Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

Antibiotik anak perlu diberikan mengikut sukatan ditetapkan doktor bagi mengelakkan kerintangan antibiotik walaupun anak sudah kebah demam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki anak membuatkan anda perlu peka ubatan yang diambil ketika anak sakit terutamanya ubat antibiotik. Fungsi antibiotik untuk merawat anak tidak boleh dibuat main-main. Setiap sukatan ditentukan berdasarkan umur dan kesihatan anak sendiri.

Namun sejauh mana saranan doktor diambil secara serius oleh ibu bapa? Ada pula ibu bapa berpendapat mereka lebih arif tentang tubuh anak mereka sendiri maka saranan pengambilan antibiotik dipandang sebelah mata sahaja.

Apakah Fungsi Antibiotik?

Antibiotik digunakan untuk merawat atau mencegah beberapa jenis jangkitan bakteria. Mereka membunuh bakteria atau menghalangnya daripada membiak dan merebak.

Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan virus. Ini termasuk selesema biasa, selesema, kebanyakan batuk dan sakit tekak.

Antibiotik tidak ditetapkan secara rutin untuk jangkitan bakteria ringan. Ini kerana sistem imun biasanya boleh membersihkannya sendiri.

Bilakah antibiotik digunakan?
Antibiotik boleh digunakan untuk merawat jangkitan bakteria yang:

  • tidak mungkin sembuh tanpa antibiotik
  • boleh menjangkiti orang lain kecuali dirawat
  • boleh mengambil masa terlalu lama untuk dibersihkan tanpa rawatan
  • membawa risiko komplikasi yang lebih serius

Kesan Tidak Habiskan Antibiotik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Itu apa yang terjadi dalam perkongsian seorang doktor. Kisah ini dikongsikan dalam pautan facebooknya. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkhidmat di sebuah klinik dalam bahagian kesihatan dan perubatan telah berdepan dengan situasi yang agak menganggu.

Menurut beliau, situasi ini terjadi apabila sebuah keluarga telah membawa anak mereka berjumpanya. Kanak-kanak tersebut telah pun menerima ubat seperti ditetapkan namun tidak juga sembuh.

Untuk mengetahui situasi terkini lalu beliau bertanyakan perihal si ibu dalam memberikan ubat. Jawapan si ibu amat mengecewakan. Rupa-rupanya si ibu tidak memberikan ubat antibiotik mengikut sukatan ditetapkan doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dia dah tak demam, saya berhentilah ubat. Takut bagi lama sangat, ada side effect pula,” beritahu si ibu.

Tidak Cukup Sukatan Antibiotik Yang Diberi Boleh Memudaratkan

Melalui bicara ibu itu, Dr Kamarul Ariffin berpendapat bahawa si ibu tidak memahami sepenuhnya saranan doktor mengenai sukatan yang telah ditetapkan. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk terangkan dengan lebih lanjut berkaitan antibiotik anak.

Beliau tegaskan bahawa antiobik perlu diambil mengikut sukatan yang telah ditetapkan doktor bertugas. Malah, biar pun dalam dua, tiga hari kemudiannya anak sudah kebah demam namun antibiotik tetap perlu dihabiskan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan antibiotik tanpa skala yang betul akan menyebabkan kerintangan antibiotik. Kerintangan antibiotik ini amat perlu dielakkan dan ia akan berikan kesan yang buruk untuk kesihatan. Disebabkan itulah anak mereka masih tidak sembuh walaupun sudah diberikan ubat.

Penerangan beliau terhadap si ibu agak terganggu dengan respon bapa yang defensif. Dia hanya menunding jari kepada isterinya. Si bapa telah meletakkan kesalahan di bahu si ibu.

“Kalau dah tahu isteri tak beri, kenapa awak tak tolong beri? Kan benda ni tanggungjawab bersama,” ujar Dr Kamarul Ariffin kepada si suami.

Menjaga anak bukanlah mudah. Ia memerlukan tindakan yang membantu dari pasangan. Ibu dan bapa perlu lebih peka dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Semoga bermanfaat!

Kredit gambar: athirahassin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sup Antibiotik Ini Boleh Turunkan Suhu Demam Anak & Cairkan Kahak, Cukup Mudah Untuk Ibu Cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan

Baca juga: Benarkah Madu Mampu Merawat Batuk Lebih Baik Daripada Antibiotik? Kelebihan Madu Ini Cukup Hebat - Menurut Doktor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ain Yusof