Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memaksa kerajaan untuk menutup sesi persekolahan harian dan proses pembelajaran dilakukan sepenuhnya secara atas talian. Justeru ada beberapa aplikasi Google yang baru dibangunkan bagi membantu memudahkan urusan ibu ayah dan anak-anak ketika melayari internet.
Memandangkan kini hampir seluruh kanak-kanak terpaksa duduk di rumah, ia sekaligus menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu ayah kerana waktu mereka banyak dihabiskan dengan telefon pintar.
Aplikasi Google berkualiti tinggi diluluskan oleh guru tersedia di Google Play
Hampir 72 peratus ibu ayah menyatakan kebimbangan mereka terhadap sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diikuti oleh anak-anak boleh mendedahkan mereka dengan masalah keselamatan sepanjang tempoh pandemik ini.
Antara yang menjadi kebimbangan paling utama ialah:
- Keselamatan anak terhadap maklumat yang diperoleh seperti isu scammer dan pengodaman akaun.
- Kanak-kanak menjadi perhatian oleh yang tidak dikenali
- Anak kecil cenderung melihat kandungan yang kurang sopan dalam talian
Lebih membimbangkan, seramai 40 peratus ibu ayah mengatakan bahawa mereka tidak pernah bercakap atau mendedahkan anak-anak mengenai keselamatan ketika berada dalam talian.
Memahami akan keadaan ini, pihak Google telah mengambil pendekatan dengan menyediakan Kids Tab bagi membolehkan kanak-kanak melayari kandungan berkualiti sesuai dengan usia. Ia adalah salah satu aplikasi Google ‘diluluskan oleh guru’ yang menghiburkan.
Kids Tab ini dicipta bagi membantu menyokong perkembangan kanak-kanak dan menjadi medium untuk bersenang-senang.
Pihak Google mendengar keluhan ibu ayah yang menyatakan agak sukar dalam mengenal pasti kandungan yang sesuai dengan usia anak-anak ketika dalam talian.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kebanyakan orang banyak menghabiskan waktu di skrin. Justeru adalah penting untuk menyediakan alat yang dapat membimbing anak kecil memperoleh kandungan baik.
Kandungan aplikasi Google yang mesra kanak-kanak dan ‘diluluskan guru’
Kandungan hebat untuk kanak-kanak sepatutnya memenuhi perkara berikut:
- Adakah ia menimbulkan rasa ingin tahu?
- Adakah ia dapat membantu anak belajar?
- Adakah ia menyeronokkan dan sihat?
Bagi memastikan anak-anak memperoleh pengalaman yang terbaik ketika di atas talian, pihak Google telah bekerjasama dengan pakar akademik sebagai penasihat utama agar aplikasi yang dibangunkan bermanfaat untuk perkembangan kanak-kanak.
Sebelum dilancarkan, aplikasi ini dinilai berdasarkan faktor seperti kesesuaian usia, kualiti pengalaman, penggayaan dan kesenangan. Google turut memasukkan maklumat bagi mendapat maklum balas dari ibu ayah sama ada aplikasi tersebut sesuai ataupun tidak untuk kegunaan anak-anak mereka.
Bukan itu sahaja, ia turut dinilai oleh guru bagi memenuhi standard kualiti Google dalam mendapatkan lencana ‘diluluskan oleh guru.’
Cara memuat naik aplikasi ‘Diluluskan oleh Guru’ di Google Play
Ketika ibu ayah menekan butang carian pada Play Store, anda akan melihat lencana ‘Diluluskan oleh Guru’ untuk melihat aplikasi manakah yang telah disemak dan dinilai tinggi oleh guru.
Sekiranya anda ingin menyemak imbasan kandungan ini, boleh pergi ke tab ”kanak-kanak” dan jika anda pelanggan Google Play Pass, banyak pilihan kandungan ”Diluluskan oleh Guru” tersedia dalam ”Aplikasi dan permainan untuk anak-anak”.
Bukan untuk tujuan hiburan sahaja, Google turut membantu keluarga menikmati kemudahan teknologi bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang selamat sepanjang pandemik Covid-19 ini. Antaranya:
#1. Kandungan mesra kanak-kanak di Youtube Kids
Youtube Kids menawarkan persekitaran yang lebih teratur untuk kanak-kanak meneroka minat dan rasa ingin tahu. Mereka dapat menikmati rangkaian kandungan seperti Tabiat Hidup Sihat, Pembelajaran dan Aktiviti Dalam Rumah.
#2. Tetapan peraturan dengan Family Link
Aplikasi Family Link dari Google dapat membantu ibu ayah mewujudkan tabiat sihat untuk anak ketika mereka belajar, bermain dan meneroka dalam talian. Anda juga dapat mengehadkan waktu skrin mereka pada peranti Adroid serta Chromebook.
SafeSearch diaktifkan secara lalai untuk akaun anak dapat diawasi, membantu menapis hasil carian yang tidak bersesuaian.
#3. Be Internet Awesome
Ia mengajar anak-anak mengenai literasi digital dan keselamatan dalam talian. Program ini menawarkan ilmu percuma untuk pendidik serta keluarga dalam mempelajari pelbagai perkara dalam talian dengan mudah.
Ia turut menampilkan permainan interaktif, Interland, yang memperkuat konsep keselamatan internet untuk kanak-kanak dengan cara menarik serta menyeronokkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ada Unsur Negatif & Lucah, Ibu Ayah Perlu Kawal Anak Yang Gemar Layan Youtube!