Ini Perbezaan Anak Demam Sebab Anak Tumbuh Gigi Dengan Demam Sebab Sakit Lain

Selain dari tanda-tanda biasa anak tumbuh gigi, kadang-kadang anak akan demam. Apa tanda untuk bezakan ia demam tumbuh gigi atau sebenarnya anak sakit?

Apabila bayi anda masih usia empat ke tujuh bulan, anda mungkin perasan mereka akan lebih fussy, banyak meleleh air liur atau tak berselera makan. Biasanya, ini adalah tanda anak tumbuh gigi. Tapi, tanda yang lebih membimbangkan semasa tempoh ini adalah apabila anak mula demam tumbuh gigi.

Beberapa persoalan yang mungkin anda tertanya-tanya adalah: adakah tumbuh gigi menyebabkan demam atau ia adalah satu perkara yang serius? Macam mana nak tahu? Bila saya perlu risau?

Hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan menjawab persoalan anda. Tapi sebelum itu...

Macam mana nak tahu anak tumbuh gigi atau tak?

Tak semua bayi berkembang dengan cara yang sama, setiap anak mungkin menunjukkan tanda tumbuh gigi yang berbeza.

Beberapa bayi tak menunjukkan apa-apa tanda, ada juga yang terlebih fussy. Bagaimanapun, ini adalah tanda-tanda biasa yang mungkin menunjukkan gigi anak sedang tumbuh:

Jika anda perasan tanda-tanda ini, ini bermakna gigi depan mereka mula hendak tumbuh. Simptom ini biasanya menjadi lebih teruk apabila bayi berusia enam ke 16 bulan.

Macam mana nak tahu kalau anak demam tumbuh gigi atau mereka memang sakit?

Jawapannya mudah: Ia bergantung kepada tahap demam itu sendiri.

Jika suhu badan bayi naik sedikit, kemungkinan besar ia kerana mereka sedang tumbuh gigi, tapi jika demam mereka melebihi 38 darjah celcius, ini bermakna anak anda sakit.

Kenapa bayi tumbuh gigi selalunya akan demam? Kajian dari jurnal Paediatrics menemui beberapa ketidakkonsistenan dalam kajian.

Ada kajian melaporkan demam adalah tanda jelas tumbuh gigi manakala yang lain tak perasan apa-apa.

Menariknya, ada hubungan yang mengaitkan pertumbuhan gigi dan demam. Pengkaji berspekulasi bahawa, stress yang meningkat pada bayi kerana tumbuh gigi boleh menyebabkan sistem imunisasi menjadi semakin lemah dan memudahkan mereka untuk sakit dan demam.

Dalam kesimpulan mereka, pengarang mengatakan normal untuk suhu badan bayi anda naik sedikit semasa mereka tumbuh gigi - tapi ia bukan demam.

Bahaya untuk anda menganggap anak anda demam hanya kerana mereka tumbuh gigi kerana anda mungkin akan tersalah pandang penyakit yang terselindung.

Perkara ini juga boleh kelirukan ibu bapa kerana beberapa tanda biasa tumbuh gigi seperti cepat marah, tak selera makan dan susah tidur ini juga boleh bermakna yang bayi anda sedang sakit.

Mungkin tak mudah untuk anda mengetahuinya dengan sekali pandang, tapi simptom ini mungkin boleh dijadikan tanda amaran:

  • hidung tersumbat dan berair
  • bersin
  • batuk
  • najis berair
  • muntah
  • ruam pada kulit

Ini adalah beberapa tanda yang menunjukkan ke arah sakit, seperti selsema atau perut tak selesa.

Jika anda risau ia boleh menjadi sesuatu yang lebih serius, minta nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

Apa yang boleh saya lakukan jika anak demam tumbuh gigi?

Jika anda dah periksa dengan doktor dan bayi anda sebenarnya tak sakit, hanya tumbuh gigi. Bagaimana anda boleh bantu untuk kurangkan sakit mereka?

Ini adalah panduan ringkas untuk anda:

Letakkan tekanan pada gusi mereka dengan

  • basuh tangan anda dan gosok gusi
  • biarkan anak anda gigit teether yang dah disejukkan (bukan dibekukan!) di dalam peti sejuk.
  • guna kain lembap (yang disejukkan dalam peti sejuk) jika anda tak jumpa teether bayi.

JANGAN…

  • Biarkan teether menjadi terlalu sejuk. Ya, objek sejuk boleh bantu legakan bayi anda - tapi tak jika ia terlalu sejuk. Malah, teether yang beku boleh membahayakan gusi anak anda atau menyebabkan teether bocor.
  • Urut gusi bayi anda dengan gel atau beri mereka makan ubat kerana produk ini mengandungi tumbuhan toksik dan kimia yang boleh membantu untuk lalikan gusi. Kedua bahan ini boleh mengurangkan tahap oksigen dalam darah.

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Seperti yang disebut sebelum ini, jika bayi anda meragam, ia mungkin kerana mereka sakit atau tumbuh gigi.

Bagaimanapun, ini adalah beberapa tanda yang jelas menunjukkan yang anda perlu berjumpa dengan doktor;

Ketika bayi anda tumbuh gigi pertama, mungkin ia bukan tahap kesukaan anda atau bayi anda, tapi jangan lupa yang ia sebahagian dari pertumbuhan dan tak akan kekal selamanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: Jangan panik jika bayi 8 bulan masih belum tumbuh gigi, ini apa anda patut buat

Baca juga:  Menu Dan Tip-Tip Memberi Makan Bayi Apabila Tumbuh Gigi

Baca juga:  Cara Menenangkan Bayi Yang Tumbuh Gigi

Penulis

Nadia Ghafar