Risau Akan Anak Terlalu Kurus? Ikut 5 Tip Mudah Dan Praktikal Daripada Pakar Pediatrik Ini!

undefined

"Berat badan anak adalah dinamik, dan boleh berubah seiring dengan pertumbuhannya." Stepehen R. Daniels. Ikuti nasihat pakar ini untuk galakkan anak makan dan tambah berat badan ideal.

Ramai ibu bapa yang risau apabila anak mereka terlalu kurus, terutamanya jika kedua ibu bapa tersebut bertubuh sihat. Hal ini membuatkan mereka tercari-cari cara menaikkan berat badan bayi.

Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi badan anak terlalu kurus atau gemuk. Contohnya genetik dan selera makan anak itu sendiri.

Stepehen R. Daniels, seorang pakar pediatrik di Children’s Hospital Medical Center Cincinnati menyatakan:

“Berat badan anak adalah dinamik, dan boleh berubah seiring dengan pertumbuhannya.”

Anda perlu risau jika tinggi anak semakin bertambah tetapi tidak beratnya. Ini mungkin disebabkan selera makan yang berkurang.

Tetapi, bukan mudah untuk memaksa anak makan lebih banyak.

Sebelum membuat keputusan untuk memberi nutrisi tambahan kepada anak, dan mencari cara menaikkan berat badan bayi, anda harus memastikan kedudukan berat anak di dalam graf berat badan.

cara menaikkan berat badan bayi

cara menaikkan berat badan bayi

Bincangkan hal ini dengan doktor atau pediatrik dan mereka akan membantu mengira BMI anak anda sama ada seimbang atau terlalu kurus.

Sekiranya anak anda betul-betul dinyatakan terlalu kurus, anda boleh memulakan program menambah nutrisi bagi menaikkan berat badannya.

Cara menaikkan berat badan bayi: 5 tips galakkan anak makan

cara menaikkan berat badan bayi

Kredit: Netmums

Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda lakukan:

  1. Makan secara konsisten. Mempunyai jadual yang teratur boleh membantu menaikkan berat badan secara sihat. Jangan biarkan anak anda terlewat mengikuti jadual makanannya kerana ini boleh menyebabkan dia kehilangan nutrisi penting.
  2. Kuantiti lebih besar. Sediakan bahagian atau saiz hidangan yang lebih besar untuk mereka. Seperti potongan buah yang lebih besar dan susu di dalam gelas yang lebih besar. Jika mereka ingin tambah, galakkan mereka.
  3. Kalori lebih tinggi. Berikan mereka makanan yang lebih tinggi kalori. Ini kerana makanan tinggi kalori boleh mambantu menaikkan berat badan dengan lebih cepat. Anda boleh membaca label untuk mengetahui tentang kalori sesuatu makanan.
  4. Jus dan susu rendah lemak. Biasakan memberi mereka minuman berkalori seperti jus buah dan susu. Ini salah satu cara yang efektif dalam membantu menaikkan berat badan anak.
  5. Kekacang, mentega kacang, avokado dan minyak zaitun. Antara contoh makanan yang mengandungi lemak sihat yang tinggi serta boleh membantu menaikkan berat badan anak.

Harus diingat yang proses menaikkan berat badan anak mesti dilakukan secara berperingkat dan bukanlah di dalam waktu yang singkat.

Info penting semasa menggalakkan anak anda yang terlalu kurus untuk makan

Risau Akan Anak Terlalu Kurus? Ikut 5 Tip Mudah Dan Praktikal Daripada Pakar Pediatrik Ini!

Terdapat beberapa perkara yang harus anda perhatikan:

  1. Tidak memaksa. Memaksa akan membuatkan mereka hilang minat untuk makan. Variasikan makanan dan mereka akan lebih mudah untuk makan.
  2. Perut kecil. Mereka mungkin akan makan di dalam kuantiti yang sedikit kerana saiz perut yang kecil, namun kerap makan. Memberi mereka snek adalah salah satu cara yang baik untuk mereka kerap makan. Berikan snek sihat seperti buah, roti atau kekacang yang penuh dengan nutrien sihat.
  3. Cerewet. Memang ini adalah normal bagi anak-anak kecil. Jadi ibu bapa harus menjadi kreatif menjadikan hidangan nampak lebih menarik untuk mereka. Hiaskan dengan membuat karakter kartun untuk mereka.
  4. Membeli dan memasak makanan. Libatkan mereka di dalam aktiviti membeli belah bahan mentah dan menyediakan makanan. Mereka pasti lebih teruja untuk makan makanan yang mereka sendiri sediakan.
  5. Usah berdebat. Jika anak anda memilih makanan yang ingin dimakannya, asalkan ianya sihat, biarkan mereka memilih makanan mereka. Usah berdebat dan menjatuhkan semangat ingin makan mereka.

Sebenarnya, sekiranya anak anda kelihatan kurus, namun seleranya tetap ada, tidak ada perkara yang anda harus risau.

Teruskan memberi makanan yang seimbang dan sihat kepada mereka. Memberi makan yang berlebihan juga tidak bagus dan boleh membawa masalah kesihatan yang lain.

Pendek kata, semuanya harus berpada-pada. Tidak kurang dan tidak juga lebih.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Sumber: theasianparentindonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Stress Anak Tak Mahu Makan Nasi? Apa Kata Ibu Cuba 6 Tips Bijak Ini, Pasti Berjaya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!