5 Cara Ajar Anak Sulung Tidak Terlalu Manja & Pandai Berdikari, Besar Nanti Jadi Anak Yang Hebat!

Anak sulong sering menjadi harapan keluarga. Jika anda mendapati anak jadi manja dan tidak boleh berdikari, bantulah dia untuk lebih yakin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila menyebut perkataan anak sulong, ramai ibu ayah bersetuju kehadirannya dalam keluarga amat istimewa. Dari sinilah anda dapat memegang gelaran ibu ayah dan belajar pelbagai baharu setiap hari.

Namun dengan bertambahnya ahli dalam keluarga, bantuan dari anak sulong ini sangat diperlukan bagi meringankan tugas seharian ibu di rumah mahupun sewaktu keluar bersiar-siar.

Anak yang sudah besar biasanya dapat bantu menjaga adik-adiknya, menukar lampin, mandi atau membuat susu botol sementara ibu melakukan kerja lain.

5 cara ajar anak sulong agar tidak manja dan lebih berdikari

Bagi sesetengah ibu ayah, mungkin beranggapan tidak mahu menyusahkan anak langsung. Kalau boleh semua perkara anda ingin buat sendiri tanpa melibatkan anak-anak.

Sebenarnya dalam tidak sedar ia boleh membuatkan si manja sukar berdikari dan akan sentiasa bergantung pada ibu ayah. Bayangkan sudah bersekolah, tapi masih tidak pandai masukkan butang baju, tersalah bahagian kasut dan tidak tahu memilih buku mengikut jadual kelas harian.

Pada awal-awal, ia mungkin kelihatan normal. Namun jika sudah lama, ia sekaligus boleh membebankan ibu ayah kerana anda perlu menguruskan A sampai Z anak pertama dan adik-adiknya.

Justeru ada beberapa cara yang boleh dilakukan supaya anak sulung tidak manja dan boleh berdikari. Antaranya:

#1. Bersikap tegas

Ibu ayah tidak boleh ikut segala kemahuan anak. Sebenarnya mereka bijak untuk manipulatif setiap kelemahan ibu ayah.

Jadi kena pandai bezakan tangisan manipulatif dengan tangisan yang sebenar. Tangisan manipulatif ni bermula bila kita tak ikut kehendaknya.

#2. Konsisten

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau ibu ayah cakap A, kena buat A. Jangan tiba-tiba disebabkan ‘political talk’ anak, kita jadi lemah dan berubah pendirian.

Anak hafal taktik yang membuatkan kita lemah tu. Jangan pelik kalau masalah tantrum makin menjadi-jadi kalau kita tidak tunaikan permintaan dia.

#3. Tawar-menawar

Ada masanya kita kena pakai negotiation skills pada anak sendiri. Contohnya, sebelum masuk kedai, ingatkan dulu pada anak apa yang nak dibeli. Baru la anak kita tidak jadi ‘raja’ yang nak beli satu pasaraya!

Nak halang 100% kemahuan anak mungkin tak boleh tapi sekurangnya kita tak kalah 100% pada kemahuan dia.

#4. Jangan terlalu banyak micromanage

Kadang-kadang kita lupa tidak selamanya akan berada disisi anak. Sehingga semua benda kita nak buatkan untuk dia. Kadang untuk didik anak kita jadi boleh berdikari, dia kena urus diri dia sendiri dulu.

Dari bangun tidur sampai kepada potong kuku, beri peluang untuk dia buat sendiri.

#5. Jadi coach

Anak bukannya ingin ibu ayah jadi ‘baju besi’ mereka yang melekat dan melindungi 24 jam sehari semalam. Mereka cuma perlukan coach yang boleh mereka tiru dan ikut. Itu sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak menangis, ibu ayah usahlah terburu-buru nak ambil dan tenangkan anak. Tanya dulu apa masalah dan bagi anak asah ‘self regulation’ dalaman mereka.

Jangan bagi nampak sangat kita ni pembantu yang boleh dipanggil bila-bila masa dan sedia berkhidmat 24 jam untuk mereka.

Anak sulung ni ada ciri-ciri untuk jadi seorang pemimpin, risau jika terlampau manja dia bakal jadi pemimpin yang lembik. Sampai jadi mangsa buli adik-adiknya.

Dalam mendidik anak agar tidak terlalu manja dan boleh mengurus diri hendaklah seawal usia mereka agar apabila besar nanti mereka lebih bersabar, memahami situasi dan tidak mengamuk sekiranya kemahuannya tidak dipenuhi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah kena luangkan sedikit masa untuk terangkan pada anak. Sebab dan akibat sekiranya mereka melakukan setiap perkara mengikut perasaan dan kemahuan sendiri. Setiap hari, ulang cakap perkara sama supaya anak sentiasa ingat.

Kadang-kadang kita marah anak bila mereka terlalu manja. Hakikatnya, kita sendiri yang sebenarnya telah memanjakan anak tanpa sedar.

Mendidik anak-anak tidak boleh dengan cara try and error, tapi perlu dengan ilmu. Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Sulung Sentiasa Istimewa Di Hati Ibu, Dialah Yang Beri Banyak Pengalaman & Pengajaran

Baca juga:  Cara Layanan Anak Kedua Memang Berbeza Daripada Anak Sulung, Ada Yang Amat Lucu!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Tips Jaga Hati Anak Sulung Agar Dapat Terima Adik Baru & Elak Rasa Dengki, Bagusnya Hubungan Mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan