TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Suka Kemam Makanan Dalam Mulut, Waktu Makan Boleh Jadi Berjam-Jam! Ini Cara Atasi

3 min bacaan
Anak Suka Kemam Makanan Dalam Mulut, Waktu Makan Boleh Jadi Berjam-Jam! Ini Cara Atasi

Ahli psikologi klinikal, Rachael K Tan memberikan pandangannya mengenai masalah anak suka simpan makanan dalam mulut. Baca untuk mengetahui jalan penyelesaiannya.

Apabila anak suka simpan makanan dalam mulut tanpa menelannya, waktu makan boleh meleret berjam-jam sehingga ibu bapa hilang kesabaran dan marah. Akibatnya anak mungkin menangis atau enggan makan sama sekali.

Wakil theAsianparent telah menemubual ahli psikologi klinikal Rachael Tan, untuk mendapat pandangannya mengenai masalah ini.

Langkah pertama apabila cuba mengatasi masalah anak suka simpan makanan dalam mulut, ialah  mendapat pengesahan pakar yang masalah ini bukan akibat masalah fizikal.

Jika anak anda sihat, keterangan di bawah mungkin boleh membantu ibu bapa:

Alihkan semua gangguan untuk mengelak anak suka simpan makanan dalam mulut

anak suka simpan makanan dalam mulut

  • Ini akan mengajar anak waktu makan ada struktur tertentu dan ada masa dan tempat yang sesuai untuk melakukan sesuatu.
  • Ini turut mengajar anak untuk mengekalkan fokus untuk menyiapkan tugas. Contohnya, tidak makan di depan TV atau memberi anak iPad apabila mereka sedang makan supaya mereka boleh beri perhatian sepenuhnya kepada proses makan.
  • Apabila seseorang sedar tugas yang sedang dilakukan, mereka boleh menerima dan memproses maklumat dengan lebih baik. Akibat ini ialah pembelajaran yang lebih berkesan.

Mengapa anak suka simpan makanan dalam mulut? Apa ibu patut buat?

#1. Sebelum waktu makan

anak suka simpan makanan dalam mulut

Anak selalu makan snek sebelum masa makan? Ataupun anak makan terlalu banyak kali sehari sehingga seleranya terjejas sebelum masa makan?

Semak dulu jumlah snek yang diberi sebelum masa makan. Mungkinkah ini sebab mengapa anak suka simpan makanan dalam mulut apabila tibanya masa makan?

Cuba kurangkan snek anak dan hadkan pengambilan makanan lain sebelum waktu makan makan, kemudian tengok dulu kalau ini memberi kesan yang positif.

#2. Semasa waktu makan

Adakah anda asyik beri perhatian pada anak dengan harapan dia akan menghabiskan makanannya?

Berhenti sekarang, kerana seperti TV, ini boleh dianggap sebagai gangguan juga jika ibu bapa asyik bercakap dengan anak!

Adakah tabiat ini kerana tunggu pujian dari ibu bapa? Cuba duduk bersama anak semasa makan, tetapi hanya bercakap dengannya apabila dia menelan makanannya.

Jangan lupa untuk memberi banyak pujian apabila dia menelan makanannya.

Jika anak suka mendapat pujian, dia pasti akan belajar untuk menelan setiap kali ingin mendengar pujian atau perhatian dari ibu bapa.

#3. Selepas waktu makan

anak suka simpan makanan dalam mulut

Apakah aktiviti selepas waktu makan yang anak tidak suka? Mungkinkah itu sebab anak suka simpan makanan dalam mulut?

Mungkin dia tidak suka mandi ataupun tidak suka tidur tengahari selepas makan?

Ada kemungkinan anak sedang cuba memanjangkan waktu makan sebagai cara untuk mengelak apa yang akan berlaku selepas itu.

Sekiranya ini sebabnya, cuba merancangkan aktiviti yang anak suka contohnya membaca buku kegemarannya ataupun ganjaran lain.

Pastikan untuk memberitahu anak bahawa sebaik sahaja dia selesai makan, dia boleh memulakan aktiviti pilihan.

Dengan cara ini ibu bapa bukan hanya boleh menggalakkan anak untuk menghabiskan makanan mereka, malah anak juga akan lebih rela untuk melakukan tugas lain yang mereka tidak suka.

Apabila ibu bapa memberi dorongan yang positif, proses ini akan mendorong anak untuk  mematuhi arahan ibu bapa.

Apabila rutin ini menjadi tabiat (biasanya selepas 2 minggu jika dilakukan dengan konsisten), ibu bapa boleh mula untuk mengurangkan tahap dorongan dan ganjaran.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Sekiranya masih berulang, anda boleh rujuk bersama pakar pemakanan kanak-kanak. Namun beri saja anak sedikit masa, kerana anak bukanlah tak mahu makan langsung, mereka hanya memakan masa yang lama untuk makan. 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Kena Rilek, Anak Tak Akan Kebuluran Kalau Dia Tolak Makan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Suka Kemam Makanan Dalam Mulut, Waktu Makan Boleh Jadi Berjam-Jam! Ini Cara Atasi
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham