Suruh Makan Sayur, Mulalah Wajah Anak Berkerut! Ini 7 Cara Berkesan Didik Si Kecil Makan Sayur

Tips yang boleh dimanfaatkan bagi menggalak anak kecil makan sayur. Barulah tubuh mereka lebih sihat dan jauh dari sebarang penyakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa bimbang bila anak susah makan sayur kerana mereka tidak akan dapat menyerap nutrisi baik yang ada dalam sayuran tersebut.

Bukan setakat itu saja, ibu juga perlu melayan drama anak-anak ketika di meja makan terutama bila mereka dihidangkan masakan sayur di hadapan mata.

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk memujuk anak makan sayur, namun semuanya menemui kegagalan.

Bagi membantu ibu menghadapi anak susah makan sayur, ini tips yang boleh anda praktiskan di rumah.

Tips menarik minat anak susah makan sayur 

Tips anak susah makan sayur #1 Banyakkan menu yang ada sayur 

Kredit: My Milk.com

Anak enggan makan sayur biasanya disebabkan rasa yang kurang enak berbanding makanan lain. Bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun kalau sayur tak ada rasa tentu, anda pun tak mahu makan, kan?

Jadi, mulakan variasi masakan sayur dengan rasa yang lebih sedap sekaligus membuka selera anak. Contohnya, sup ayam bersayur, sayur tumis bersos tiram, roti ayam bersayur dan lain-lain.

Tips anak susah makan sayur #2 Jangan sembunyi sayur dalam makanan anak 

Ramai ibu bapa suka sembunyikan sayur dalam makanan anak, sedangkan ia memberi kesan pada mereka hingga menganggap sayur makanan yang tak sedap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaiknya anda campurkan sayur dalam masakan daging, ayam, ikan dan sebagainya. Tentu mereka akan rasai kelazatannya.

Tips anak susah makan sayur #3 Jadikan sayur makanan kegemaran 

Sebab lain yang membuatkan anak susah makan sayur adalah apabila ibu bapa berterusan mengingatkan manfaat makan sayur hingga anak merasakan ia satu kewajipan sekaligus menolak untuk makan sayur.

Oleh itu, jangan terlalu kerap terangkan pada anak tentang kelebihan makan sayur ini, tapi amalkannya pada waktu santai seperti salad.

Bila mereka lihat ibu ayah makan sayur, tentu dia juga ingin mencubanya sekaligus menarik minat dia untuk terus makan sayuran.

Tips anak susah makan sayur #4 Masak sayur kesukaan anak 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa tentunya anda gembira bila melihat anak makan semua jenis sayur tapi mereka tetap memilih sayuran kegemaran saja.

Apa yang anda boleh buat adalah masak pelbagai jenis sayuran tapi pada masa yang sama memberi juga sayur yang disukai itu. 

Tips anak susah makan sayur #5 Biarkan mereka membuat pilihan sendiri 

Tiap kali nak masak, tanya pada anak sayuran apa yang dia mahukan dan jangan membiar sepi pilihan mereka itu kerana anda mungkin bosan masak sayur yang sama setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setidaknya dia makan juga sayur seperti mana yang anda inginkan.

#6. Ajar anak makan sayur sejak kecil

Sejak pertama kali perkenalkan anak makanan pejal letakkan dalamnya sayuran yang sesuai mengikut umur mereka contohnya puri lobak merah, kacang pis, kentang, brokoli, bayam dan lain-lain.

Dengan cara itu dapat membina minat mereka terhadap sayur-sayuran.

#7. Jangan terlalu paksa mereka makan sayur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Sajian Sedap ID

Apa yang penting adalah anda jangan terlalu memaksa mereka makan sayur hingga marah dan memburukkan kesihatan mereka jika tidak mengamalkannya.

Dengan perbuatan ini juga menambahkan keengganan anak untuk makan sayur. Tentu buat anda bertambah risau, kan?

Semoga artikel ini bermanfaat dan memberi anda motivasi untuk terus didik anak mengamalkan pemakanan yang sihat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6 trik bagaimana Puteri Diana ajar Putera William dan Putera Harry makan sayur