang tidak sopan atau berbahasa kasar).

#3. Pupuk anak membaca menu di restoran

Galakkan mereka memilih menu mereka sendiri. Secara tidak langsung, mereka akan teruja untuk cuba membaca kerana ingin memilih apa yang mereka ingin pilih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak perkataan baru yang boleh mereka belajar di sini. Jadi berikan mereka sedikit masa untuk membaca menu di restoran dan biar mereka pilih apa makanan yang mereka mahu. 

#4. Ajar anak suka membaca melalui televisyen

Memang anda perlu menghadkan masa skrin anak. Tapi semasa anda membenarkan mereka menonton televisyen, gunakan kesempatan ini untuk menggalakkan anak suka membaca.

Antara apa yang anda boleh lakukan dengan televisyen untuk mengajar anak membaca adalah dengan:

  • Pasangkan sari kata supaya mereka boleh baca
  • minta mereka baca senarai rancangan televisyen dalam surat khabar supaya mereka tahu rancangan apa yang Mereka ingin tonton kemudian
  • Semasa anda menonton berita atau rancangan sukan, biar mereka membaca keputusan sukan atau membaca tajuk berita 

#5. Aktiviti ketika memasak 

Ajak mereka membantu anda memasak. Tuliskan resipi ringkas menu harian yang anda ingin masak, dan biarkan anak anda bantu membacakan resipi itu.

Begitu juga dengan sesi membuat kuih, kek atau biskut, biarkan mereka teruja untuk membantu anda dengan membacakan resipi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara lain dalam membentuk amalan membaca 

Selain itu, ibu ayah juga dinasihatkan untuk mengutamakan beberapa perkara ini bagi memastikan anak berasa selesa dan tidak terpaksa membaca buku. Antaranya ialah:

  • Ibu ayah duduk bersama ketika membaca buku dengan anak-anak

Jika anda mahukan mereka berminat dengan buku, usahakanlah sedikit masa untuk membaca bersama mereka. Biasanya anak seawal usia 2 hingga 3 tahun amat memerlukan perhatian dari ibu ayah.

Pilih satu buku kegemaran anak dan jangan terkejut jika dia sudah boleh hafal segala isi cerita serta gambar dalam buku tersebut.

  • Pilih jenis buku yang bagus dan sesuai dengan usia anak

Terlalu banyak buku yang dijual di kedai ataupun secara atas talian. Sebagai ibu ayah, anda hendaklah memilih jenis buku yang sesuai dengan usia si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk anak yang berusia bawah 6 bulan, pilih jenis buku yang ringkas dan memiliki gambar besar dengan warna yang terang. Selain itu, saiz sederhana dapat memudahkan bayi memegang buku tersebut.

  • Gabungkan aktiviti membaca dengan menulis

Jangan menyerahkan tugas mengajar anak pada guru di taska atau sekolah sahaja. Apa salahnya anda juga mainkan peranan mengajar si manja ketika mereka berada di rumah. 

Biarkan anak menconteng dinding rumah, asalkan mereka gembira. Ibu ayah juga boleh menyediakan kertas A4 bagi membolehkan mereka belajar untuk mengeja dan menulis nama sendiri.

Sumber: Metro United Way

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Ayah Yang Sering Baca Buku Bersama Anak Beri Kesan Unik Berbanding Ibu, Ini Faktanya!

Baca juga: Hobi Membaca Buku Membolehkan Anak Kenal 1.8 Juta Perkataan Dalam 20 Minit!

Baca juga: Emosi Anak Terganggu Kalau Paksa Dia Membaca, Biar Mereka Belajar Sendiri Sambil Bermain 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan