Pakar Kongsi Apa Yang Perlu Ibu Buat Bila Anak Kena Sawan, Yang Penting Jangan Panik

Apa perlu buat jika anak sawan sering menjadi persoalan ibu. Ia selalunya tidak begitu membahayakan dan si manja boleh sembuh sepenuhnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan panik dan bertenang jika anak anda mengalami sawan atau febrile convulsions. Itu nasihat seorang paramedik dari Australia ini sekiranya anda berdepan dengan situasi tersebut. Jadi, apa yang perlu buat jika anak alami sawan?

Menerusi perkongsian video di TikTok tinyheartseducation, wanita ini memberi panduan kepada ibu dan ayah jika anak anda mengalami sawan. Ikuti nasihat daripada beliau.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apa perlu buat jika anak sawan? Bertenang dan jangan panik 
  • Elakkan beri makan dan minum

Apa perlu buat jika anak sawan? Bertenang dan jangan panik 

Berdasarkan hantaran video itu, paramedik ini memberitahu, bayi atau kanak-kanak mengalami sawan atau febrile convulsions apabila suhu badan mereka meningkat secara tiba-tiba. Namun ia tidak berbahaya biarpun kelihatan menakutkan.

“Sebagai paramedik, saya selalu berdepan dengan tugasan sebegini. Jika bayi anda mengalami sawan, anda perlu bertenang.

“Ingat bahawa kebiasaannya ia sekejap dan tidak mendatangkan kesan jangka panjang,” katanya menerusi hantaran video tersebut.

Beliau memberitahu, letakkan bayi atau kanak-kanak di tempat yang lembut bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Seterusnya ambil tempoh masa bayi atau kanak-kanak anda mengalami sawan dan rakam situasi tersebut.

Elakkan beri makan dan minum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masa sama, paramedik tersebut turut menasihatkan supaya ibu dan ayah mengelakkan memberi sebarang makanan dan minuman kepada bayi atau kanak-kanak yang mengalami sawan.

“Elakkan daripada memberi air atau sebarang benda ke mulut. Selepas mengalami sawan, ambil suhu bayi dan bersama mereka serta lakukan pemantauan,” katanya.

Ibu dan ayah hendaklah untuk menghubungi ambulans sekiranya anak mengalami sawan lebih daripada 5 minit, jika si manja kelihatan sakit, jika ia sawan yang pertama kali atau sekiranya anak mengalami tanda dan simptom lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ingat sawan ini tidak menyebabkan kesan jangka panjang dan ia biasa dialami bayi berusia 6 bulan hingga kanak-kanak berusia 5 tahun,” ujarnya.

Demikian perkongsian daripada paramedik tersebut, semoga ia memberi manfaat dan panduan kepada ibu dan ayah jika berdepan situasi anak sawan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah, Jangan Biarkan Demam Anak Berlanjutan! Elak Risiko Sawan dengan Dengan Ubat Demam Kanak-Kanak

Baca juga:  Bayi Lelaki Disahkan Hidap Sawan Gen CACNA1E, Penyakit ‘Rare’ & Terpencil Di Dunia

Baca juga:  Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan