Apa Itu Keto Diet? Adakah Keto Diet Selamat Untuk Ibu Hamil? Kami Huraikannya

Apa itu keto diet? Untuk rekod, diet dengan prinsip rendah karbohidrat atau diet menurunkan berat badan tidak boleh dilakukan oleh ibu hamil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu keto diet? Untuk pengetahuan umum, diet ini dinamakan atau lebih dikenali sebagai diet keto ataupun ‘Ketogenik’. Ini kerana badan anda akan menghasilkan molekul bahan bakar tenaga yang kecil iaitu ‘Ketone’.

Ia bertindak sebagai bahan bakar alternatif kepada tubuh badan anda ketika anda kekurangan gula (glukosa) di dalam darah.

Diet keto ini juga terkenal dengan corak pemakanan yang dijalankan dengan melaksanakan diet rendah karbohidrat dan tinggi lemak. Keto diet ini dianggap mampu untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Apa Itu Keto Diet?

Diet keto adalah hampir serupa dengan diet Atkins dan diet rendah karbohidrat kerana ia dilakukan dengan mengurangkan penggunaan karbohidrat dan meningkatkan pengambilan lemak.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa diet keto ini juga boleh menjadi bahaya kerana disyaki akan memudaratkan kesihatan jika tidak dilakukan dengan cara yang betul. 

Matlamat mengambil jumlah lemak yang tinggi pada diet keto adalah untuk badan mencapai keadaan ketosis. Dalam keadaan ini, badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga utama. Lemak juga akan ditukar menjadi keton dalam hati, jadi ia boleh memberi tenaga untuk otak.

Ketosis sebenarnya adalah keadaan ketoasidosis yang ringan, iaitu keadaan berbahaya yang dialami oleh ramai penghidap diabetes jenis 1.

Walaupun masih terdapat banyak kebaikan dan keburukan, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa diet keto diklasifikasikan sebagai selamat dan berkesan, terutamanya untuk orang yang berlebihan berat badan atau obesiti.

Walau bagaimanapun, faedah dan kesan diet keto terhadap badan masih dikaji sehingga kini.

Adakah Keto Diet Selamat Untuk Ibu Hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang pakar dalam pemakanan kanak-kanak, Sasa Watkins, menjelaskan bahawa diet dengan prinsip rendah karbohidrat atau diet yang bertujuan menurunkan berat badan tidak boleh dilakukan oleh wanita yang sedang berbadan dua.

Melakukan diet rendah karbohidrat semasa hamil boleh menjejaskan berat badan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Dengan mengehadkan diri daripada karbohidrat, janin tidak mendapat nutrisi yang optimum.

Diet keto yang berprinsip rendah karbohidrat akan membuatkan badan ibu membakar protein dan lemak untuk dijadikan tenaga.

Selain tenaga, bahan keton juga dihasilkan dalam proses tersebut. Bahan keton ibu boleh bergerak dan memasuki badan janin dan berisiko menyebabkan gejala ketosis.

Untuk orang dewasa, apabila badan berada dalam ketosis, pelbagai gejala akan timbul, bermula dari pening, lemah, dan senak. Jadi jika keton ini memasuki janin, mungkin ada kesan sampingan yang juga akan berlaku.

Diet keto juga cenderung tinggi lemak, dan pastinya mengehadkan jumlah buah-buahan, sayur-sayuran dan serat. Walhal makanan ini diperlukan oleh ibu hamil walaupun dalam kuantiti yang lebih besar berbanding sebelum hamil.

Menu Diet Simple Untuk Ibu Hamil

Kami faham, apabila sedang hamil dan menginjak ke trimester ketiga, ibu-ibu pasti sudah berfikiran untuk menjaga pemakanan oleh kerana melihat berat badan naik dengan mendadak, bukan? Tak mengapa, ibu-ibu. Ia adalah normal.

Walau bagaimanapun, para wanita boleh mengamalkan diet khusus untuk menu diet ibu hamil bagi memastikan anda sentiasa mendapat tenaga yang mencukupi sebelum bersalin. Seterusnya, bayi di dalam kandungan juga dapat memperolehi kesemua nutrisi yang penting diperlukan ketika dalam trimester ketiga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, di bawah ini kami menyediakan beberapa menu diet seminggu untuk ibu hamil yang simple, terutamanya pada trimester ketiga kehamilan.

#1. Apa Itu Keto Diet: Menu Diet Ibu Hamil – Buah-buahan.

Anda boleh amalkan buah-buahan seperti kiwi, strawberi, tembikai dan betik yang sangat kaya dengan Vitamin C dan serat.  Ini kerana, Vitamin C yang terkandung dalam buah-buahan membantu tubuh menyerap zat besi dari makanan dan menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap segar serta berperanan dalam membantu plasenta berkembang dan bekerja dengan lebih baik.

#2. Apa Itu Keto Diet: Menu Diet Ibu Hamil – Minum Air Kosong.

Masalah sembelit sering terjadi pada trimester ini, maka para ibu hamil digalakkan untuk minum lebih banyak air dan mengambil makanan yang berserat supaya dapat mengurangkan risiko sembelit.  Selain itu, lakukan olahraga ringan seperti berjalan dan berenang.

#3. Apa Itu Keto Diet: Menu Diet Ibu Hamil – Kekacang.

Anda boleh mengambil kekacang ini untuk sarapan pagi yang boleh membantu tambahan tenaga setiap hari.

#4. Apa Itu Keto Diet: Menu Diet Ibu Hamil – Ikan Salmon.

Perkembangan otak bayi dalam kandungan ketika trimester ketiga adalah sebab kenapa ia sangat penting jadi untuk mendapatkan sumber yang cukup. Ibu hamil boleh mengamalkan pengambilan ikan salmon yang kaya dengan lemak omega-3 dan DHA yang penting untuk perkembangan sistem saraf bayi.

Namun begitu, ibu tidak boleh mengambil secara berlebihan dan perlu dimasak dengan cukup sempurna.

#5. Apa Itu Keto Diet: Menu Diet Ibu Hamil – Telur.

Telur mempunyai sumber kolin yang dapat membantu fungsi sel dan perkembangan bayi yang cepat. Malah, ia juga membantu perkembangan memori dan mengurangkan risiko gangguan ginjal dan pankreas. Caranya, ibu hamil boleh mengamalkan telur rebus sebagai menu untuk sarapan pagi. Sedap pun sedap!

#6. Apa Itu Keto Diet: Menu Diet Ibu Hamil – Buah Betik.

Betik dapat mencegah pedih ulu hati selama berada di trimester ketiga kerana ia kaya dengan sumber Vitamin C, serat, potasium dan folat. Namun, ibu hamil harus menghindari daripada mengambil betik muda kerana ia boleh menyebabkan risiko pada kandungan.

#7. Menu Diet Ibu Hamil – Smoothies Hijau.

Smoothies hijau juga kaya dengan sumber serat, kalsium, Vitamin B6, magnesium dan kalium yang bagus diamalkan ketika di trimester ketiga. Antara smoothies yang boleh dibuat seperti campurkan sayur bayam dengan ais yang tentu memberi kesegaran pada tubuh anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Menu Diet Ibu Hamil – Produk Susu.

Ketika di trimester ketiga, ibu sangat memerlukan kalsium yang sangat tinggi dan perlu mendapatkan produk susu bagi membantu menambah kalsium dalam tubuh.

#9. Menu Diet Ibu Hamil – Sumber Zat Besi.

Antara makanan yang kaya dengan sumber zat besi seperti brokoli dan daging tanpa lemak. Zat besi ini penting supaya dapat meningkatkan penghasilan darah kepada plasenta selama di trimester ketiga.

#10. Menu Diet Ibu Hamil – Sumber Asid Folik.

Asid folic dapat mencegah cacat saraf pada bayi yang sedang berkembang dalam kandungan. Jadi, ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan yang mempunyai sumber asid folic seperti roti, kekacang dan sayuran berdaun hijau seperti bayam yang sangat bagus untuk kandungan dikala berada di trimester ketiga.

Keburukan Diet Keto Untuk Ibu Hamil

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal BMC Pregnancy and Childbirth pada tahun 2013 menjelaskan bahawa diet keto boleh menjejaskan perkembangan embrio. Diet keto menyebabkan gangguan fungsi organ dan berpotensi mengubah tingkah laku kanak-kanak selepas lahir.

Penyelidikan mengenai diet keto semasa kehamilan pada manusia adalah sukar dan berisiko, jadi kebanyakan kajian dilakukan ke atas tikus. Kajian ini menganalisis bagaimana keadaan embrio tikus pada tikus yang diberi diet tinggi lemak dan diet standard.

Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan dalam saiz embrio dan saiz organ di dalamnya. Perbezaan saiz daripada saiz yang sepatutnya berpotensi menjejaskan fungsi organ-organ ini.

Diet keto menghasilkan jantung janin tikus yang lebih besar, tetapi otak, farinks, saraf tunjang, hipotalamus, otak tengah dan hati yang lebih kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tikus yang diberi diet tinggi lemak mengalami peningkatan bilangan keton dalam badan mereka. Keton ini adalah sumber tenaga utama untuk janin tikus untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Perbezaan sumber tenaga ini menyebabkan saiz organ tikus berbeza daripada yang sepatutnya.

Risiko Diet Untuk Ibu Hamil

Berikut adalah beberapa risiko yang boleh berlaku jika anda menjalani diet dalam jangka panjang:

  • Kekurangan pengambilan karbohidrat yang sihat, seperti daripada buah-buahan, bijirin penuh, kacang, biji, dan sayur-sayuran yang kaya dengan karbohidrat.
  • Kehilangan manfaat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • Gangguan buah pinggang, apabila pengambilan protein melebihi bahagian yang disyorkan secara berterusan dalam jangka panjang.
  • Ketoasidosis.

Untuk diet keto pula, jika anda tidak mengandung, sila ambil perhatian bahawa semasa menjalani diet keto, pada mulanya anda mungkin mengalami beberapa keadaan iaitu dikenali sebagai “keto-flu” ini berlaku semasa proses penyesuaian badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara keadaan yang mungkin timbul ialah:

  • Badan terasa lemah.
  • Gugup.
  • Sukar untuk tidur.
  • Loya.
  • Kelaparan.
  • Sukar untuk fokus.

Apa pun, perlu diingatkan bahawa ibu hamil disarankan untuk sentiasa menjaga apa jua pemakanan yang masuk ke dalam badan anda untuk memastikan bahawa ianya juga dapat memberikan khasiat yang diperlukan buat bayi dalam kandungan.

Ingat ya, tiada jalan pintas untuk kurus dan sihat. Anda hanya perlu mengamalkan gaya hiduo sihat, selain makan dengan pelan makanan yang seimbang.

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat

Baca juga: 9 Faktor Kenapa Trimester Ketiga Kehamilan Akan Jadi Saat Paling Sukar, Bertabahlah Ibu!

Baca juga: Jangan ikut 5 trend diet selebriti ini, ia BERBAHAYA untuk kesihatan!

Penulis

Murns A.