X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mata Kerap Kabur Ketika Hamil, Jangan Ambil Mudah, Anda Berisiko Diserang Sawan!

4 min bacaan
Mata Kerap Kabur Ketika Hamil, Jangan Ambil Mudah, Anda Berisiko Diserang Sawan!

Adakah anda pernah alami mata kabur ketika sedang hamil ini? Jika terlalu kerap, lebih baik rujuk doktor segera bagi elakkan diserang sawan!

Ketika hamil, macam-macam perkara ibu perlu peka. Mata kabur pun jadi satu perkara yang perlu diambil perhatian. 

Walaupun nampak remeh, mata kabur juga adalah salah satu tanda bahaya jika ia sering berlaku dan diambil mudah oleh ibu hamil. 

Bukan mahu menakutkan ibu hamil, tetapi lebih baik jika anda berwaspada dan bersedia bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku yang boleh memberi kesan kepada ibu mengandung dan juga bayi dalam kandungan.

Baca juga: Jika anda ada darah tinggi, ini 6 makanan yang patut anda makan

Mata kabur ketika hamil, salah satu tanda bahaya perlu diberi perhatian

Mata kabur

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi, Hospital Columbia Asia, Seremban, Dr Norintan Zainal Shah, mata kabur adalah simptom pre-eklampsia.

Simptom-simptom atau gejala-gejala pre-eklampsia boleh berlaku sebelum tekanan darah melonjak tinggi yang mana jika anda mengalaminya, pergi ke hospital dengan segera.

Antara gejala lain termasuklah:

  • Sakit kepala atau migrain
  • Pening
  • Loya
  • Sakit ulu hati/ gastrik
  • Mata kabur
  • Muntah

Jadi disebabkan itulah pentingnya anda peka kepada sebarang perubahan diri yang berlaku ketika mengandung.

Sawan boleh berlaku jika tekanan darah terlalu tinggi

Mata kabur

Sawan boleh berlaku pada wanita hamil. Ia disebabkan oleh masalah epilepsi, jangkitan di bahagian otak (encephalitis) dan ketumbuhan (tumor) di otak tetapi sebab utama berlakunya sawan ketika hamil adalah eklampsia.

Sawan eklampsia ini adalah satu kes kecemasan yang mana ia membahayakan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Ia berlaku secara tiba-tiba dan jarang sekali dapat diramalkan kejadiannya.

Apabila kecemasan sebegini berlaku di hospital, semua doktor pakar perbidanan, kecemasan, bius dan staf yang ada diperlukan dan akan bekerjasama melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan ibu yang mengalami sawan.

Disebabkan itu jangan tunggu lagi jika ada tanda kerana cuba bayangkan sawan berlaku di rumah. Bagaimana anda mahu menghadapinya seorang diri? 

Bagaimana sawan berlaku?

Ia biasanya berlaku kerana masalah tekanan darah tinggi kepada wanita mengandung. Jika ibu hamil itu memang sedia ada darah tinggi, risiko diserang eklampsia juga lebih tinggi.

Disebabkan itu, setiap kali rutin pemeriksaan setiap bulan, tekanan darah ibu mengandung adalah sesuatu yang diambil perhatian oleh doktor.

Dr Intan juga menasihatkan wanita mengandung supaya tidak mengeluh apabila bacaan tekanan darah mereka rendah dan beliau menasihatkan supaya tidak risau kerana bacaan tekanan rendah adalah perubahan normal sewaktu hamil.

Bacaan ini akan naik semua ke tahap tekanan darah normal selepas kehamilan merentasi minggu yang ke-20. 

Ketika tekanan darah tinggi, apa yang berlaku?

Mata kabur

Ketika ibu hamil mengalami tekanan darah yang tinggi, protein di dalam air kencing perlu diperiksa misalnya dengan menggunakan dipstik, jika ia 1+ atau lebih, keadaan ini dinamakan sebagai pre-eklampsia iatu keadaan sebelum berlakunya eklampsia.

Mengapa rawatan segera diperlukan dalam kes darah tiba-tiba naik tinggi atau pre-eklampsia? Ia kerana menyelamatkan nyawa ibu yang hamil tadi dan mengelakkan dari berlakunya sawan atau eklampsia.

Bacaan tekanan darah semakin tinggi sewaktu pre-eklampsia dan eklampsia dipercayai menyebabkan otak membengkak dan seterusnya mencetuskan sawan atau eklampsia pada ibu yang hamil itu.

Apakah kesan jika sawan berlaku?

Jika eklampsia berlaku, ibu akan menerima rawatan resusitasi dan ubat dimulakan untuk eklampsia dan darah tinggi. Setelah stabil, bayi akan dilahirkan walaupun usia bayi belum matang lagi.

Eklampsia adalah sawan yang berlaku hanya ketika wanita itu hamil. Bayi dan uri dalam kandungan adalah penyebabnya.

Untuk merawat dan menyelamatkan wanita tadi, ‘penyebab’ eklampsia perlu ‘dilahirkan’. Kebanyakan kes eklampsia akan semakin pulih selepas kelahiran bayi tetapi ada juga kes-kes yang kritikal dan tidak pulih, malah meninggal dunia akibat eklampsia.

Ini adalah kerana eklampsia boleh menyebabkan komplikasi yang serius di dalam pelbagai organ seperti:

  • Pendarahan di otak / strok
  • Pendarahan yang tidak berhenti/ DIVC
  • Pendarahan di hati dan ginjal
  • Masalah paru-paru berair
  • Masalah jantung / kegagalan jantung
  • Koma
  • Meninggal dunia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber:Dr Norintan Zainal Shah, 

Baca juga: 11 Makanan Ini Bantu Ibu Hamil Tambah Darah, Bolehlah Ibu Cegah Anemia!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Mata Kerap Kabur Ketika Hamil, Jangan Ambil Mudah, Anda Berisiko Diserang Sawan!
Kongsikan:
  • Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

    Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

  • Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

    Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

    Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

  • Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

    Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.