Lebih 8 Jam Tahan Contraction, Neelofa Kongsi Pengalaman Bersalin Muhammmad Bilal

Artis Neelofa baru-baru ini telah berkongsikan pengalaman bersalin kali pertama. Kehadiran Muhammad Bilal dinanti-nantikan ramai peminatnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 29 Januari yang lalu, artis Neelofa dan suaminya telah berkongsikan khabar gembira apabila mereka telah selamat menimang cahaya mata sulung, Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan. Justeru laman Instagram selebriti menjadi perhatian para peminat yang tidak sabar-sabar untuk melihat kehidupannya selepas bergelar ibu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman bersalin anak pertama, artis Neelofa terpaksa tahan kontraksi lebih 8 jam
  • Detik kelahiran menjadi momen indah sepanjang perkahwinan
  • Gelaran Abah dan Umi, PU Riz harap Bilal jadi anak yang soleh

Seperti ibu-ibu yang lain, kehadiran cahaya mata telah memberikan pengalaman berbeza. Menurut Neelofa, dia pada awalnya seakan-akan tidak percaya bahawa sakit yang dialami adalah kontraksi awal.

Pengalaman bersalin anak pertama, artis Neelofa terpaksa tahan kontraksi lebih 8 jam

”Masa ni macam tak percaya and tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni sebab macam lebih kurang period pain je. (sengugutku sangat ekstrem ya setiap bulan).

”Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and i was like… yeke sayang? kot-kot false alarm. So i started to record setiap kali sakit,” jelasnya.

Mengulas dengan lebih lanjut, Neelofa memaklumkan meskipun dirinya sudah berada dalam dewan bersalin, dia tidak pasti apa yang sudah berlaku sekitar jam 1 pagi pada hari yang sama.

”Jadi pada jam 1 pagi saya sudah terbaring di dewan bersalin. Masih tidak pasti ‘betul ke dah nak beranak (bersalin) ni.”

”Pak Ustaz (suaminya) telah buat solat sikit sambil menunggu doktor. Masa ini sampai-sampai sudah dua sentimeter.” kongsinya.

Detik kelahiran menjadi momen indah sepanjang perkahwinan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail turut menambah bahawa dia mengalami tempoh kontraksi selama beberapa jam sebelum proses melahirkan.

”Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.

Menerusi paparan seterusnya, artis Neelofa sempat memberikan dedikasi buat suami yang setia berada di sampingnya ketika melahirkan anak sulung mereka. 

”Sentiasa ada di sisi. Terima kasih suamiku. Walaupun mencabar lima hari pertama di hospital, tapi tu antara hari/ moment terindah bersama suami sepanjang berkahwin.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Terima kasih sayang for everything. Alhamdulillah syukur atas segala kurniaan Allah S.W.T.”

Gelaran Abah dan Umi, PU Riz harap Bilal jadi anak yang soleh

Suami kepada Neelofa dan juga seorang pendakwah bebas, Haris Ismail, 26 sempat menitipkan harapan dan doa buat cahaya matanya.

Lebih manis lagi, dalam hantaran di Instagram dia telah membahasakan diri sebagai Abah manakala Neelofa sebagai Umi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Alhamdulillah Allah beri nikmat. Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat Umi Abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.”

”Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak apa yang abah harapkan daripada adik kecuali menjadi anak yang soleh. Semoga Allah takdirkan anak Abah ini dalam kalangan para solehin. Lebih baik daripada Abah, insya-Allah.”

Taat kepada umi kerana iannya Perintah Allah yang selamanya
: وقضى ربك ألا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحساناً

Taat Allah sepenuhnya berbuat baik pada ibu bapa

Tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupMu
فلا تقل لهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولاً كريماً

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan melawan (jika tidak ada yang bertentangan dngn agama). Cakap baik baik kepada abah umi.

رب ارحمهما كما ربياني صغيراً
Kasihani abah umi sperti mana abah umi kasih pada mu

رِضَا الرَّبِّ فِي رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسَخَطُهُ فِي سَخَطِهِمَا
Redha Allah ada pada redha ibubapa dan kemarahan Allah pd keduanya jua.

أي العمل أفضل؟ قال: الصلاة على وقتها، قلتُ: ثم أي؟ قال: برّ الوالدين

Manakah amalan yang paling afdal? Kata nabi solat pada Awal waktu / solat pda waktunnya
Kemduian apa? Berbuat baik kepada ibu abah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alhamdullillah Allah hadirkan inn sha Allah aset ke syurga doa anak yang soleh tu yang dicari

أو ولد صالح يدعو له
Sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus..

Semoga Anak abah jadi orang yang baik inn sya Allah

Baru aku tahu macamana umi abah aku sayang padaku..
Terima kasih Allah atas peluang ini

Dah jadi bapak bapak dah pulok.. cepat dunia berlalu– tulis PU Riz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Neelofa Selamat Bersalin, Anak Sulung Diberi Nama Muhammad Bilal

Baca juga: ”Syukur PadaMu Mengamanatkan Bidadari Terindah,” Luahan Hati Ibu Neelofa Penuh Sebak

Baca juga: Jom Cuci Mata! Ini 7 Selebriti Wanita Cantik Berselendang Serba Putih Di Majlis Perkahwinan Neelofa