Apa Itu Waxing & Adakah Ia Selamat Untuk Wanita Hamil?

Apa itu waxing dan adakah ia selamat untuk ibu hamil? Waxing adalah cara untuk membuang bulu pada tubuh termasuklah bulu kemaluan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu waxing? Waxing ialah cara alternatif untuk membuang bulu pada tubuh, tetapi pasti anda tertanya-tanya adakah ia selamat untuk wanita hamil?

Selain bercukur kini lebih ramai wanita lebih gemar untuk menyingkirkan bulu badan dengan waxing iaitu kaedah menggunakan lilin panas yang disapu pada bulu badan. 

Sememangnya banyak kedai menawarkan khidmat waxing pelbagai jenis. Sejauh manakah ia selamat untuk wanita hamil? Dan bagaimana pula untuk ibu yang baru selepas bersalin? Bolehkah mereka melakukan waxing?

Apa Itu Waxing ?

Waxing adalah salah satu teknik atau cara menghilangkan bulu dalam jumlah banyak dengan mencabutnya menggunakan cairan lilin khusus atau gula karamel yang telah dipanaskan.

Bahan untuk waxing yang disebut wax terlebih dulu akan disapukan pada permukaan kulit berbulu. Selepas itu biasanya akan diletakkan kain kasa di atasnya dan kain berkenaan akan ditarik melawan arah tumbuhnya bulu sehingga bulu tercabut sampai ke akarnya. 

Biasanya waxing akan dilakukan di bahagian:

  • lengan
  • punggung
  • perut
  • kemaluan (brazilan waxing)
  • Celah kangkang (bikini waxing) 
  • betis dan paha,
  • wajah, misai, janggut, bulu kening 

Adakah Waxing Selamat Dilakukan Ketika Hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun waxing adalah cara selamat untuk membuang bulu di badan, tetapi ada yang mengatakan ia bukanlah yang terbaik dilakukan ketika anda hamil. Namun, ia masih selamat cuma perlu berwaspada dengan beberapa perkara. 

Kulit anda mungkin lebih sensitif terutama pada perut dan kaki ketika anda hamil. Perubahan hormon dalam badan yang berlaku ketika anda mengandung menjadikan kulit anda lebih gatal dan mudah terdedah kepada iritasi dan kerengsaan. 

Aliran darah juga akan bertambah ketika hamil terutama di kawasan kemaluan. Ini mungkin akan menyebabkan anda rasa lebih tidak selesa apabila pertumbuhan bulu berlaku. Pertumbuhan bulu ketika ini akan menyebabkan anda rasa lebih gatal daripada biasa kerana kulit anda semakin sensitif.

Perkara Perlu Waspada Jika Waxing Ketika Hamil

Semasa kehamilan, bulu akan tumbuh lebih cepat dan kelihatan lebih tebal daripada biasa disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika mahu membuang bulu-bulu ini, waxing antara cara selamat dan baik semasa kehamilan. Namun sudah pasti ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada ibu hamil dan anak dalam kandungannya.

Jika anda ingin waxing dicadangkan supaya beritahu pakar estetik atau mereka yang melakukan prosedur waxing ke atas anda bahawa anda sedang hamil supaya mereka tahu dan perlu lebih teliti. 

Jika anda mengalami melasma atau topeng kehamilan di mana-mana bahagian badan, anda dinasihatkan untuk mengelakkan waxing.

Melasma adalah keadaan yang menyebabkan tompok coklat atau kelabu pada kulit yang biasanya terbentuk pada muka wanita hamil. Wanita yang mempunyai melasma biasanya diberitahu untuk mengelak daripada waxing kawasan tersebut kerana ia boleh mendatangkan kerengsaan menyebabkan melasma menjadi lebih teruk.

Jenis-Jenis Wax Ibu Hamil Boleh Cuba

Semua orag akan ditumbuhi bulu. Namun ada yang jenis berbulu lebat dan ada yang sebaliknya. Kebiasaannya bulu kemaluan boleh tumbuh sedikit ke bawah di bahagian peha atau celah kelangkang anda yang mana jika memakai bikini, pakaian mandi atau seluar dalam ia akan terkeluar sedikit.

Kadangkala ia akan tumbuh menegak ke atas ke arah pusat anda. Jadi anda boleh pilih mahukan waxing mengikut keperluan anda berdasarkan khidmat yang disediakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pelbagai jenis waxing yang biasa ditawarkan. Namun dua yang paling popular adalah:

  • Bikini waxing – Waxing jenis ini akan menghilangkan rambut di sepanjang tepi garis bikini anda, di sepanjang paha anda dan di bawah pusat anda. 
  • Brazilian waxing – Kaedah waxing ini menghilangkan semua bulu kemaluan — di atas, di belakang dan di sekeliling setiap sudut. Bergantung pada tempat anda pergi, waxer anda mungkin menggunakan jenis lilin yang berbeza (panas dan sejuk). Tetapi semua lilin berfungsi dengan melekat pada rambut supaya ia boleh dicabut hingga akarnya. 

Kenapa ramai memilih brazilian wax?

Sekiranya bikini waxing ia hanya di sekeliling celah kangkang anda, jadi kurang berisiko. Tiada sebarang masalah pun dengan Brazilian waxing, namun disebabkan ada hamil dan kulit menjadi lebih sensitif ketika ini.

Ada beberapa perkara mengenai brazilian waxing yang ibu hamil patut ambil tahu sebelum wax bulu ari-ari atau wax bulu kemaluan.

  • Kurang kerengsaan: Jika anda membuat persediaan dengan baik, waxing mungkin kurang berkemungkinan daripada bercukur yang menyebabkan ruam dan benjolan.
  • Tahan lama: Lilin menarik rambut keluar dari akar, jadi kulit kemaluan anda akan kekal licin lebih lama daripada anda mencukur menggunakan. Brazilian wx memastikan anda bebas rambut selama tiga atau empat minggu.
  • Kurang bulu untuk jangka masa panjang: Jika anda melakukan wax berulang kali, bulu selalunya mula tumbuh kembali dengan lebih lembut dan nipis. Lama kelamaan, waxing akan menjadi lebih mudah dan kurang menyakitkan.

Namun ada beberapa perkara yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan selepas anda menggunakan kaedah brazilian wax:

  • Sakit: Kali pertama anda lakukannya mungkin lebih sakit berbanding seterusnya
  • Ruam: Ia adalah perkara biasa untuk mengalami benjolan dan kemerahan, terutamanya selepas waxing. Ini adalah sementara.
  • Kegatalan: Kulit anda yang disapu lilin mungkin berasa gatal. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak menggarunya.
  • Vulvodynia: Walaupun ia bukan perkara biasa, penyelidikan menunjukkan bahawa membuang bulu kemaluan meningkatkan risiko mendapat vulvodynia, sakit kronik vulva.

Kelebihan Waxing Untuk Ibu Hamil

Seperti yang anda ketahui, disebabkan perubahan hormon, bulu akan lebih banyak tumbuh ketika anda hamil. Jadi dengan waxing akan membuatkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Waxing akan membuatkan bulu tumbuh lebih lambat jika dibandingkan dengan mencukur.
  • Teknik cabutan ini akan mencabut bulu sehingga ke akarnya yang menyebabkan bulu akan lebih lambat tumbuh.
  • Selepas waxing, bulu baru biasanya tumbuh dalam waktu dua atau tiga minggu dan pertumbuhan bulu dikatakan akan berkurang secara kekal. Sebagai wanita hamil yang perut semakin membesar dan semakin sukar untuk anda mencukur bulu terutama di kemaluan, waxing adalah salah satu cara yang patut anda pertimbangkan.
  • Waxing juga akan menyebabkan sel kulit mati tertarik sekali ketika proses itu dilakukan sekaligus akan membuatkan kulit di bahagian yang di waxing lebih bersih, cerah dan mulus. 
  • Ia boleh menjangkau kawasan yang sukar. 
  • Proses sekejap dan tidak perlu menunggu terlalu lama.

Persiapan Sebelum Waxing

Mereka yang berpengalaman berkongsi tips sebelum waxing supaya anda tidak rasa sakit dan mengurangkan rasa tidak selesa. Antaranya termasuklah:

#1. Pastikan panjang bulu sesuai

Sebelum waxing, pastikan panjang buku yang ingin dicabut sekitar 0.5–2 cm. Jika terlalu panjang, ada boleh mengguntingnya dan jika terlalu pendek, wax susah untuk melekat ddan bulu tidak boleh tercabut. 

#2. Elak krim retinoid

Penggunaan produk perawatan kulit yang mengandungi bahan retinoid memang baik untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan, namun ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit. 

Jika anda menggunakan krim ini, risiko iritasi pada kulit akan meningkat apabila bulu-bulu dicabut. Oleh itu, jika ingin melakukan waxing anda dinasihatkan untuk menghentikan sementara pemakaian krim retinoid dalam dua hingga lima hari. 

#3. Kurangkan rasa sakit

Setiap orang mempunyai ketahanan sakit yang berbeza. Jadi bergantung kepada toleransi anda terhadap kesakitan. Ada juga yang mencadangkan untuk makan ubat tahan sakit sebelum prosedur.

Namun haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. 

#4. Bersihkan kawasan waxing

Sebelum waxing, pastikan anda mandi terlebih dulu. Anda juga boleh exfoliate kulit untuk membuang sel mati. Selain itu pastikan juga kulit anda sentiasa kering bagi memudahkan bulu dicabut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Pastikan kulit sihat, dalam keadaan baik

Melakukan waxing akan menyebabkan trauma kecil kepada kulit. Jadi elakkan waxing sekiranya kulit anda sedang sunburn, mengalami iritasi, ada luka kecil atau besar dan juga anda memilik penyakit kulit yang lain. 

Penjagaan Selepas Waxing

Selepas proses waxing dilakukan, tidak kisah pada bahagian badan yang mana pun, anda dinasihatkan menjaganya dengan teliti. Kerana bahagian kulit setelah waxing adalah sangat sensitif dan mudah rengsa sekiranya tak dijaga. Antara penjagaan yang perlu dilakukan adalah:

  • Elak mandi air panas
  • Elak sapuan krim yang kuat kandungan bahan kimia seperti retinoid dan asid dan sebagainya
  • Elakkan dari terus mandi di kolam renang, khuatir kandungan klorin boleh merengsakan kulit
  • Sapukan losen ringan, seeloknya yang khusus untuk kulit sensitif

Semoga artikel tentang apa itu waxing menjawab semua persoalan anda, lagi-lagi sekiranya anda sedang menunggu masa sahaja sebelum bayi tiba.

  1. American Academy of Dermatology Association (n.d). Hair Removal : How To Wax. www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/hair/how-to-wax
  2. Cleveland Clinic (November 11, 2021). What You Should Know About Getting a Brazilian Wax. health.clevelandclinic.org/what-is-a-brazilian-wax/#:~:text=A%20bikini%20wax%20removes%20hair,(both%20hot%20and%20cold).
  3. thewaxing.co (n.d). Is It Safe to Get a Brazilian Wax During Pregnancy?. www.thewaxingco.com/is-it-safe-to-get-a-brazilian-wax-during-pregnancy/
  4. American Academy of Dermatology Association (n.d). Melasma: Self Care. www.aad.org/public/diseases/a-z/melasma-self-care

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!

Baca juga: Mencukur Bulu Kemaluan Bila Tiba Waktu Nak Bersalin, Ini Yang Bakal Ibu WAJIB Tahu

Baca juga:  5 Manfaat Bulu Kemaluan Untuk Kesihatan Yang Anda TAK TAHU Selama Ini

Penulis

Lala Annuar