TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pasangan Kehilangan Anak Yang Dipelihara Selama 49 tahun, Rupanya Anak Orang Lain!

1 Jul, 2013
Pasangan Kehilangan Anak Yang Dipelihara Selama 49 tahun, Rupanya Anak Orang Lain!

Apa yang akan anda lakukan sekiranya anak anda tiba-tiba hilang? Apa yang boleh anda lakukan bagi memudahkan siasatan pihak polis dan sekaligus meningkatkan kebarangkalian anak anda dijumpai semula? Ikuti kupasannya dalam artikel berikut.

Apa patut anda lakukan bila berlaku kes kehilangan anak?

kehilangan anak anak hilang, penculikan

Pasangan Kehilangan Anak Di Sekolah

“Bang, anak kita tak ada di sekolah, bang. Puas saya cari keliling sekolah dan tanya orang-orang dekat sini, semua kata tak ada nampak”

Zeti sangat panik kerana kelibat anak perempuannya yang berusia 9 tahun itu tidak kelihatan di mana-mana.

Memang sudah menjadi rutin harian bagi Zeti menjemput anaknya itu pulang dari sekolah sekitar jam 1 tengahari. Anaknya, Tasha, akan menunggunya di pondok bas berhampiran pintu pagar sekolah.

Namun hari itu dia agak lewat kerana mesyuarat di pejabat agak berlarutan.

Dan sekarang, Zeti bingung, kesal, sedih, semuanya bercampur-baur…

Kehilangan Anak: Sama Rupa Berbeza Nama

Anak hilang. Satu situasi yang paling digeruni oleh semua yang bergelar ibubapa di dunia ini. Namun inilah yang dialami oleh tidak kurang ramai ibubapa di seluruh dunia.

Di Amerika, satu pasangan terkejut apabila mendapati anak yang dipelihara selama 49 tahun sebenarnya bukan anak mereka!

Dilahirkan di sebuah hospital di Chicago, bayi yang diberi nama Paul Fronczak itu telah diculik. Bayi itu dijumpai kembali selepas 2 tahun oleh pihak polis. Ketika ditemui, bayi yang sudah berumur 2 tahun itu dikenali sebagai Scott McKinley, nama yang diberi oleh rumah anak yatim di mana dia dibesarkan.

Ibubapa sebenar budak itu percaya bahawa ‘Scott’ adalah anak mereka, Paul, berdasarkan rupa bentuk telinganya yang sama seperti mereka lihat ketika bayi itu lahir.

Tetapi sekarang ini mereka sedar yang mereka telah kehilangan Paul…semula.

BERKAIT: How to keep your children safe

Apa Patut Buat Apabila Kehilangan Anak

Panik dan bingung. Ini sudah pasti. Tetapi anda harus bertindak seberapa segera yang boleh sebaik sahaja anda pasti anak anda sudah hilang – sama ada betul-betul hilang atau diculik.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis, dari bulan Januari hingga Oktober tahun 2012, terdapat 109 kes orang hilang berumur 12 tahun dan ke bawah. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana jika dilihat, secara puratanya setiap bulan akan berlaku lebih kurang 10 kes kanak-kanak hilang.

Jadi, apa hendak buat bila anak hilang?

~ Buat laporan polis. Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes kanak-kanak hilang. Beri maklumat terperinci berkenaan anak anda seperti warna baju yang dipakai, bentuk fizikal tubuh, sebarang tanda lahir/parut yang mungkin ada pada badan, perangai anak dan lain-lain yang dirasakan boleh membantu polis membuat siasatan.

~ Sebarkan berita kepada orang ramai. Namun harus diingat bagi kes penculikan, dapatkan nasihat polis sebelum anda menyebarkan berita itu kepada orang ramai atas faktor-faktor keselamatan. Penculik yang tahu jenis kereta dan nombor platnya telah diketahui umum mungkin akan menukar kereta dan ini akan menyukarkan siasatan.

~ Hubungi pihak media seperti televisyen, radio dan suratkhabar bagi meminta bantuan mereka menyebarkan berita kehilangan tersebut.

~ Gunakan semua rangkaian sosial yang ada untuk tarik perhatian lebih ramai orang (termasuk yang di luar negara) berkenaan kes itu.

~ Hadkan kehadiran tetamu di rumah anda dan jangan ubah apa-apa dari bilik anak anda dan sekitar rumah anda sehingga pihak polis datang. Pakaian, barang permainan, buku-buku, kertas-kertas yang terselit di sana-sini di bilik anak anda, malah sampah yang ada di dalam bakul sampahnya juga mungkin boleh membantu pihak polis melakukan siasatan dan mendapatkan petunjuk keberadaan anak anda.

~ Senaraikan nama-nama orang yang mungkin tahu tentang keberadaan anak anda berserta nombor telefon atau alamat yang boleh dihubungi. Serahkan senarai kepada pihak polis.

 BERKAIT: Teach your child about stranger safety

Bersama-samalah kita awasi anak-anak kita dan juga anak-anak orang lain daripada hilang atau diculik. Jadilah ibubapa dan rakyat yang prihatin kerana tidak mustahil kehilangan anak yang berlaku ke atas anak orang lain boleh berlaku ke atas kita.

 

Rujukan:

Kidnapped Baby Returned to Parents Decades Ago Isn’t Their Son After All!

When a child goes missing

A child disappears in UK every three minutes…help us find them

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Faradibah Sudari

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Pasangan Kehilangan Anak Yang Dipelihara Selama 49 tahun, Rupanya Anak Orang Lain!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham