Kanak-kanak perempuan ini tengok video lucah di sebelah ibunya! Apa ibu bapa harus buat jika jadi begini?

Kanak-kanak perempuan ini tengok video lucah di sebelah ibunya! Apa ibu bapa harus buat jika jadi begini?

Gempar tempoh hari tentang kes anak tengok video lucah "diam-diam" sebelah ibunya sendiri. Daripada anda marah, lebih baik ambil pengajaran dari kes ini.

Anak tengok video lucah di sebelah ibu sendiri!

Siapa di antara ibu bapa di sini yang sudah melihat video tentang seorang anak tengok video lucah di sebelah ibunya sendiri? Atau adakah anda ada juga ternampak share atau rungutan tentang hal ini?

Sebagai ibu bapa, peristiwa anak tengok video lucah, lebih-lebih lagi di sebelah ibu seperti ini pasti amat menakutkan. Rasa risau dan sedih pun bercampur baur.

Mana tidaknya, bagaimana kanak-kanak yang masih muda sebegitu boleh melihat video lucah? Sudahlah di sebelah ibunya sendiri pula itu.

Media sosial memang amat terkejut dan kaget dengan berita ini. Ia tidak berhenti-henti disiarkan di media sosial. 

Berita anak tengok video lucah sebelah ibu

anak tengok video lucah, kanak kanak tengok video lucah, anak tengok porn, kanak kanak tengok porn, anak tengok porno, kanak kanak tengok porno, porno, video lucah, porn, seks, hubungan seks

Dalam video yang tersebar itu, seorang anak perempuan kelihatan sedang memegang telefon bimbit sambil menonton video. 

Kita sangka mungkin ia video kartun atau sebagainya yang sering dilihat oleh kanak-kanak. Rupa-rupanya, apa yang dilihat kanak-kanak itu adalah video seks oral! 

Sengaja kami samarkan muka kanak-kanak terbabit bersama ibunya atas dasar privasi. Dalam video itu, dapat dilihat seorang anak sedang menonton video porno di tempat awam.

Di sebelah anak itu terdapat seorang wanita dewasa yang disyaki sebagai ibunya sendiri. 

Apa yang menyedihkan, ketika anak perempuan itu sibuk melihat video lucah, si ibu tidak memerhati langsung dan tidak mengawasi apa yang dilihat oleh anaknya. Sebab itu kes ini mengundang marah netizen!

Selain marah dengan tindakan si ibu yang langsung tidak menghiraukan anaknya, netizen juga tertanya-tanya bagaimana video lucah terbabit boleh ada di dalam telefon itu.

Adakah ianya dilihat di YouTube? Adakah kanak-kanak itu sudah biasa melihat video terbabit hingga tidak takut untuk membukanya di tempat umum? 

Malah, netizen juga memarahi individu yang asalnya merekod perbuatan anak tengok video lucah sebelah ibu ini. Sepatutnya, si perakam terbabit harus menegur ibu yang ada sebelah anaknya itu.

Si perakam boleh mengingatkan ibu untuk mengawasi anaknya. 

Pengajaran dari kes anak tengok video lucah sebelah ibu sendiri
anak tengok video lucah, kanak kanak tengok video lucah, anak tengok porn, kanak kanak tengok porn, anak tengok porno, kanak kanak tengok porno, porno, video lucah, porn, seks, hubungan seks

Kredit: Daily Mirror

Apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dari kes ini adalah:

  • Ibu bapa harus pantau anak-anak yang bermain gadget. Zaman sekarang, memang kanak-kanak bijak bermain gadget. Kalau tanpa kawalan, entah apa yang mampu diakses mereka. Jadi hati-hati, ya!
  • Jika anak “terkantoi” melihat video lucah, jangan terus memarahi mereka. Sebaliknya, cuba jelaskan apa yang dilihat anak. Contoh hubungan itu hanya boleh dilakukan oleh suami isteri yang sudah berkahwin. Jelaskan juga mengapa kanak-kanak tidak boleh melihat pornografi. Ada kajian membuktikan kanak-kanak boleh mengalami kerosakan otak jika menonton video lucah secara berlebihan. 
  • Jika anak sudah besar dan boleh diajak berbincang, cuba tanya mengapa dia melihat video terbabit. Biasanya, kanak-kanak mungkin masih tidak faham apa yang ditontonnya, jadi dia hanya menonton kerana ingin tahu. 
  • Jangan lupa untuk selitkan nasihat ketika menegur anak yang kantoi tengok video lucah.
  • Jangan berpura-pura melupakan peristiwa seperti ini dengan menganggap anak kecil akan melupakan aksi yang dilihat dalam video tersebut. 
  • Jangan sebar video dengan muka kanak-kanak itu jelas terpapar.
  • Jika anda di tempat si perakam, tegur si ibu perlahan-lahan. Dia mungkin tidak sedar tentang perbuatan anaknya. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

6 Tips Untuk Pastikan Youtube Selamat Buat Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner