TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Kongsi Detik Hitam Lampu Siling Jatuh & Tertusuk Dahi Bayi Berusia 11 Bulan

4 min bacaan
Ibu Kongsi Detik Hitam Lampu Siling Jatuh & Tertusuk Dahi Bayi Berusia 11 Bulan

Lampu pendaflour yang berada dalam keadaan baik di siling ruang tamu boleh terjatuh dan menghempap anak dalam sekelip mata. Ambil iktibar dari kisah ini

Malang tidak berbau, itulah ungkapan apabila seorang ibu berdepan detik cemas ketika sebatang lampu pendaflour telah jatuh dan menghempap bayi perempuannya.

Rata-rata kebanyakan ibu ayah pada hari ini sudah peka dengan childproof di dalam rumah. Siapa sangka meskipun sudah berjaga-jaga, tetap berlaku kemalangan di luar jangkaan.

Baca juga: ”Tubuh Saya Terketar-Ketar, Almari Setinggi 2 Meter Jatuh & Hempap Tubuh Anak Di Depan Mata”

Lampu pendaflour terjatuh dari siling rumah

lampu kalimantang

credit to sources

Mengimbau kembali mimpi ngeri yang berlaku pada Oktober 2017 lalu, Nadiah Hashim berkongsi pada ketika itu anak perempuannya baru berusia 11 bulan.

Kami memang tidur bentang tilam di ruang tamu rumah sewa atas faktor takut anak jatuh katil. Pada petang berkenaan selepas saya siapkan mandikan Hana, lalu membaringkan dia.

Toleh ke belakang sekejap sahaja sebab nak capai baju tidur Hana. Tiba-tiba ada bunyi benda hentam kuat sangat. Jadi saya toleh ke dapur dan fikir agaknya ada lori hentam apa-apa kot.

Namun bila toleh semula ke depan, rupanya casing lampu pendaflour telah menghempap Hana. Kaca habis bersepai di sekelilingnya. Casing lampu tu menjadi bengkok.

lampu pendaflour terjatuh

Sebelum ini lampu tu elok je melekat di siling, takde langsung tanda-tanda nak jatuh. Hana hanya terdiam. Saya terus angkat, terkejut tengok dahi dia ada kaca besar terpacak. Serpihan halus merata kat atas kepala anak, muka dan dalam telinga.

Darah telah keluar macam air. Saya sudah panik menjerit panggil suami. Terus balut Hana pakai tuala sahaja, letak lampin atas kepala dia.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, saya sempatlah mengeluarkan serpihan kaca halus dari telinga, mata dan muka Hana. Sampai di hospital, doktor cuci kepala dan balut dahi.

Kena mula puasa pukul 10 malam sebab esok pagi Hana akan masuk Operation Theatre. Kesian dia sepanjang malam menangis kerana haus inginkan susu. Pada esok harinya ketika dalam OT, saya teman Hana masa doktor berikan gas.

Kemudian doktor meminta saya keluar. Sayu hati seorang ibu melihat anak terkulai pengsan. Bila sudah siap semuanya, hati kembali lega. Doktor menunjukkan kesemua serpihan kaca yang terbenam dalam dahi.

Besar juga. Ada 3 kaca. Alhamdulillah sepanjang recovery tu Hana kuat. Bulan depan masuk umurnya 4 tahun, doakan dia sentiasa sihat ya!

Pengajaran yang saya dapat, usahalah sebaik mungkin untuk mencegah apa-apa kemalangan daripada terjadi. Tapi sekiranya Allah sudah menetapkan takdir tersebut, terpaksa terima dengan hati yang sabar, redha kerana pasti ada hikmahnya.

Kejadian ini membuatkan saya lebih berhati-hati dan menghargai anak-anak kerana entah bila Allah akan mengambil mereka semula. Anak-anak adalah pinjaman daripadaNya.

Langkah pencegahan kemalangan di rumah 

lampu terjatuh atas anak

Proses membesarkan anak-anak yang masih kecil mendatangkan pelbagai perasaan. Sebagai seorang ibu atau ayah, sudah tentu anda berusaha sehabis mungkin dalam menjaga mereka dengan baik.

Ketika bayi sudah pandai merangkak, ia membuka peluang untuk mereka menjelajah setiap ruang di dalam rumah. Justeru beberapa cara ini mungkin dapat membantu mengurangkan sebarang risiko tidak diingini:

#1. Memilih perabot rumah yang sesuai

Meja atau almari yang mempunyai bucu tajam akan meningkatkan risiko luka pada kanak-kanak sekiranya ia terjatuh. Bayi dan kanak-kanak sememangnya aktif dan sukar dikawal, dalam merancang pembelian perabot, kami nasihatkan anda gunakan penutup untuk setiap bucu.

#2. Permainan yang selamat

Anak kecil sememangnya akan belajar banyak perkara melalui permainan. Selain dari memberikan perhatian terhadap jenis alat yang boleh merangsang perkembangan bayi mengikut peringkat umur, aspek keselamatan juga hendaklah diambil kira.

Dalam hal ini, ibu ayah tidak digalakkan membeli permainan yang mempunyai bahagian kecil (kurang 3 cm) yang boleh tanggal kerana ia tidak selamat bagi anak berusia 5 tahun ke bawah.

#3. Keselamatan di bilik air

Jangan biarkan anak berada di dalam bilik mandi seorang diri meskipun hanya sekejap sahaja. Pastikan anda menutup bilik air ketika sudah tidak digunakan. Jika ibu ayah menggunakan sistem air pemanas, pastikan suhu ditetapkan pada 120 º F sahaja untuk mencegah daripada melecur sewaktu mandi.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Sumber: Nadiah Hashim, Kompas Bayi Pintar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi 5 Bulan Ke Atas Sudah Pandai Bergolek, Ibu Sila Waspada Jika Anak Terjatuh Katil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Ibu Kongsi Detik Hitam Lampu Siling Jatuh & Tertusuk Dahi Bayi Berusia 11 Bulan
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham