Jangan Biarkan Anak Yang Sudah Bersekolah Tidur Bersama Ibu Ayah, Ia Kesilapan Besar!

Anak tidur sendiri di biliknya jauh lebih baik berbanding mereka tidur bersama dengan ibu ayah. Ini tips mengasingkan tempat tidur mengikut usia si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajar anak tidur sendiri di dalam bilik mereka bukanlah perkara yang mudah, namun tidak mustahil untuk dilakukan. Jika meneliti keadaan pada zaman kini, ramai ibu ayah mengakui anak yang sudah bersekolah rendah masih tidur bersama mereka.

Ada yang memberikan alasan anak takut gelap, enggan tidur sendiri dan akan curi-curi masuk bilik ibu ayah ketika tengah malam meskipun sudah diajar untuk tidur berasingan.

Waktu yang sesuai untuk ajar anak tidur sendiri dan berasingan dari ibu ayah

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh Wan Nur Syakira, sebenarnya untuk mengajar anak tidur sendiri hendaklah pada awal usia mereka lagi.

Ketika si manja berumur 1 hingga 2 tahun, ibu ayah kena fokus untuk sentiasa bercerita pada anak. 'Nanti adik akan ada bilik sendiri dan tilam sendiri'. Tindakan ini secara tidak langsung menjadi persediaan emosi dan mental untuk mereka berpisah tempat tidur.

Manakala, anda digalakkan memisahkan tempat tidur anak ketika usia 3 hingga 4 tahun. Namun jangan terlalu terburu-buru. Ibu ayah mungkin boleh menggunakan bilik yang sama, namun katil dan tilam berbeza. Bukan kongsi.

Ada juga ibu ayah sudah mula mengasingkan tempat tidur anak sejak usia bayi. Ini lagi baik kerana memudahkan kerja pada masa hadapan nanti.

Bukan itu sahaja ketika berada pada usia 3 hingga 4 tahun, si manja juga perlu diajar menggunakan tandas dan bebas lampin sebagai persediaan untuk jadi lebih berdikari.

Teruskan bercerita dan upgrade topik berkenaan perasaan malu, aurat dan privasi.

Ajar anak tidur sendiri agar ada ruang privasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah memasuki usia 5 hingga 6 tahun, ibu ayah sudah boleh menyediakan sebuah bilik untuk anak. Ini kerana mereka mampu berdikari, mandi dan mengenakan pakaian sendiri.

Sekiranya tidak mampu menyediakan sebuah bilik khas untuk anak, sekurang-kurangnya dia ada ruaang privasi untuk bermain, menukar baju dan melakukan kerja sekolah. Biarkan anak tahu bahawa mereka memiliki ruang privasi.

Pada umur 7 tahun, si manja sepatutnya sudah boleh tidur di biliknya sendiri. Jangan biarkan anak yang bersekolah rendah, masih tidur dengan ibu ayah. BIG NO!

Panduan yang sama boleh diaplikasi dalam situasi ketika anak tidur dengan nenek, bapa atau ibu saudara. Pada mulanya, ibu ayah mungkin merasakan bahawa tindakan memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana ia melibatkan proses. Bukannya sekali buat, terus menjadi. Ia memerlukan sedikit masa dan kesabaran dari ibu ayah.

Selain itu, ia sangat berkaitan dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).

Jangan pandang mudah akan perkara ini. Ramai anak yang terlepas melihat perkara yang tidak patut mereka lihat dari ibu ayah hanya kerana tidur satu bilik dan satu tilam dengan anda.

Lebih membimbangkan, mereka juga boleh mengingati dan meniru aksi pasangan suami isteri tanpa mengetahui ia sebenarnya adalah perbuatan yang tidak elok dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips memisahkan tempat tidur anak dengan lebih mudah

  • Pilih katil yang bersesuaian

Bagi membolehkan si manja berasa selesa dengan bilik dan katil barunya, ibu ayah hendaklah memberikan kebebasan untuk anak membuat pilihan warna, selimut atau cadar kegemarannya.

Sekiranya ada anak sama jantina, anda juga boleh mempertimbangkan untuk memasang katil jenis berkembar bagi meningkatkan keterujaan mereka tidur bersama.

  • Buat anak sentiasa rasa selamat

Setiap anak yang sedang membesar pastinya akan memiliki daya imaginasi terlalu tinggi. Sebab itulah mereka sering berasa takut ketika tidur seorang diri, berada dalam keadaan gelap dan membayangkan ada 'sesuatu' di dalam bilik.

Adalah lebih baik untuk anda menemaninya tidur terlebih dahulu atau membacakan buku cerita sehingga dia melelapkan mata. Bukan itu sahaja, ajarkan anak berdoa sebelum tidur agar malaikat sentiasa melindunginya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ikuti rutin seperti biasa

Sekiranya anda mengasingkan anak dalam bilik mereka sendiri, jangan mengabaikan sebarang rutin waktu tidur yang sering dilakukan bersamanya. Ini adalah untuk membantu si manja berasa selesa ketika tidur sendiri.

Sekiranya dia enggan dan meminta ibu ayah menemani, ikuti permintaannya kerana ia mungkin hanya berlaku untuk beberapa hari sahaja.

Sumber: Wan Nur Syakira, Free Malaysia Today

Kredit foto: Freepik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Boleh Curi-Curi Tengok Apa Ibu Ayah 'Buat' Ketika Malam, Sebab Itulah Kena Ajar Tidur Asing!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan