Anak Takut Gelap? Ini 5 Cara Ibu Ayah Boleh Buat Untuk Bantu Atasi Ketakutan Mereka

Anak takut gelap adalah perkara yang normal. Sebagai ibu ayah, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi ketakutan si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah ada anak yang takut gelap? Tak mahu tidur di dalam bilik dengan lampu tertutup kerana takut. Lampu pula hendaklah dipasang sentiasa hingga ke pagi. Adalah perkara biasa dan normal bagi kanak-kanak sekiranya mereka takutkan kegelapan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara mengatasi anak takut gelap

Berdasarkan kajian, kira-kira 73 peratus kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun berdepan situasi takut kepada malam. 

Cara mengatasi anak takut gelap

Seorang profesor psikiatri kanak-kanak, Wendy Silverman yang juga Pengarah Pusat Kajian Kanak-Kanak Yale Program Gangguan Kebimbangan menyatakan,  hampir setiap ibu bapa mempunyai anak yang takut kegelapan terutama apabila berseorangan dalam suasana gelap.

Masalah takut gelap di waktu malam boleh menyebabkan kekurangan tidur,  sekali gus mempengaruhi keupayaan seseorang untuk menumpukan perhatian dan mengingati maklumat. Malah ia turut menyumbang kepada kelemahan sistem imun badan.

Terdapat pelbagai cara bagi mengatasi takutkan gelap dalam kalangan kanak-kanak.

1- Berbual dan dengarkan anak anda

Sebagai ibu dan ayah, mereka mengharapkan rasa ketakutan yang dialami anak-anak ini akan hilang secara semula jadi. Namun pakar menyatakan perkara ini seharusnya diatasi dan ditangani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gifty Ampadu yang juga ahli psikologi di Jabatan Psikiatri Pesakit Luar Kanak-Kanak, Montefiore Health System di Bronx, New York memberitahu, adalah sangat membantu jika ibu bapa ‘menerima dan memahami’ ketakutan anak-anak mereka.  

Beliau mencadangkan supaya menggunakan perkataan seperti, ‘ya ibu faham, ibu tahu awak takut gelap’.

Sementara itu, Pengarah Kanan Untuk Perunding Kognitif dan Tingkah Laku di New York, Rachel Busman menyuarakan keperluan ibu bapa dalam memahami emosi.

Beliau berkata, kadangkala apabila kanak-kanak berasa kecewa, kita berbual panjang mengenai rasa bimbang dan takut mereka. Walaupun ia kelihatan mengikut gerak hati tetapi perbualan yang ringkas dapat membantu mereka seperti, ‘ibu tahu awak takut, ibu ada di sini’.

2- Bantu hadapi ketakutan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam membantu anak menghadapi ketakutan mereka, pendekatan lain yang berkesan ialah menguruskan fobia mereka secara tidak langsung.  Seperti yang diperkatakan Dr Silverman, rasa takut hanya akan bertambah apabila kita mengelakkannya. Beliau menjelaskan, setiap kali kanak-kanak berjaya mengharungi ketakutan, ia akan berkurangan.

Justeru, ibu ayah boleh membantu anak dengan berdepan ketakutan sedikit demi sedikit seperti dengan cara mengurangkan cahaya lampu di bilik tidur atau tambahkan masa tidak menemani anak atau berjauhan jarak dengan mereka. Sehinggalah anak-anak boleh bersendirian dalam gelap sepanjang malam.

3- Jadikan kegelapan itu suatu yang seronok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak mula kurang berasa takut kepada gelap apabila kita memasukkan elemen-elem menyeronokkan. Sebagai contoh hidupkan suasana yang menyeronokkan di dalam bilik tidur seperti meletakkan pelekat comel yang bercahaya di dalam gelap (glow in the dark).

Ibu ayah juga boleh melakukan aktiviti membaca buku cerita di bawah selimut sambil menggunakan lampu suluh. Ia adalah salah satu terapi memberi pendedahan dan menyesuaikan diri kanak-kanak tersebut dengan suasana gelap.

Perkara ini dinyatakan oleh Krystal Lewis yang juga Ahli Psikologi Klinikal dan Penyelidik di Institut Kesihatan Kesihatan Mental di Bethesda, Maryland.

4- Lakukan pendekatan positif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikan anak-anak ganjaran kecil sewaktu mereka cuba mengatasi rasa takut gelap bagi membantu proses tersebut berjalan lebih lancar. Dengan cari ini, mereka akan berasa lebih kuat, mengatasi ketakutan itu dengan kemampuan mereka sambil melakukannya dengan sokongan ibu ayah.

Boleh juga hadiahkan permainan kecil untuk mereka setiap kali anak dapat tidur berseorangan sehingga ke pagi. Selain itu, berikan pujian apabila mereka berjaya melakukannya.

5- Sentiasa bersabar

Jika semua pendekatan tersebut tidak berjaya, ibu ayah boleh mencuba cara lain atau mendapatkan bantuan daripada ahli psikologi bagi mengatasi ketakutan anak-anak.

Mungkin ada pendekatan tidak sesuai untuk anak anda tetapi berguna untuk anak orang lain, begitu juga sebaliknya. Sehubungan itu, penting kepada ibu ayah perlu sentiasa bersabar melakukan pelbagai cara mengatasi perkara tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Aktiviti Yang Membantu Perkembangan Fizikal Bayi Dari Usia 0 Hingga 6 Bulan

Baca juga: Ini 9 Refleks Bayi Baru Lahir Ramai Ibu Tidak Perasan, Tarik Rambut Pun Ya Juga!

Baca juga: Umur 7 Tahun Adalah Waktu Yang Sesuai Didik Anak Berpuasa, Ini Panduan Buat Ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan